Tuesday, June 30, 2015

Puding Karamel Tanpa Telur

AsSalam & G'day



One of the simplest ever...no fail recipe I'm telling you :)
Thanks Linapg of MyResipi, for sharing such a beautiful soft pudding.
Thank you jugek kat izah...lama dah tak chit chat cam kt MyR dulu2 kan?
Very helpful during kids' parties/kenduri/etc.


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Resipi asal: Lina PG of MyResipi
Sumber: izah daut


Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
4 sudu besar gula pasir - mom tambah sedikit air untuk dpt lebih sikit

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir - mom kurangkan sikit
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair - mom tukar dgn full cream sbb terperasan eva milk dh abes stok, xsempat nk beli (countdown nk iftar hehe)
3sb tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara-cara
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


Iftar Day12: Daging Masak Hitam

AsSalam

Alhamdulillah...syukur dengan rezeki Allah.

Our 12th iftar:
Gulai darat ayam  - kali ni mom buat agak pekat sikit tp kuah still banyak
Daging masak hitam ala  mamak - sangat2 yummm...next time nak masak kamben pulak ^_^
Puding karamel tanpa telur -  sila ke entri baru if nak resipi ni...





My fav..ni daging lembu, if kambing lagi umpphh... :)


Monday, June 29, 2015

Iftar Day11: Siakap Masam Manis & Kuih Limas

AsSalam

11th day of Ramadhan...moga kita terus mengejar pahala2 dalam bulan ini & moga Allah pertingkatkn taqwa kita, Aamiin.

Alhamdulillah, tonite our iftar is very simple yet tempting yekk...semestinya! :) :) :)

Jom tengok!
Siakap Masam Manis ala Thai (anak bongsu suka sangat so terpaksa repeat menu lah)
Tumis taugeh
Sotong goreng kunyit + kcg panjang
Kuih limas

Tumis taugeh, siakap masam manis, sotong goreng kunyit & kuih limas aka tepung pelita


Mom kongsikan resipi kuih limas versi Yani of MyResipi yang mom dah olah2kn ikut citarasa sndiri.
Thanks bnyk2 sis Yani..muaahh...
Resipi mom payah nk share sbb main campak2. Mak ajar gitu je hihihi...

Sgt mudah membuatnya.
Acuan sampannya tu, boleh ikut cara mom ajar step by step di SINI ye.

Kuih Limas aka Tepung Pelita

Bahan
Bhn A: bhg bawah
1 cwn tepung beras
3/4 cwn gula
4 cwn air
1 cwn + 5 helai daun pandan (dikisar)
1/2sdt air kapur

Bhn B: bhg atas
4sdb tepung beras
4cwn santan
Garam secukupnya

Acuan sampan secukupnya.

Cara:
1. Campurkan kesemua bhn A dlm satu bekas, whisk smpai tiada lumps. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan bhn B. whisk smpai tiada lumps. Ketepikan.
3. Dalam setiap acuan sampan tu, taburkan 1sdt gula caster.
4. Pindahkan adunan bhn A ke dalam satu non-stick pot besar sikit, masakkan dgn api sederhana. Sentiasa kacau. Adunan masak jika ianya pekat & berkilat. Siap. Then cepat2 sendukkan ke dalam setiap acuan sampan, dlm lebih sedikit daripada separuh penuh.
5. Pindahkan adunan B ke dalam non-stick pot saiz sederhana. Sama sperti step4, masakkan hgga pekat & agak berkilat. Pastikan kacau selalu ye. Buat cara yg sama, penuhkan setiap acuan sampan yg berisi bahagian bwh td dgn adunan santan (bhg atas).
6. Sediakan kukusan. Kukus adunan dalam 3-4minit dgn api sederhana (step ni optional je ye..., tak kukus pun rasa aroma daun pisang dah berasa dgn kuih limas tu).

Selamat makan! :)
Sentiasa jadi fav my family :)


Iftar Day10: Ayam Tambatan Hati

AsSalam

Dah masuk Ramadhan ke 10...sangatlah cepat masa berlalu...wish I can stay longer in Ramadhan ...

Alhamdulillah, our iftar for the 10th of Ramadhan (hari super duper busy! fuuhhh) :
Ayam Tambatan Hati (superb recipe from Ibundo...thanks a lot for sharing) --> nanti mom share resipi
Daging goreng kunyit
Tumis kacang panjang
Apam coklat (resipi mom tulis balik ye...)



Ayam tambatan hati..mom buat kuah sbb family sgt suka mkn style banjir2 ni hmm...


Apam coklat yg gebuss....

