Sunday, May 2, 2010

almaraz udang tempura istimewa

menu lunch ni simple gak tp cam biasa..yummmmmmm...

almaraz udang goreng tepung istimewa
bhn2:
10-15 ekor banana prawns (vietnamese prawns & udang2 lain pun ok tp biar yg besar2 baru sedap).
bhn perap udang:
garam
sedikit lada putih
sedikit minyak zaitun (tukar myk masak biasa jika tiada myk ni).

bhn campuran tepung (batter):
3-4 sdb tepung gandum
1/2 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
1 sdt serbuk cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

1 bj telur
minyak secukupnya utk menggoreng


cara2:
  1. cuci udang. buang kulit kecuali kulit di ekor udang. juga buang bhg tengah badan udang (ni x baik utk kesihatan, bila memasak, better buang).


 Bila dh buang kulit, kerat bhg belakang (atas) udang dgn pisau...hiris sket je (jgn smpai bwh)

Then tarik kuar satu jalur panjang--- kehitam-hitaman.

2. dah cuci then lumur udang dengan bhn2 perap udang. perap dlm 5 min.
3. buat cmpuran tepung pulak. campurkn dan gaul rata kesemua bahan dlm satu bekas.
4. sementara itu panaskn minyak dlm kuali (cukup utk deep fry).
5. telur dipecahkan dan guna sket jer utk basahkan udang sebelum digaul ke dalam campuran tepung tadi...iaitu mula amik seekor udang, basah kn dgn telur then salut dgn campuran tepung. Then gorengkn. Bila kekuningan, terus angkat.

Ni la udang tempura istimewa mommy.........

almaraz taucu pucuk labu

Ni pulak menu sayurnya...pucuk labu mmg peberet mommy dr kecik dulu lg. dulu2 kami tanam labu sdiri kt laman rumah, buah leh makan, pucuk pun leh makan. suka kutip pucuk labu!


almaraz taucu pucuk labu

Bhn2:
secekak pucuk labu
-ambil pucuk dan daun2 yg kecik2 sj...yg besar2 tu boleh tp gesel2kn dlm dua belah tapak tangan (ni petua mak utk buang "bulu2nye" tu. batang2 amik gak tp yg bhg lembut2 saja)
*2 ulas bwg merah (mayang)
*3-4 ulas bwg putih (mayang)
*1in halia (hiris panjang2 macam batang mancis)
*bhn2 tumis
3 - 5 sdb taucu merah (mommy tak brp suka taucu hitam...so slalunye guna taucu merah)
1/2 - 1 cwn air
garam & gula secukupnya
1 - 1/2 sdb minyak masak
Cara2:
  1. Bersih dan potong2 pucuk labu (spt diterangkan kt ates tuh).
  2. Panaskn myk dlm kuali. Masukkan bhn2 tumis. Tumis smpai naik bau kemudian masukkan taucu then kacau2.
  3. Masukkan air. Bila didih, masukkan pucuk labu. perisakn dgn garam & gula (kne beringat skt sbb taucu dh masin so garam boh sikiiiiit je yerr).
  4. dah masak boleh la dihidangkan.....

almaraz lemak jintan ayam

Menu lunch yg simple jer. Papa pi gtg royong...clean-up day for our home area.
Jom ke dapuuurrrrr......

jom start with lemak jintan ayam...favorite se-antero anak2 :)

almaraz lemak jintan ayam

Bhn2:
3-4 ketul bhg ayam yg dipotong kecik2
*4 ulas bwg kecil
*3 ulas bwg putih
*1/2 in halia
*semua ini ditumbuk halus
1 sdt serbuk cili/cili boh/cili kisar (tambah jika nk pedas lg)
1/2 sdt serbuk jintan putih
1/2 sdt serbuk jintan manis
3/4 cwn pati santan
1-2 cwn air
1 sdb kerisik
2sdb minyak masak
garam & gula secukupnya

Cara2:
  1. Panaskn minyak dalam non-stick periuk atau kuali (jenis yg biasa pun ok) dgn api sederhana besar.
  2. Tumis bhn2 tumbuk, naik bau sahaja then masukkn serbuk cili, serbuk jintan...kacau2 then masukkn ayam. Kacau2 (biar smpai kuar air ayam dan air ni kering sket). Pastu masukkan 1 ke 1 1/2 cwn air (cukup ayam terbenam dlm air). Biar mendidih atau smpai ayam separuh masak.
  3. Masukkan pati santan. Kacau2 kemudian perisakan dgn garam & gula. Bila dah mendidih masukkan kerisik dan kacau2 lagi. Bila kuah membeku barulah tutup api.
Taraaaaaaaaaaa....ni lah lemak jintan ayam mommy......!

almaraz terung masak sos tiram

Dinner mlm smlm bersama nasi dgn kari ayam and terung masak sos tiram...


almaraz terung masak sos tiram

Bahan2:
2 bj terung panjang - potong bulat2 (nipis2 dlm 1 cm tebal)
*2 ulang bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 in halia
*tumbuk kasar dlm lesung batu
1 sdb sos tiram
1 sdt serbuk cili/cili kisar/cili boh (tmbh jika mahu pedas)
cili muda/karot/capsicum sbg sayur tambahan
Sdkt air
garam dn gula secukupnya
Cara:
  1. Tumis bhn2 kisar smpai naik bau. Then masukkan serbuk cili. Kacau lagi.
  2. masukkan sos tiram & air. kacau2 dan masukkan terung.
  3. perisakn dgn garam & gula. bila terung dh masak barulah masuk sayur tmbahan cam karot/capsicum. kacau skjp then terus tutup api.
Siap!

