Satu tin kacang merah tak berbuka. Daripada expire, baik guna. Hajatnya nak buat pau inti kacang merah tp bila terrrrrrrnampak resipi cik Dayang ni, terus tukar fikiran.
Kuih talam masakan dulu2 ni mmg tak pernah jemu dimakan..lerrrr ni dah mcm2 fusion rasa kuih talam berbanding dengan resipi mak2 & pak2 kita dulu kan...
But, this one mom aje yg mkn, plus bg jiran2. My kids smua still dgn policy: NO NUTS in da recipe :(
Pe2 pun, inilah hasil kejadian kuih talam Mom. Thanks to Dayang for sharing the recipe!
Mommy just copy & paste here...
KUIH TALAM PANDAN KACANG MERAH
sumber: Dayang Jack (dari blog: Yatiememories.blogspot.com)
Bahan untuk lapisan bawah (loyang 10x10x2@3inci)
1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
1 cwn air*
- * dikisar bersama
- * dikisar bersama
1 1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan sederhana pekat
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
1 cwn gula halus
sedikit garam
sedikit pewarna merah
Cara:
Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn
air. Biarkan ketepi.
Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen
kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul
sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan
sapu minyak di kelilingnya.
Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.
Bahan untuk lapisan atas:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan
tapiskan)
secubit garam
pewarna hijau
Cara:
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak
hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di
permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk
mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna
hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit
dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2
sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
No comments:
Post a Comment