Friday, May 7, 2010

almaraz ayam masak merah

Ni termasuklah menu semalam...makan dgn nasi putih la, pe lagi kan.
Nak citer pasal ayam masak merah ni, sure tak ramai yang nak amik tau tp mommy rasa nk gak share dgn u all.
Pada mommy...memang ramai yg tau masak merah tp kdg2 tu ada terjumpa mmg la merah cantik berseri2 tp tiada rasa.

So kat ni mommy nk share petua sket dgn sesapa saja yg melawat ke "rumah" mommy ni....petua nk masak ayam masak merah yg umppphhhhh....2 thumb-ups punya..InsyaAllah.
Ni petua dr bonda mommy sdiri...masa kecik2 dulu bonda mommy ni pakar memasak esp kat kenduri2 kawin. Kdg2 tu berebut2 org nk Yong (ni pggilan bonda mommy...dia anak sulung) masakkan kt kenduri kawin...camana tu haa...

Jom try resipi mommy yg very simple..sama dgn resipi masak merah u all gak tp mmm...tgk dulu kuantiti bhn2nya.

Pe lagi, jom cop2 kt dapur..jooommmmm!




almaraz ayam masak merah

Ayam...mommy masak cuma 4 ketul (sbb for dinner jd xbyk la kan w/pun tujuh branak heheh)
*2-4 ulas bawang kecil
*4-6 ulas bawang putih
*1 cm halia
(tumbuk kesmua bhn2 * ; bwg putih yg kene byk sket dr bwg & halia, nisbah tiga bhn utama ni lah rahsia yng mmybbkn masak merah tu naik bau & yum3!)
1-2 sdb serbuk cili/cili kisar/cili boh (ni mommy guna serbuk cili)
sedikit air asam jawa
sedikit air
garam & gula secukupnya (masak merah perlu lebih sket gula -- warna pun cantek jd merah gelap gitu)
minyak utk menggoreng ayam
serbuk kunyit & sdkit garam tuk lumur pada ayam sebelum digoreng
  1. Panaskn myk dalam kuali dan goreng ayam hgg masak & angkat.
  2. Gunakan myk yg sama (tp kurangkn sket) utk menumis awas sambal.
  3. Tumiskan bhn2 tumbuk, smpai naik bau then taruk serbuk cili & kacau2.
  4. Then masukkan air, garam, gula & biar masak sampai agak pekat sket. Then masukkan ayam goreng td, kacau sekejap, biar ayam berasa (mak cakap 'mesra' heheh) skt dgn kuah tu then angkat (Boleh juga ditambah hirisan bulat2 bawang besar jika mahu then baru angkat).

Memang sng nak masak, cepat dan sedap dan menyelerakan dan.......sesapa pun boleh achieve semua ni kan? Tingat mak dulu2 kalau memasak kt kenduri berpikul2 ayam, masak dlm kawah gituu...dia cakap 1 pikul ayam kalau tak silap kena ada sekati bwg putih...tak ke jenuh nk nguruskan tu mmmm....tp kenduri dulu2 besttt...ramai2 wat kt kampung. La ni catering memanjangggg...x pelah kan...ikut kesesuaian masa & sekeliling. Janji hati sinang & fulus ader....lalalalala
Selamat mencuba!

almaraz sotong tempura

Ni menu semalam...bersama2 dgn sup kentang & ayam masak merah.
Tepung tempura sama dengan yang digunakan untuk udang tempura tuh tp mommy tmabh sket serbuk cili..biar ada kepedasan lebih sket.
Tp sotongnya kecik2 so idak lah terasa sgt berbanding cam wat tempura calamari..beso2 lg sedap kalau goreng2 nih.....


Thursday, May 6, 2010

kuih2 tradisional pilihan mommy

smentara tiada resipi baru nih, jom tgk tayangan kuih2 tradisional pilihan mommy. kot2 bila tgk tayangan ni boleh membangkitkn semangat tuk wat home made kuih hikhikhik...




Itu saja takat ni yek :)

party rolls

Diary mommy kt dapur ni beralih pada rolls/buns.
Meroti ni mmg antara aktiviti rutin esp nak nyuap 5 mulut anak yg berlainan selera ekekekek. drpd beli, buat senirik lagi baeeekkkk...tak gitu?
Ni antara puluhan jenis roti yg mommy penah wat. This one amatlah simple, amik resipi kt internet. cicah ngan teh O panas, pekena time ptg2 tu waaaahhh...nolstalgik btul hihihihi

almaraz chicken wings braised with rosemary

My kitchen diary bersambung lagi hari ni.

