Tuesday, October 11, 2011

Sweet Cinnamon Plait

Satu lagi versi doh manis tp kali ni mommy buat plait, sprinkle dgn campuran gula & serbuk kulit kayu manis. Very light menu for breakfast or tea time. Kalau dh namanya tekak org Melayu..mmm...cicah dgn teh O pun jadikkk.... :)

Jom  meroti lagi!

Sweet Cinnamon Plait


Bhn:
1/2 daripada Sweet Dough
sprinkle:
1-2sdt serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
2-3sdb gula
glaze:
sedikit egg wash

Cara:
1.Campurkan bhn2 sprinkle.
2. Atas permukaan bertepung sket, letakkn doh & tumbuk2 sket doh tu. Bahagikan kepada 2 bhg (terpulang kepada saiz yg nak dibuat). Ambil 1 bhg dan bahagikan lagi kepada 3bhg. Rollkn dgn tangan supaya ketiga2 bhg tu jadi memanjang (sama panjang). Letakkan di atas loyang pembakar (gris sket). Cantumkan satu hujung utk ketiga2 bahagian (anggap ianya bhg atas) - tekan2 skt supaya melekat. Start drpd bgh atas tu, buat plait (dandan) - exactly mcm kita dandan rambut tu kan. Buat smpai bwh (hujung lg satu yg tak dicantum).
3. Dh siap buat plait, glaze dgn egg wash dan sprinkle dgn bhn2 sprinkle - keseluruhan doh. Biar ia naik sekali ganda lgi.
4. Bakar dlm preheated oven, 200C. Bila dh keperangan, tutup api & blh aje nk makan tgh2 suam2 panas sket.
bentuk "plait"nya

Sunday, October 9, 2011

Mixed Tea Loaf

Untuk tea loaf kali ni, mommy guna doh >> SWEET DOUGH. Roti ni sgt lembut especially after bwk kuar dr oven & sgt2 ngam makan dgn teh/kopi O panas! Utk menggalakkan anak2 mkn, mommy tmbh choc chips & kismis plus sdkt nuts (sbb depa xsuka nut).

Jom merotiiii...........
Bhn:
Sweet Dough --> klik sini .
Sedikit telur utk egg wash
1/3 cwn Choc chips
1/4 cwn kismis
sedikit nuts

Cara:
1. Guna 1/4 aje daripada doh (kalau loaf pan besar, amik lebih sket - ikut saiz pan le yer). Yg lain boleh simpan dlm fridge balik.
2. Biasanya kalo nk buat mixed fruit tea loaf, kita kene masukkan buah2an masa breadmachine menguli tu tp kali ni mommy pakai buat je letak buah2an dibwh loaf.
3. Amik choc chips dan uli skejap bersama doh (at least dia masuk ke dlm). Then bentukan doh spt bentuk loaf. Griskan loan pan. Taburkan buah2 ke atas loaf kemudian letakkan doh dlm pan tu. Then sapukan egg wash. Tutup loaf pan dgn tea towel (atau cling foil) smpai doh naik double in saiz.
4. Bila dh naik, sapukan lg dgn egg wash. Bakar dlm preheated oven 190C hgg brown (dlm 25-30min). Bila dh brown, tutup api & bw keluar dr oven.

Sweet Dough

Entri kali ni mommy nk share-kan resipi sweet dough yg mmg terbukti menghasilkn pelbagai rolls & breads yg gebusss.

Bahan2:
250g susu penuh krim (timbang lg tepat berbanding guna sukatan ml)
60g unsalted butter
2bj telur (saiz A)
500g tepung roti
40g gula
10g garam
15g instant yeast

Cara dengan bread machine:
1. Letakkan semua bhn2 (ikut susunan) dan tekan setting untuk doh. Tggu 1jam 30min then doh siap diuli. Bwk keluar dr mesin kemudian tumbuk2 utk buang angin.
2. Bergantung kepada jenis rolls/bread yg nak dibuat....bentuk2 doh kepada bentuk bola, dan rehatkan dlm 10-15min. Lepas tu bolehlah dibentuk2kn doh ikut suka.

