Tuesday, June 29, 2010

almaraz sweet crunchy cheese rolls

Haa..jom main2 doh lagi!
Ni hasil dr basic no-knead dough. Asas doh ni leh wat 1001 macam rolls. Kali ni mommy start with crunchy sweet cheese rolls (tuk bg doh manis, tmbh lg sukatan gula dlm doh td tau.). Mommy namakan sweet crunchy cheese rolls sbb roti ni manis & cheese atasnye rangup (bakar lama sket). kalau cicah ngan teh O...mmg umph!!! punya.

Jom main dohhhhh.....

Cara:
1. Selepas testing doh dh naik, bahagikan doh pada 12 bhg (berapa bahagian tu terpulang ler, kalo nk kecik2, wat 12, kalo nk beso, wat 8 ker...ikut sukahati ler yer).
2. Buat bulat2 kesemua doh dlm letak dlm bekas tuk dibakar dlm oven nanti (mommy guna loyang kek ajer). Cheddar cheese yg mommy guna kali ni mommy tak letak kt dalam tp mommy letak kat atas jer (masa tu stok cik dah dh nk abes).
3. Penaikkan doh dlm 30min gitu then bakar dlm preheated oven. Tahap kepanasan oven tu kdg2 depend on oven tp kali ni mommy wat 170C, bakar dlm 10-12min je.
nota: penaikkan tu means biarkn doh dlm suhu bilik...bila tgk dia dh membesar dlm 1 1/2 kali ganda dr saiz asai tu haaa...ok dh tu.



Ni doh yg mommy dh penaikkan dlm 30min dan sedia utk dibakar (asalnya td doh kecik2, tak lekat pun antara satu sama lain).








Ni lak roll mommy yg ready utk dimakan..urmmmm yummmmmmmmm...

No comments:

Post a Comment