Bersesuaian dengan cara mommy yang simple mimple neh...terciptalah satu resipi mudah utk hidangan tengahari atau malam buat keluarga. Semenjak tggl di perantauan ni, rosemary segar dh hampir2 jd teman sejati heheh...apa kata kita main masak2 ngan rosemary ni...masakan akan segar harum & semestinye menyelerakannnn...
Mommy pilih kepak ayam sbb bhg ni cpt masak sket & my fav part of ayam laa...
pe tunggu lagik...
Jommm chop2!

almaraz chicken wings braised with rosemary

Bhn2:
3-4 ketul kepak ayam (bersihkan)
4-5 ulas bawang putih - pecahkn sj (dgn pisau)
1-3 tangkai cili merah - hiris menyerong/memanjang/etc ikut suka
1 sdb minyak zaitun (jika tiada, ganti dgn minyak biasa pun okeh)
setangkai daun rosemary
sedikit air
garam & gula secukup rasa

Cara2:
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan (yang boleh dimasukkn ke dalam oven. sbb nnt nk guna kuali yg sama tuk bakar dlm oven..kalau xder, lepas menumis tu pindahkn ke dlm bekas yg boleh digunakan dlm oven).
  2. Tumiskan bwg putih smpai naik bau then masukkan kepak ayam & air (cukup utk ayam berendam dlm kuahnye tu). Kacau2 dh biarkan dlm 2 minit then masukkan rosemary dan perisakan dgn garam dan gula & tutup api. 
  3. Lepas tutup api, masukkan hirisan cili merah then masukkan kuali ke dalam oven.
  4. Bakar smpai ayam masak...pd lebih kurang 190C.
Ermmm... jom makan!...yummmmmmmmm

Wednesday, May 5, 2010

almaraz banana dot slice

Lagi resepi pisang.......
Mommy dh confirm TAK makan pisang (plus durian pun x makan beb!)... jadinyer....terciptalah banana dot slice. Mommy cuba wat slice ni tidak berbau pisang supaya mommy leh makan and not bad...leh lar mkn sket2.
Teringat lempeng pisang yang mak kita wat dulu2 tuh...tp ni lempeng pisang tanpa inti kelapa dan tanpa daun pisang.
Very easy & simple..sesuai utk brekky & tea time!

So pe lagi...let's start bakinggggg....

almaraz banana dot slice


Bhn2:
bahan kering:
1 cwn tepung serbaguna
1/2 cwn choc chips
1/3 cwn gula halus
secubit garam

bahan basah:
1 bj pisang (yg betul2 masak, boleh kalau nk 2 bj) - lenyekkan
1/2 cwn minyak sayur
1/2 cwn air (kalau keras sgt tmbh sket lg air)
sdikt esen vanila (optional)

Cara:
1. Panaskn oven 170C. Griskn loyang (mommy guna loyang segiempat sama dlm 1inx8inx8in) dan alaskan dgn baking paper (pun digriskan).  
Mommy ni pantang kek/slice yg melekat2 pd  loyang jd sblm mem-baking ni biar susah2 dulu  sediakan alas tuk loyang...drpd susah2 kemudian, kan

so ni lah cara mommy alaskn loyang...pas letak alas, griskn lak baking paper tu yerrr...










2. Gaul rata kesemua bahan kering dalam satu bekas.
3. Gaul sebati kesemua bahan basah dalam satu bekas lain.
4. Buat bulatan dlm adunan kering kemudian masukkan adunan basah. Gaul rata. Adunan siap dan masukkan dlm loyang tadi.
5. Bakar selama dalam kira-kira 15 - 20 min atau hingga masak kemudian sejukkan.

Ni yg dah siap masak. Atasnye biar perang kuat sket sbb lebih enak! Lepas hampir sejuk (suam2 sket tu), bwk kuar slice ni dr loyang & lipat dua (bhg bwh slice ni akan jd bhg dalam). Then potong lah kecil2...maka terbentuklah banana dot slice :)



almaraz banana chips cake

Hb beli pisang pastu kawan lak bg lg pisang so stok pisang is stacking kt dapur.
Ni kek pisang tp ditambah dgn chips. Chips ni xkire lah chips apa-apa pun leh ...yg kaler hijo/pink/putih/coklat..terpulang.
Mommy reka resipi ni sbb cam biasalah kan, nak kurangkn rasa ke-pisang-an yg tak boleh melolosi anak tekak mommy neh.
Okeh.get ready..on your mark, get set, jom baking........ ^________^

(nnt mommy uploadkan resipinya....tungguuuuuuuu)

Tuesday, May 4, 2010

almaraz sambal ikan bilis rangup

Ni fav mommy & my hb. resipinya & memasaknya amat mudah. Anak2 tak brp makan sbb mgkn pedas and nothing interesting bahannya tu kot. Tp, dah nama org melayu tuu..mmmm...ikan bilis tetap idaman perut heheh.. Jom menumissssssss....!

almaraz sambal ikan bilis rangup

Bhn2:
1/2 cwn ikan bilis (rendam dan bersihkan)
1 sdb serbuk cili/cili kisar (tmbh jika nk lebih pedas)
1 bj kentang besar (potong wedges dan kerat kecil2 & gaul dgn sdikit garam)
*4 ulas bawang merah
*1 cm belacan
*tumbuk kedua2 ni, tak perlu terlalu lumat
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara2:
  1. Panaskan minyak dlm kuali (cukup utk menggoreng kentang). Goreng kentang hgga masak dan angkat.
  2. dalam kuali yg sama, goreng ikan bilis smpai ia rangup dan angkat.
  3. dalam kuali yg sama juga, tumis bhn2 tumbuk (api sederhana). Bila naik bau masukkan serbuk cili/cili kisar, kacau2 dan masukkan air sket. perisakan dgn garam & gula. masak biar smpai naik minyak.
  4. Bila bhn tumis dah cukup masak, kecilkn api sket lg & masukkan kedua2 kentang & ikan bilis goreng tadi, gaul sebati & terus tutup api. 
  5. Angkat dan hidangkan lah...kerangupan ikan bilis akan berpanjangan & sedaaaaappppp gitu!