Ni resipi apam coklat dari bonda mom. Pernah dah share dulu2. Apam ni sangat2 gebus lah..mmg sedap & tak renyah nak membuatnya.

Jommm....kukus apam!




Apam Coklat


Bhn:
2cwn tepung gandum
3/4cwn gula
3/4cwn susu pekat
1cwn air
1cwn minyak
1sdt soda bikarbonat
2bj telur
3sdb serbuk koko

Cara:
1. Panaskan air dlm kukusan.
2. Masukkan kesemua bhn dlm satu mangkuk besar. Guna whisk, putarkan aje kesemua bahan. Pukul sehingga licindan tak berketul2. Adunan siaplah sudah...
3. Masukkan adunan ke dlm acuan apam (mommy just guna acuan silikon yang warna-warni tu). Kukus guna api besar ye...dalam 10-15min (ikut saiz acuan).
Boleh ditabur dgn kelapa+sedikit garam atau dimakan begitu aje.

Selamat mencuba!

Ada yang sengih lebar, ada yg sengih sikit, ada yang tak sengih2 langsung heheh...




Iftar Day9: Kari Daging & Bistik Ayam

AsSalam...

Alhamdulillah juadah iftar kami di hari Jumaat yang mulia dalam bulan yg agung ini:
Kari daging
Bistik Ayam
Kobis tumis ikan bilis rangup
Roti canai telur & Roti canai kosong (my last batch of dough, dapat 8 bijik semuanya..cicah kari daging)

Bistik ayam

Kari daging

Kobis tumis ikan bilis rangup


Friday, June 26, 2015

Ayam Asam Pedas Brunei

Yumm....

Assalam

Kongsian bersama dengan resipi sedap ni.
Mommy kekurangan masa untuk berbicara panjang. Pe kata kita tengok resipinya...mom amik (lagi) dari rumah CMG...suka dgn blog CMG ni, almost hari2 ada entri, tak kira bulan apa :)
Kalau CMG or geng2 MyR singgah ke blog mom ni, masih tringat kisah2 lama pasal CMG & "glow in the dark"nya tu..hahaha...very sweet memory of mind with MyR team!

Jommm...masak asam pedas ala Brunei!

Asam Pedas Ayam Brunei
sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 1+ kg), dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
Rebung secukupnya (che mat guna rebung madu yang telah direbus) (mom tak letak rebung)
3 batang serai, diketuk
1 kiub pati ayam Maggi (optional) (u)mom skips this one)
2 1/2 senduk nasi cili kisar (mom kurangkan, as usual...)
3/4 camca besar pes asam jawa
1 cawan santan (sederhana cair)
1 camca teh rata serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) (mom tumbuk dengan lesung batu)
9 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit, masak sekejap dan tambah cili kisar. Masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga ayam 1/2 empuk, masukkan rebung dan kiub pati ayam (jika guna). Tambah air panas jika perlu. Terus memasak hingga ayam empuk.
Tambah pes asam jawa dan santan. Kacau rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana untuk 5 - 6 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...Wajib cuba yea!...

Ye CMG, mmg kira wajib lah untuk cuba...sebab sedap!!!


Iftar Day8: Ayam Asam Pedas Brunei

AsSalam

Hari ni, main dish dalam jadual iftar mom adalah ayam asam pedas brunei.
Memasaknya pun..hmmm.....aroma dah merata rumah dah :)
Pertama kali cuba terus jatuh cinta heheh sebab rasa pedas masak asam tu dah di-enhanced-kan dengan santan. Luv it!


Alhamdulillah, menu iftar kami hari ni:

Ayam Asam Pedas Brunei
Ikan tenggiri masak kicap
Sup lada hitam petola
Ondeh-ondeh aka buah melaka






Thursday, June 25, 2015

Iftar Day7: Ayam Goreng Berempah & Gulai Lemak Telur

As Salam

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak yang ke-7.
Moga ibadah kita terus diberkati Allah, Aamiin.

Menu simpel hari ni.
Plan nak buat puff nutella but since doh roti canai ada lagi sikit, mom terus lah buat murtabak ayam. Dapatlah 3 bijik :) plus 1 roti kosong. Alhamdulillah.

Menu iftar kami:
Ayam goreng berempah
Gulai lemak telur (telur ayam aje, tak sempat nak beli telur itik,..)
Sayur campur
Murtabak ayam + roti kosong (cicah dgn baki daging gulai kawah hari tu, ada sikit je lagi)

Alhamdulillah...



Murtabak mommy...favourite seantero family :)

Baki doh utk esok lusa pulak...sgt lembut bila di- thawed, senang sungguh nak mencanainye!