Monday, June 22, 2015

Iftar Day4: Ayam Percik

AsSalam

Sangat lajulah masa especially dalam Ramadhan ni kan.
Today mom masak cuma ayam percik and doh roti canai semalam mom sambung buat murtabak inti ayam lagi. Bukan apa, bila dah ada set2 percik ni, fokus utama anak2 mesti nak nasi & ayam percik, of course...kuih2 kurang sikit  lah.

Jom jamu mata sikit... :)

Ayam percik
Almaraz Murtabak (inti ayam)
Ulam raja & sambal







Ni mom sertakan inti murtabak fav family

Almaraz Murtabak

Untuk resipi doh, sila ke link yang diberikan di atas.
Memang superb dohnya, lembut je...plus bila goreng, rangup seh!

Inti:
300-400g isi ayam, potong kiub atau guna aje minced chicken4
1bj kentang saiz besar, potong kiub

Bahan tumbuk:
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1cm halia
-------------
1-2sdb serbuk kari ayam/daging
1-2sdt cili kisar
Air asam jawa, garam & gula secukupnya

----------------------------------

4-6biji telur
2biji bawang besar, potong kiub
Daun bawang & dan sup, hiris halus2, secukupnya (kena byk sikit, baru naik baunya)
2-3sdb kismis
Sedikit garam & gula

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bhn tumbuk hgga harum. Masukkan cili kisar & serbuk kari (bersama sedikit air). Kacau2.
2. Masukkn kentang, kacau2 dalam 1-2minit then msukkn isi ayam. Kacau2 hgga air ayam hmpir kering. Tmbah air sedikit, jika perlu, utk mngempukkan kentang. Tambah air asam jawa.
3. Perisakn dgn garam & gula. Bila dah ready, angkat & ketepikan.
4. Bila doh murtabak dah ready, boleh campurkan bhn2 inti ,spt berikut:

  • Pecahkan telur, dalam 3biji dalam satu jug saiz sederhana (mom buat sikit2). Whisk sikit.
  • Tambah inti yg dimasak dalam satu jug kecil (ikut kuantiti byk mana murtabak yang hendak digoreng lah ye). Kacau2.
  • Tambah bahan2 lain. Kacau sebati. Ready untuk jadi inti!
Selamat ber-murtabak! :)

No comments:

Post a Comment