AsSalam
Ni turn buat biskut wajib tiap2 kali raya.
Fav anak2 la pulak. Gemarnya depa makan till now dah tinggal about suku balang aje ye...Entah larat entah tidak nak re-stock balik hmmmm...
Kali ni mom follow resipi dari blog CMG.
Taste ok jugek.
Untuk versi my mom, sila klik SINI ye.
Apa2 pun, biskut ni memang sangat mudah nak buat, sebelah masak juadah iftar, sblh lagi oven utk bake the biscuits pun sempat lagi ye. Tak banyak karenah sbenarnya buat biskut raya ni.
Jommm baking........
BISKUT SAMPERIT
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g) - mom pun guna 140g aje
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose) - momguna esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment