Wednesday, July 14, 2010

daging masak hitam (ala mamak)

Salam semua...hari ni mommy nak kongsikan dgn mommy2 out there dgn masakan ala2 mamak. Di Malaysia, mudah le nk carik..pi je kedai mamak hehhe.
Sesapa yg dok di perantauan tu mmm....pe ke lagi, wat senirik ler :)

Resipi ni mommy dapat dr bonda mommy. Dia ada kawan yg bukak restoran (mamak) di Kampar, Perak (kg halaman tercinta mommy ler)...restoran ni dh dibukak smenjak mommy sekolah rendah lg. dh mintak izin nk tempek resipi kt sini so ni ler dianye ^_*

Jommmmmmm.... masak!
daging masak hitam (ala mamak)

500g daging (potong nipis2)
2-4 ulas bwg putih
1in halia
air secukupnya
Nota: tumbuk kasar bwg putih dan halia, kemudian direbus bersama2 daging - rebus smpai daging hampir lembut.

5 ulas bwng merah (hiris tebal2)
3 ulas bwg putih
1/2 in halia
1 sdb serbuk cili
5 sdb (rata) serbuk jintan putih >> * memang kene byk supaya berasa kejintanannye tu...
1 btg kulit kayu manis
2 cwn air (tambah jika perlu)
3-4sdb kicap manis (atau secukupnya)
garam & gula secukup rasa
1 sdb kerisik (optional)
Minyak utk menumis

Cara:
1. Tumbuk bwg putih dgn halia.

2. Panaskan minyak dlm kuali. Nak masak daging masak hitam ni, kene minyak lebih sket. Dah panas minyak, masukkn bhn2 tumbuk, kulit kayu manis dan hirisan bawang td. Kacau2, pas naik bau masukkan serbuk cili serta serbuk jintan putih dan kacau2 lg.

3. Tunggu sampai naik minyak kemudian baru masukkan daging. Kacau2 sekejap, masukkan air (kalau ada lebihan air rebusan, boleh guna air tu). Perisakan dgn garam & gula (masakan ni perlukan gula lebih sket...).

4. Kacau2 dan bila air dh nak hampir kering, masukkan kicap manis serta kerisik (jika ada). Kacau2 sebentar then tutup api. Siap utk dihidang :)

Sunday, July 11, 2010

almaraz sotong sumbat masak hitam

Ni hasil dari masakan yang simple untuk family di rumah.
Sotong asyik dimasak merah dan goreng kunyit / tempura aje. Kali ni kita sumbat lak dia :)

Jommmm...sumbat hehehe

almaraz sotong sumbat masak hitam

Bhn:
Bhn inti:
2biji telur
1 btg carrot (saiz kecil) - potong spt batang mancis
2 ulas bwg putih (cincang halus)
sedikit lada sulah
sedikit sos tiram
sedikit serbuk cili
myk utk menggoreng

Bhn utk kuah kicap:
4-6 ekor sotong, sederhana besar
*3 ulas bwg merah
*2 ulas bwg putih
*sedikit halia
*Nota: tumbuk kesemua bhn2 ini
2-3 sdb kicap manis
2 sdb sos cili
garam secukup rasa
100 -150ml air.
minyak untuk menumis
4-6 btg tooth pick

Cara:

1. Pukul telur dgn garpu bersama bhn2 inti yang lain. Kemudian masakkan dengan sedikit myk - macam buat scramble egg. Dah masak ketepikan.

2. Bersihkan sotong. Keluarkan kesemua benda2 yg ada dlm badannya tu. Dah cuci bersih, toskan (ni termasuklah kesemua kepala dan isi2 sotong, jgn dibuang pulak yer...)

3. Nak sumbatkan inti dlm badan sotong: Ambil satu badan sotong dan sumbatkan inti td. Jgn smpai ke hujung menyumbatnya, sbb nnt nak kepilkan toothpick karang susah plak. Dh siap isi, amik 1 toothpick dan cucuk tuk katupkan bhg yg terbuka tu. Buat lah smpai abis. Ketepikan.