Cara dengan tangan:
1. Tuangkan susu ke dlm periuk dn panaskn ---- takat suam aje (ala2 suhu badan). Kalau guna microwave dlm 1 minit 30 saat gitu.
2. Dalam satu bekas besar, rub yeast dgn tepung guna jari shj - jdkan dia mcm crumbs. Rub pulak ngan butter then tmbhkan gula dan garam, kemudian telur dan susu td. Rub aje then pindahkan doh lembik tu ke atas meja yg dialas dgn tepung.
3. Start uli. Uli tu kene regangkan, lipatkan, buat bentuk bulat then regangkan, lipatkan & sterusnya smpai doh tak melekat di tangan. Bila dh tak melekat di tangan, buat bentuk bola besar & letakkan dlm satu bekas besar dan tutup bekas dgn tea towel (mommy biasa tutup dgn cling foil). Rehatkan doh ni kene di tempat bersuhu-bilik (kalau masa winter, mommy letak dlm almari). Rehatkn dlm 1jam atau hgga saiz doh naik sekali ganda dr yg asalnya.
4. Lepas tu bleh lar start buat rolls/bun.


Nota: Dough boleh disimpan dlm fridge (letak dlm bekas tertutup ketat). Bley simpan smpai 2wks tp dgn syarat kene "refresh"kn from time to time.

Friday, October 7, 2011

Caterpillar bread & the gang...

This is one of my family's favourite. Mommy mula buat caterpillar bread ni since 2006 and up till now, still it's in one of our top-5 menu list for brekky or tea time or for lunch-boxes. Thanks byk2 pd empunya resipi...resipi kak D.

Jommmm meroti!

Caterpillar bread & the gang...


Bhn2:
250ml air
1bj telur (pukul sket)
1sdt garam
500g tepung roti
100g gula
40g butter
30g susu tepung
4sdt instant yeast

Inti:
6bj sosej (rebus skjp) - kt sini sosej gedabak2 so mommy wat 6 ketul roti, tp kalau kt Msia, sosej comei2 so better buat 8 - 10 ketul roti (so perlukn 8-10bj sosej ler)
Glaze:
Egg wash - 1bj telur + 2db air - kacau2 dgn garpu

Cara:
1. Masukkan semua bhn ke dalam bread machine. Pilih setting utk doh.
2. Bila doh dh ready, bwk kuar & tumbuk2 (buang angin) - letak doh atas permukaan yg bertepung sket. Bahagikan doh kepada 6 (ni ikut saiz caterpilar bread-- kalo nk wat bun kecik2 or rolls, terpulang le nk wat brp ketul). Then buat bentuk bola dan rehatkan dlm 10-15min.
3. Bila dh siap rehat, picit2 sket doh then buat bntk bulat skali lg. Then ambil rolling pin (sapu sket ngan tepung), then canaikan 1 doh - buat bentuk empat segi (tebal dlm 1cm, lebar agak2). Amik seketul sosej & gulungkan (cam wat swiss roll tu). Then angkat doh gulung tu ke atas dulang. Pastu, guna pisau tajam, kerat mengiring (45 darjah - ni bkn suhu yer hehhe...ni kiraan sudut) dlm 2-2.5cm lebar - kerat tu jgn smpai doh putus tp utuk sosej terpisah satu2. Then, tarik yg 1st keratan ke kanan, 2nd ke kiri & seterusnya. Tarik2 sket (doh kan elastik so kire cam play dough tu la). Dh siap satu, so buat le doh yg lain2 tu.
4. Dh siap smua, rehatkan lg smpai doh naik sekali gnda atau dlm 40-50min (kdg2 mommy derhaka gak - kdg2 kn nk cpt :) ).
5. Glazekn dgn egg wash - generously so that bread/bun/rolls ni nmpk berseri2 hehhe. Bakar doh dlm preheated oven - lbh kurang 180deg. Bila dh agak browning, off kn oven - boleh aje biarkan roti dlm oven for another 2-3mins supaya lebih brown. Siap utk dimakan!


Antara variety drp doh yg sama..kdg2 buat cheese rolls, cheese spirals, bun pelbagai inti & mcm2 lagi.

Rolls yg mommy bawak masa picnic dgn Malaysian sisters&brothers di Caves Beach, Newcastle



Ni caterpillar bread yg ditambah sos..tp selalunye tak sempat bersos! Yg bun tu mommy wat inti daging - kdg2 inti kelapa.

