Bento for the day.
Let the pic speaks :)
Menu:
Homemade chicken nugget with tomato+mayo dip
Oranges
Homemade chicken nuggets
(resipi dengan sukatan agak2 aje ye...)
Bhn2:
300-400g daging ayam kisar
2-3sdb tepung gandum
1-2sdb susu segar
1-2sdt olive oil / butter
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
*untuk nugget with herbs, iaitu nugget pelbagai perisa herba2, boleh tambah samada oregano/rosemary/thyme...atau jika nak yang pedas2 sikit, tambah serbuk paprika.
Cara:
1. Gaul rata kesemua bahan2 di atas tapi tepung paling akhir, bubuh sedikit demi sedikit. Jika lembik/keras sgt, tambah/kurangkan tepung ikut kesesuaian.
2. Untuk menempa bentuk nugget biasa, memang agak sukar sebab melekit2. So, lebih baik kukuskan sekejap. Caranya, ratakan adunan di atas dalam loyang yang dialas dengan cling foil. Kukus dalam 10-13min (tak lama).
3. Dah siap kukus, angkat dan biarkan sejuk. Dah sejuk, samada nk potong panjang2 (macam fingers tu) atau tekap dgn acuan bulat2, terpulang. Bhg lebihan yang tak termasuk dalam acuan tu, boleh aje digoreng gitu aje.
Salutan.
1. Breadcrumbs
2. Tempura
Untuk menggoreng dgn 1: Breadcrumbs
Bhn:
2 biji telur - kacau2.
Breadcrumbs secukupnya.
Panaskan kuali dgn minyak secukupnya, celup nugget ke dalam telur then ke dalam breadcrumbs (rata2kan) dan goreng hgg keemasan.
Untuk menggoreng dgn 2: Tempura
sumber: skyblue of MyR
Bhn:
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung beras
1 cawan air sejuk (boleh diganti dgn air bergas yg tak manis)
¼ sudu kecil serbukdashi atau garam
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung beras
1 cawan air sejuk (boleh diganti dgn air bergas yg tak manis)
¼ sudu kecil serbuk
Sedikit serbuk kunyit (mom tambah)
Pukul rata ke semua bahan. Simpan dalam peti sejuk sementara nak menyediakan bhn2 utk digoreng.
Pukul rata ke semua bahan. Simpan dalam peti sejuk sementara nak menyediakan bhn2 utk digoreng.
Panaskan kuali dgn minyak secukupnya. Celupkan nugget then goreng hgg keemasan.
No comments:
Post a Comment