4.Selepas itu, tumiskan bhn2 tumbuk dalam kuali. Dah naik bau masukkan kicap manis dan sos cili. Tmbah air dan sotong. masukkan smuanya, badan, kepala...perisakan dengan sedikit garam (kalo tekak dh rasa masin, xyah boh la).  kacau2 hgga sotong masak.

Ni dia sotong sumbat mommy.........




Wednesday, July 7, 2010

Take five!

Ni, take five punya story daaaa....

Belek puny belek....dalam byk2 gambo, gambo ni laaaaaa yg buat mommy gelak beso.
Apa taknya, sun glasses tak kalah tp tido nganga beb! hahahha...
nganga pun nganga laaa..asaikan bergayer yer!
khalish oooo khalish, mcm2 ler anak bongsu sorang nih.
si abang arish kt sebelah pon lentok abes!


ni gambo lama, masa trip ke coffs harbour dulu...time balik so kepenatan la tuh.

Monday, July 5, 2010

almaraz fiamma di amore boiled eggs

Mommy terpanggil la plak nk share resipi masakan simple nih. Ni resipi & gambar lama tp why not sharing it with u all kan?
Ni hasil kerrrras tangan mommy utk juadah pengantin masa makan beradab - tu sebab ler nama tak kalah hehhe.. fiamma di amore (flame of love) lagi tuuu...
Ni masa majlis kahwin seorang kawan di Newcastle, hujung 2008 lagi tp gambar masakan mommy ni ada lagi (snap guner hp ajer tu sbb x clear).
Resipi ni bukan hanya utk majlis kahwin jer tau, bila nk cuba rasa yg lain drpd masakan rutin tu, leh je cuba2. Kos nk buat pun tak byk mana, juz guna bhn sedia ada kt rumah je :)

Versi lain masakan fiamma di amore ni adalah guna hati ayam.
So, jadik ler fiamma di amore chicken liver...pepandai le nnt tetamu2 mommy nk mbuatnye kan :)

Jommm masak...........

almaraz fiamma di amore boiled eggs

Bhn:
4-6 bji telur, direbus sampai masak
*3 ulas bwg merah
*2 ulas bwg putih
*1/2 in halia
*nota: tumbuk/kisar bhn2 ini
1 sdb serbuk cili/cili kering kisar
1 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk jintan putih
1/2 cwn pati santan
1/2 cwn air
1 sdb kerisik
garam & gula secukup rasa
2sdb minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bhn2 tumbuk, kacau2 dan tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan serbuk cili, kacau2 lagi (api sederhana). Lepas naik minyak, masukkan serbuk jintan, kacau2 lagi.
3. Tambahkan air, bila menggelegak baru masukkn santan. Kacau2 & tmbhkan kerisik serta perisakan garam & gula. Kacau2 hgga kuah kelihatan memekat sket (kalau nak byk kuah, tmbh lg santan & air).
4. Bila dh memekat sket masukkan telur, kacau2 biar kuah "mesra" ngan telur then terus tutup api.
5. Siap utk dihidang. Kalau utk hidang pengantin, hiasi lah dgn salad, timun, karot,cili merah, clove (cucuk sket kt telur tu) & munger2 sket hehehh...u all pasti surely gerenti lebih kreatip dari mommy pny!
p.s. bunga2 tu mommy petik aje kt tepi umah, bunga frangipani ni byk kat oz. yg kelakarnya umah mommy kt msia pun ada gak bunga ni mmm.....suatu kebetulan!

Ni ler hasil keras tangan mommy

Thursday, July 1, 2010

soft pretzel (breadmachine recipe)

Pretzel lembut ni mommy dah share-kan di MyResipi pd satu masa dulu...but since link tu masih tak workable, mommy letakkan semula kt sini. Mungkin ada mommy yg nak try wat pretzel sendiri. Tapi ini adalah versi guna breadmachine...sesapa ada breadmachine, buley aje wat.
nota: Set2 yg dok kat newie tuh...carik je breadmachine kt garage sale...murah & berguna tuk gelek2 inul nnt :)

Bhn utk doh:
1 1/4 cwn air
1 biji kuning telur
2sdb gula
1sdt garam
1/8 lada sulah
3 1/2 cwn tepung roti
1sdb yis segera