Semua ni mommy buat the next day guna doh baru





Wednesday, October 5, 2011

Kaswi Pandan

Kaswi pandan ni adalah resipi my bonda. Selalu gak wat tuk bekal pegi office, bkn pe, sng sgt mmbuatnye. Anak2 mommy tak berapa suka makan makanan yg ada salut kelapa so depa makan camtu aje.

Jom kita mengukus......


Kaswi Pandan


Bhn:
3cwn tepung gandum
1 1/2cwn gula (boleh suaikan rasa, tmbh atau kurangkan)
4 3/4cwn air daun pandan (blend 2-3helai daun pandan bersama2 air or guna pandan paste)
1 1/2sdb air kapur (kuih ni kne ada rasa ke-kapuran-nye..)
Kelapa parut  (secukupnya) + garam (di sini cuma guna kelapa kering)

Cara:
1. Panaskan kukusan. Sediakn loyang (kukus mommy kecik, cuma muat loyang 8in je).
2. Gaul rata ke semua bhn dalm satu bekas then tapiskan ke dlm loyang tadi.
3. Kukus smpai kental then sejukkan. Kuih ni cantik kalo dipotong masa betul2 sejuk.

Tuesday, October 4, 2011

Almaraz Spaghetti Malanese

Resepi authentic utk bolognese mmg tak ngam sgt dgn anak tekak mommy sbb mommy bknnye suker sgt dgn tomato plus masakan ni tak der green veggy. But my darling & kids love sgt2 ngan spaghetti bolognese so mommy adjust2kn rasenye supaya ada rasa ke-malaysia-an sket  jadi dpt ler nama Spaghetti Malanese.. And, mommy selalunya makan bersama2 dgn sayur2 ulam :)

Jom, jom wat malanese :)

Almaraz Spaghetti Malanese


Bhn:
500g spaghetti
- direbus ikut arahan dlm pek dan ditos (masa dlm tapis tu, mommy biasenye drop-kn setitik dua olive oil then kacau2)

kuah:
300-400g ayam / daging cincang
1bj bwg besar, potong dadu
4-6ulas bwg putih, cincang halus
1sdt cili kisar
1 1/2sdt lada hitam (tumbuk, bersama2 dgn 1sdt olive oil, xperlu halus sgt) - kalo guna serbuk lada hitam yg beli readymade tu cam kurang umph sket la
6-7bj buah tomato, potong kiub (atau beli dlm tin dlm 800g)
600-800g puri tomato
400g cendawan butang, hiris nipis2
2helai daun bay
2sdt oregano kering
garam & gula secukup rasa
3sdb olive oil utk menumis
Parmesan cheese secukupnya

Cara:
1. Panaskn minyak olive dalam periuk (mommy rasa sos spaghetti ni lebih umph bila guna olive oil), dgn api sederhana besar.
2. Tumis bwg2 hgg naik bau then masukkan cili dan lada kisar, kacau2 then baru masukkan ayam. Kacau2 higg air ayam tu dh nk hmpr kering  pastu baru masukkan tomato & puri tomato serta cendawan dan daun bay. Kacau2 dan perisakan dgn garam & gula. Guna api medium utk  mereneh sos ni dlm 5min gitu. Kalau pekat sgt tmbh air dlm 2-3 sdb (sos x best kalau cair). Then tambahkan cendawan butang. Masak lagi dlm 5min sebelum tmbh oregano. Masak lagi for another 5min then angkat.
3. Hidangkn bersama2 dgn spaghetti yg ditaburkn dgn parmeesan chese.

Monday, October 3, 2011

Pulut-Rendang

Rasenye dh lama tak buat pulut kuning & rendang ayam. Sbb utamanya mommy berpindah ke rumah baru & tanam2an cam serai & daun kunyit belum cukup besar (time winter harga serai melambung2 naiks!). Tu yg cam malesssss nk wat rendang. Tp, dek rasa tringin-mingin sgt, wat lat gaks w/pun serai cuma sebatang kara heheh. Juadah ni sbenarnya dh lama, mommy masak utk brekky dulu.
Here they are....

....the story of us...

Again, me alone with the kids...wish my darling's here but somehow, time is not in our side. Alhamdulillah he's arrived safely in Malaysia. Wish him the best without us!

This is the pic we took a day before he's flying back...at Charlestown.