Kali ni mommy nak sharekan koleksi kek yang mana gambar2nya telah sekian lama terperap dalam tab mommy.
Daripada buang2 gitu aje pic-nya, baik mom sharekan resipinya dengan bloggers semua kan?
Mommy tak sure asalnya kek ni betul2 dari Rusia ke tak ke, tak sempat nak buat research. Ni mom ambil dr blog Azlita MasamManis, thanks madam Azlita.
Yang tahunya, 1-2 tahun lepas, memang trendinglah buat kek ni..dan selama 1-2 tahun itu lah gambar ni terperap dalam tab mommy uwaaaa!
Jom.......mem-baking ala2 kek Rusia (ek....?)
Black & White Russian Cake
sumber: Azlita Masam Manis
Kek Coklat Lembab
Bahan A*
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
*Satukan semua bahan, kemudian ayak & ketepikan.
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Bahan D
250 ml air panas
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair (bahan C), jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan denganspatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
********
Krim Keju Moca
Bahan A*
12 gm halal gelatin
60 gm air (mommy guna air panas)
*dulu2 masa mom kecik2, bonda mom selalu buat aiskrim ala2 magnolia tu. so, cara dia nak hancurkan gelatin adalah dgn mengguna air panas tp bila nk campurkan dgn krim, kena let it cool first. elok je kejadian aiskrim tu...InsyaAllah.
Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~
60 gm gula icing
Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu
Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air (air panas, kacau2 hingga gelatin cair & air jadi likat).
Untuk kaedah mencairkan gelatin boleh rujuk di SINI, untuk cara dan step by step penyediannya.
Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin (bila gelatin dah mula suam2 kuku) dan pukul hingga licin.
Campurkan gelatin (bila gelatin dah mula suam2 kuku) dan pukul hingga licin.
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
Chocolate Ganache
Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek
Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka.
Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
Sirap Nescafe
1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
- Satukan semua bahan dan kacau rata
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Kaedah memotong kek boleh rujuk di SINI
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
*********
Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek
Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
Sirap Nescafe
1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
- Satukan semua bahan dan kacau rata
********
Kaedah PenyediaanKek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
No comments:
Post a Comment