Bhn utk glaze:
2sdb putih telur + 1sdt air
sedikit sesame seeds (bijan)

Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmachine. Set kan pada setting dough. Tggu ler 1 1/2 jam baru ler siap uli tu then bwk kuar dr mesin.
2. Buat satu bentuk bola besar, biarkan ia rehat dalam 10min.
3. Dah 10min, amik doh then bahagikan kepada 16bhg (ni mommy wat kecik2...nak beso2 bahagikan kepada 8bhg). Dah bahagikan kpd 16bhg tu, amik satu then gentelkan supaya membentuk spt tali. Buat smpai habis semua keenam2 belas doh td. Rehatkan ia lg. Dlm 5min gitu (agar doh tak boleh menegang lagi).
4. Seterusnya, bermula ler aktiviti ikat-mengikat setiap satu doh. Buat ikatan pretzel le kan...spt namanye....letak atas dulang pembakar. Jarakkan antara satu sama lain dlm 5cm ke.. Buat ler tuk semua dan then penaikkan lagi dalam 30min.
5. Dah siap naik, sapukan setiap satu pretzel dgn bhn glaze i.e. sapukan campuran telur+air then taburkan sesame seed.
6. Bakar dalam preheated oven, 170 ke 180C smpai ia brown...dlm 15min gitu.

Pretzel ni, bg mommy ler, sedap dimakan dgn cheese. Pastu skg ada gak choc pretzel so boleh aje celupkan pretzel dalam coklat (tak perlu glazing).
Ni gambo dr MyResipi........

Wednesday, June 30, 2010

almaraz caramalised coconut bun

Ini punya bun adalah klasik pny style tp tak telan dek zaman!
My kids lak surprisingly x brp reti nak makan bun atau kuih-muih tradisi kita ni dgn set2 yg ada kelapa nih. Lima2 anak camtuh! Kalau makan kuih sagu tu, kelapa x mo, kalau makan lepat labu tu, inti kelapa x mo..kdg2 lepat mommy wat tak ber-inti, bbrp ketul je yg berinti tuk mommy & papa mmm..mcm2.
Kali ni mommy wat bun inti kelapa laks. Dohnye? Of course mommy guna cara yg sekelip mata tuuuu heheehhe... iaitu basic no-knead dough. Cuma tmbh inti.

Cara buat inti.
Bhn:
3/4 cwn kelapa parut (atau guna dessicated cocounut)
1/2 cwn gula (sbenarnya mommy agak2 so manisnye tu pandai2 ler adjust yek)
1/2 - 3/4 cwn air (pun agak2, ikut byk mana kelapa tu)
sehelai daun pandan (simpulkan)
sedikit tpg gandum (tuk memekatkan inti, boleh juga guna tpg jagung)

Cara:
1. Buat gula hangus...i.e. hanguskan 2sdb gula dulu dlm kuali yg panas. Dh keperangan & boiling up then tmbh air & extra gula td tu. Kacau2 smpai guna hancur. Then masukkan kelapa, kacau2 pastu masukkan daun pandan & sedikit tepung gandum (dlm 1sdt). Kacau2 lagi smpai ia pekat dn tutup api. Ketepikan smpai ia sejuk. Inti ni leh disimpan dlm bekas tertutup letak dlm fridge (mommy wat awal2 esp dlm Ramadhan...se-tupperware leh tahan more than 3weeks --- silap2 pas ramadhan ada lagi muahahhaha).
2. Doh yg dh ready tu, bahagikn kepada 8-12 bahagian then wat bulat2. Setiap satu masukkan inti kelapa yg dh di-caramalised td tu then letak atas dulang pembakar. Biarkan ia naik dlm 30min. Ini lah hasilnya.....







3. Bila dah naik, sapukan atasnye dgn susu / air / campuran telur+air then boleh tabur sesame seed (mommy xtabur tuk yg ni), then bakar dlm preheated oven...dlm 170C-180C. Bakar xlama, dlm 12min dia dh brown...cam dlm gambar ni.






