Thursday, July 3, 2014

Panna Cotta dengan Peach Coulis




Assalamu'alaikum & Good Day!

Dessert yang  sejuk dan lembut ni semestinya menjadi kegemaran anak2 mommy. Mommy pun suka sangat lah sbb senang sangat membuatnya, tak renyah macam kuih2 kita tu kan...

Panna cotta ni mom buat simple2 jer...coulis ni sebenarnya, kalau tak silap dalam bahasa French yang bererti fruit sauce. Cara menyebutnya adalah "ku-li".
So, kalau nk wat puding atau jeli, boleh aje tambah si coulis ni...ikutkan buah pe2 yg kita suka..

Jom...men-dessert :)

Panna Cotta dengan Peach Coulis

Bahan panna cotta:
300ml fresh cream/whipping cream
1cwn susu segar (kalau tak ada, ganti dengan full cream milk)
1/4cwn gula kaster
1sdt esen vanila
2sdb air panas
2 1/2 sdt gelatin

Cara:
1. Sediakan samada 6 ramekin (saiz 1/2cwn) atau acuan puding. Lengser kan dengan butter.
2. Panaskan cream, susu dan gula dalam satu pot, guna api sederhaha, kacau hingga gula larut. Tmbah esen vanila, kacau lagi. Tutup api. Ketepikan, biar sampai suam2 sikit.
3. Dalam satu jug, isikan dengan air panas kemudian taburkan serbuk gelatin sambil kacau2. Terus kacau supaya tiada ketulan.
4. Tuangkan adunan cream ke dalam jug air gelatin, whisk well.
5. Tuang adunan ke dalam acuan. Sejukkan semalaman. Siap.

Bahan:
Buah peach segar / dalam tin (hanya perlukan 2biji sahaja)
1sdb gula kaster
1/3cwn air

Cara:
1. Potong buah pear in slice. Kalau guna yg dalam tin, just guna 3 ketul yg dipotong half tu...
2. Dalam satu pot, masakkan bhn2 di atas hgg buah lembut & gula larut (utk buah yg dlm tin, masak tak perlu lama, sekadar nak larutkan gula je).
3. Dh siap then blend hgga halus...so siaplah coulis-nya.

Cara makannya, ceduk skit panna cotta  ke dalam piring then tuangkn sikit sos (iaitu coulis) nye tu...mmg yummm....
Ni mom juz tuang kt tgh2 je tu...utk bergambarlah katakan :)


No comments:

Post a Comment