Tuesday, April 27, 2010

almaraz broccoli ikan bilis goreng

Satu lg resipi simple dr mommy. Kuantiti bahan sbnarnye ikut keperluan msg2 tp yg mommy bagi nih sbg panduan shj.
Simple yet yummmmmm...........

Bahan2:
300-400g broccoli (potong kecilq, celur skjp, guna microwave jer)
1-2 bj kentang (buang kulit, potong wedges then kerat dua)
1/2 cwn ikan bilis (ikut suka byk mana - bersihkan)
minyak secukupnye utk menggoreng
1/2 sdt serbuk lada hitam


Cara:
Panaskn minyak dlm kuali.
Goreng ikan bilis, sblm ia garing tmbhkn lada hitam, tutup api dan ketepikan.
Dalam kuali & myk yang sama (myk xperlu byk), goreng kentang pula, hgga lembut, tutup api. 
Dalam kuali yg sama (tak perlu buka api), masukkan ikan bilis dan broccoli yg telah dicelur & gaul rata.
Siap utk hidangan tengahari/malam...dimakan bersama2 dgn nasi putih atau nasi myk pun ok.
Tips: hidangan ni perlu terus hidang lepas dimasak agar kerangupan ikan bilis akan dirasai.

almaraz cotton soft japanese cheesecake

Antara fav cheesecake kami but my hubby tak makan cheese so this happens not his fav :(.
Tp ni lah antara cheesecake yg paling ramai org mintak & cari resipinye mmm....
Enjoy bakingggggg........



Ni dua biji kek sempena open house kt umah Mommy di Maryland, Newcastle. Selain tu juadahnye mommy wat nasi kerabu, bihun sup, kuih tepung pelita & biskut raya.
resipinye nnt dulu yerrr....

Baru perasan x letak2 lg resipi kt sini. Mommy berterima kasih baaaaaaanyak2 pada sesapa yg pernah mencuba resipi yg amat fofuler di MyResipi nih.Leh cari kan Cari resipi tu nnt jumpe ler resipi ni & leh baca komen2 antara yg pernah buat kek kapas nih.
*nota: utk makluman, MyResipi skg ni x boleh dibuka, mgkn Tuan/Puan admin tgh wat smthg kot...

Untuk panduan semua, krim tar-tar ada yg TAK HALAL so better gantikan dengan jus lemon. Hasilnya tetap sama. Confirm tiada kesangsian lagi dah kan.
Pada yg teringin nak makan & nak buat, sila2 lah amik resipi ni..

almaraz cotton soft japanese cheesecake

Bhn2:

Bhn A:
250g cream cheese (mommy biasa guna philadelphia)
50g butter
100ml susu segar

Bhn B:
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek (boleh ganti dgn tepung naik sendiri)
20g tepung jagung

Bhn C:
140g gula halus
6 biji putih telur
3/4 sdt jus lemon

Cara:
1. Dgn teknik double boiling, masakkan kesemua bhn A. Kacau smpai ia cair & sebati, pastu tutup api dan ketepikan dahulu (biar ia sejuk suam2 sket).

2. Then tmbhkn kesemua bhn B kedalam adunan bhn A yg dh suam2 tu then guna spatula tuk kacau adunan. Kacau hgga rata.

3. Dlm satu bekas lain, utk bhn C pulak, pukul (dgn mixer) putih telur bersama jus lemon smpai ia berbuih2 saja. Then tmbh pulak gula. Seterusnya pukul lg smpai ia berkrim dan blh membentuk tanduk (cara testnye: cuba kuis sedkit dgn hook pemukul mixer tu & bila ia blh membentuk spt tanduk then maknanya dh siap adunan tu).

4. Pastu, tambahkan adunan no. 2 ke dalam adunan no.3. Dgn guna spatula, kaup balik adunan hgga sebati.

5. Dalam loyang kek (springfoam) saiz 8inci, griskan semua bhg (dan alaskn bhg bwh dgn baking paper). Seterusnya tuangkan adunan kek ke dalam loyang & ratakan.

6. Bakar kek kapas ni xleh direct camtu jer. Kena wat cara aun-bain-marie. Caranya tidaklah susah mana, cam ni:
i. mula2 ambil loyang kek dan balutkn bhg tepi & bwh loyang tu dgn aluminium foil (kalo leh wat 2 lapis)...utk elak air panas masuk dlm springfoam tuh.
ii. ambil oven dish, letakkan loyang kek atasnye. Then masukkan air panas mendidih ke dalam oven dish..kalau leh biar paras air leh smpai dlm 1/2 tggi loyang kek.
iii. letak oven dish dlm preheated oven 160C (hati2 sbb air panas..Nak sng, letak awal2 oven dish & loyang kek dlm oven then tarik kuar sket & tuang air panas).
iv. bila bhg atas kek dh kekuningan sket, leh test ngan skewer samada kek dh ready ke lom...dlm kat2 1 jam.