4. Masa tgh panas2 pas kuar dr oven tu, leh sapu atesnye dgn butter sket then siap tuk dihidangkan....mudah je kannnn ^_*.

Pada yg belum pernah bermain2 dgn doh ni, bila dh mula sekali buat tu, nx2 time sure expert & rolls or buns kat kedai bakery pun xingin nk pandang daaahhh hehhehe...

almaraz lemon roasted fish

Dah berhari2 asik makan ayam & daging jerk .. kali ni kita switch pada menu ikan bakar. Mommy ni species yg tak suka sangat makan yg pedas2 so menu ikan bakar mommy nampak plain aje tp ada tangy sket pd resipinya. Lagi satu, again, lemon adalah pencetus utama pada resipi ni. Biasanye bakar lemon dgn ayam tp kali ni kita wat kt ikan plak.

Jommmmm bakar ikan...

almaraz lemon roasted fish




Bhn:
Bhn perap (marinate):
1 sdb stok ayam
2 sdb olive oil
1-2 sdb kicap soya
1 sdb madu
1-2 sdt lada hitam (tumbuk kasar2)
2 ulas bwg putih
1/2 biji lemon - ambil jusnya sahaja

2 ekor ikan (apa2 jenis ikan terpulang..yg ni mommy guna ikan kembung)
1-2 hiris  lemon
1 bj tomato - belah wedges
1 bj bwg besar - hiris bulat2

Cara:
1. Gaul rata semua bhn2 perap. Tmbh sedikit air jika nk ada gravy sket2. Garam boleh tmbh jika perlu (mommy letak a dash of it only).
2. Bersihkan ikan kemudian, dlm satu plastik ziplock, masukkan ikan bersama2 bhn2 marinate td. Biar smua bhn marinate digaul rata pada ikan then biarkan ia diperap dlm 30min.
3. Setelah cukup diperap, sediakan roast dish (atau casserole) dan letakkn ikan bersama2 air marinate td. taburkan semua hirisan lemon, tomato dan bawang besar. Boleh juga ditmbah lg bwg putih, jika mahu.
4. Bakar ikan dlm oven hingga masak.
5. Siap utk dimakan bersama2 nasi putih. Ikan ni tak perlu dah air asam sbb dh ada masam2 rasanye. Utk versi pedas, campurkan bhn marinate dgn cili api yg ditumbuk kasar...pandai2 ler adjust-kan ler yer :)

Tuesday, June 29, 2010

almaraz sweet crunchy cheese rolls

Haa..jom main2 doh lagi!
Ni hasil dr basic no-knead dough. Asas doh ni leh wat 1001 macam rolls. Kali ni mommy start with crunchy sweet cheese rolls (tuk bg doh manis, tmbh lg sukatan gula dlm doh td tau.). Mommy namakan sweet crunchy cheese rolls sbb roti ni manis & cheese atasnye rangup (bakar lama sket). kalau cicah ngan teh O...mmg umph!!! punya.

Jom main dohhhhh.....

Cara:
1. Selepas testing doh dh naik, bahagikan doh pada 12 bhg (berapa bahagian tu terpulang ler, kalo nk kecik2, wat 12, kalo nk beso, wat 8 ker...ikut sukahati ler yer).
2. Buat bulat2 kesemua doh dlm letak dlm bekas tuk dibakar dlm oven nanti (mommy guna loyang kek ajer). Cheddar cheese yg mommy guna kali ni mommy tak letak kt dalam tp mommy letak kat atas jer (masa tu stok cik dah dh nk abes).
3. Penaikkan doh dlm 30min gitu then bakar dlm preheated oven. Tahap kepanasan oven tu kdg2 depend on oven tp kali ni mommy wat 170C, bakar dlm 10-12min je.
nota: penaikkan tu means biarkn doh dlm suhu bilik...bila tgk dia dh membesar dlm 1 1/2 kali ganda dr saiz asai tu haaa...ok dh tu.



Ni doh yg mommy dh penaikkan dlm 30min dan sedia utk dibakar (asalnya td doh kecik2, tak lekat pun antara satu sama lain).








Ni lak roll mommy yg ready utk dimakan..urmmmm yummmmmmmmm...