Friday, April 30, 2010

almaraz sambal telur

Mmmm..mmg enak especially kalau nk tukar slera drpa makan ikan, ayam, daging & seafood. Mommy kalau nk memasak tu yg penting skalik sedap but cepat penyediaannya...guna bhn2 yg sedia ada, lg mudah..skodeng2 kt dapur pas tu mula ler chop2... :)
Jommmmmm masak!



almaraz sambal telur

Bhn2:
2-3 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1/2 inci halia
(tumbuk kasar ketiga2 bhn ni. kalau masak sambal, bwg putih mmg sedap boh byk2...juga elok nk kawal kolesterol)
1-2 sdb cili kisar (cili kering yg dikisar atau kalau ada cili boh pun ok...kalau gna serbuk cili, mommy kurangkn sket sbb mommy & fmly x kuat makan pedas2 nih)
3 bj telur
garam & gula secukup rasa
minyak secukupnya untuk menumis
sedikit air

Cara:
  1. Panaskn minyak dalam kuali. 
  2. Masukkan bhn2 tumbuk & kacau2. Dh nak naik bau masukkan pulak cili kisar. Kacau2 lagi then masukkan air, garam & gula. Cukup perisa ni awai2 sbb bila dh masuk telur x payah dah nk masukkan lagi...Air tu terpulang nk byk mana...kalau nk berkuah, tmbh sket air...pandai2 le adjust yek.
  3. Bila nk menggelegak, pecahkn telur satu per satu. Pastikan merah telur dipecahkn juga. Balik2kan (jgn kacau kuat sgt) then tutup api.
Sedia utk dimakan .... hidangan tengahari atau malam bersama nasi putih.
Selamat mencuba!

almaraz apam coklat

Resipi yang dikongsikan bersama oleh bonda  tercinta.
Mudah, cpt and semestinye sedapppppp..........




almaraz apam coklat

Bhn2:
2 cwn tepung gandum
2-3 sdb serbuk koko
1 sdt baking soda
1 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 cwn air
2 biji telur

Cara2:
  1. Panaskan kukusan dgn air yg cukup.
  2. Campur semua bahan dlm satu bekas besar. Pukul bhn2 (guna mixer) hgga sebati.
  3. Masukkn ke dalam acuan apam. Kukus hgga masak - dlm 10-15min (ikut saiz acuan).
 Siap utk dihidang!

almaraz sweet custard toast

Simple brekky........skali skala ubah slera nooooooo.....



Bhn2:
untuk roti:
Roti
Gula digaul bersama dgn sedikit serbuk kulit kayu manis
Butter secukupnya

untuk kastad:
1 1/2 sdt tepung/serbuk kastad
1 cwn susu segar
1-2 sdt gula

Cara2:
roti:
panaskn non-stick pan dgn sdkt butter.
sapukan bhg atas roti dgn butter then letak dlm kuali. sambil2 tu taburkan campuran gula & serbuk kulit kayu manis atas roti td. kmudian balikkan. dh garing then angkat.
kastad:

kastad:
campurkn smua bahan dan masak atas api sederhana. sentiaasa kacau (whisk) smpai kastad memekat then angkat.

Hidangan ringkas bersama buah2an spt strawberry di pagi hari...sedap gaks :)

Thursday, April 29, 2010

almaraz double trouble choc muffin

Mommy dh tak tau nk wat pe tuk mkn2 ptg smlm...2 org anak mommy xgi school smlm so sama2 wat muffin dgn depa. Simple tp pd yg amatlah menjaga kesihatan tu terpaksalah ingat2 sket yerr...because muffin ni rich dgn choc - double layer choc chips...yum3!
Jom bakingggggg........


Bahan2:
250g tepung naik sendiri(self-raising flour)
35g serbuk koko(cocoa powder)
(dua2 ni diayak bersama dlm satu bekas)
125g mentega(butter)
125 gula(sugar)
2 bj telur (pukul sedikit dgn garfu)
190ml susu(milk)
Choc chips secukupnya

Cara:
  1. Panaskan oven, dlm 180C.
  2. Pukul bersama mentega & gula, hgga kembang & ringan. Kemudian mskkn sedikit demi sedikit telur..sambil2 tu pukul. Dh nmpk bergaul semua, then go to step 2.
  3. Campurkan ke dlm adunan mentega dgn adunan tepung dan susu. Kali ni kacau saja (dgn senduk) smpai sebati. Siap adunan.
  4. Acuan muffin ikut saiz msg2. Sudukn 1 sdb adunan dlm cwn muffin kmudian tabur choc chips. Skali lg sudukan 1 sdb adunan then top nye tu tabur lg choc chips. So ada 2 lapis choc chips dlmnye...tu yg double trouble tu :) Then bakar hgga masak. Bergntg pd saiz cwn muffin, tempoh masa ranging from 15 - 25 mins.