Kek ni tak lah susah mana nk buat cuma penyediaan tuk membakar je nmpk cerewet. tp bila dh buat tu, skjp je..
Cuba ler yer :)

almaraz kid's pizza base

Resipi teramat mudah untuk hidangan anak2 kita....sesuai utk lunchbox, party anak2 & etc.
Enjoy pizza--inggggggggg.... :)





Bahan-bahan (2 pizza base )
    2 cawan tepung naik sendiri
    3/4 cawan susu segar
    1 sdt minyak zaitun (boleh ganti myk masak biasa jika tiada)

Cara-cara

  1.  Panaskan oven 190deg. Campurkan semua bahan dalam satu bekas.  
  2. Dengan mengguna pisau (kalau boleh biar yg jenis mata pisau yg panjang sket), kacau2 campuran tpg td dgn cara toreh2 adunan hingga jd berketul2 (tak sampai 2minit).  
  3. Bila dah berketul2, ambil adunan dan letak atas meja/pencanai kemudian bahagi kpd dua. Ambil satu doh dan uli dlm 15 saat, lepas tu buat bentuk bulat dan guna rolling pin utk leperkn (agak2 tebal 1cm). Buat yg sama utk doh satu lagi. Siap adunan utk base!
  4. Letak atas pizza pan atau boleh terus letak atas loyang (kalau tak de alas pizza). Sapukan dgn sos tomato and/or cili. Taburkan mozarella/cheddar cheese then letak toping (spt di bwh) then taburkn lagi cheese. Bakar selama 20-25min.
Topping pizza time gambar ni: panaskn 1 sdb btter dlm kuali, tumis 1/2ulas bwg bsr & 2ulas bwg putih (dua2 bwg cincang halus), tumis smpai naik bau. Then goreng 1cwn minced chicken meat smpai air ayam kering. Then perisakn dgn sos tomato,tiram, cili,garam, oregano, gula & etc. Blh tmbh veggy atau button mushroom. Tak perlu masak lama sbb dlm oven topping akan siap masak.

Friday, August 28, 2009

Juadah berbuka puasa 6 Ramadhan

Adusss....kelam-kabut sampai umah lagi 1 hour nak iftar. Pe lagi, makcik kantin bersilat kat dapur la jawabnyer...lalalalala
Maka terhidanglah juadah ini tuk sefamily nikmati ... Alhamdulillah!

1. Nasi putih
2. Ayam percik
3. Ikan sardin masak pedas
4. Lemak sayur kailan
5. Air soya (pengasuh Khalish bagi)
6. Cucur udang (pun pengasuh Khalish bagi...tq byk2 yerrrr....)

Alhamdulillah jugak sbb tiga org anak2 mommy yg umur 10thn, 8thn & 7thn tu setakat ini belum tggl puasa lagi :)

Juadah berbuka puasa 5 Ramadhan

Hari ini lewat sampai umah.
Balik dr opis dh lagi masuk azan maghrib! Anak2 semua dh kelaparan!
Tp Alhamdulillah pagi2 buta mommy dh masak tp kuih2nye tak sempat la plak...tp tetap bersyukur dgn apa yg ada.
Juadahnye:

1. Nasi putih
2. Ayam masak merah
3. Udang masak lemak
4. Telur dadar
5. Air suam

Juadah berbuka puasa 4 Ramadhan

Hari ini juadah puasa sempoi2 ajer tp tetap bersyukur dgn nikmat Allah ini, Alhamdulillah....

1. Nasi putih
2. Daging goreng kunyit
3. Lemak sayur sawi & taugeh
4. Buah melaka.
5. Agar2 mangga

Tuesday, August 25, 2009

Juadah berbuka 3 Ramadhan

Hari ni balik dr opis dh mgrib so pe lagi, ad-hoc plan la jawabnye. Singgah masjid and solat kt situ & Alhamdulillah.....selamat skuarga berbuka puasa dgn nasi arab, ulam sayur2an + salad dipping & kuah dalca...mmmm...
Syukran ya Allah.....................

Juadah berbuka 2 Ramadhan



Juadah hari ini:
Nasi putih
Paprik ayam
Telur bungkus
ulam timun & sambal
agar-agar santan
apam balik