RSS

IKAN MASAK JAWA


The most known thing about masakan jawa is pedasssssssssssssss.....& semestinya sedap!
Bersebelahan dgn kampung ayahanda & bonda mommy ada gak kampung yg dinamakan Kampung Jawa. Mom pun ramai kwn2 jawa masa di sekolah rendah dulu...up till now ada lg yg contact2, besssttt...
Masakan jawa dah lama sebati dgn famili mom cumanya mom aje yg tak tahan pedas, itu aje.

Apa2 pun, this one is among the simplest masakan jawa yg mgkn ada yg belum tau lagi.
Jommmmm.....


IKAN GORENG JAWA
~ ubahsuai dari cactus_manja  of MyR

Bhn:
2 ekor ikan mackerel/yellow tail (gantikan dgn ikan jenis lain pun ok, ikut selera masing2...)

Bhn kisar:
2sdt serbuk cili (gantikan dgn cili kering kisar jika suka, jumlah pun ikut tahap pedas masing2 yerr..)
1 ulas bwg besar
3 ulas bwg putih
1/2sdt serbuk kunyit (guna kunyit hidup lg bagus tp tiada dlm stok)
----------
2 batang serai - diketuk
1/2 cwn santan
1 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya utk menumis

Cara:
1. Panas minyak dalam kuali. Gorengkan ikan smpai masak then ketepikan.
2. Guna kuali yg sama tp kurangkan minyak (serta buang baki serbuk2 ikan goreng tadi); tumiskn dulu serai, kejap aje then baru tmbhkan bhn kisar. Tumis smpai naik bau & keperangan. Lepas tu tuangkan santan serta asam gelugor. Perisakan dgn garam & gula. Masak dgn api sederhana dlm 15-20min (ia memekat) then baru dimasukkan ikan yg dah digoreng td. Kacau rata & tutup api. Siap.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DAGING TUMBUK MASAK KICAP


This one tastes not bad...mgkn sbb ada belacan kot :) ...pd penggemar tegar belacan, sure kata sedapkan. Yg tak suka tu, sure no no pny hihihih..tekak mana de yg nk exactly sama, kan...?

Anyway, after a very long silence, this one is up for my blog today.
Juadah ni dah lama sgt dimasak, terperap dlm hdd bbrp bulan - hibernate :P.  -- byk sgt kejadian & peristiwa yg berlaku so InsyaAllah akan intermittently on kt sini heheh...

Thanks byk2 pada si empunya resipi....Ms Sofinar...mintak halal kan C&P di blog ni yer.

Jommm............menumbuk! :D

Daging Tumbuk Masak Kicap
sumber: Sofinar of MyR (as it is...)

Bahan-bahan:
300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal
2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah
6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
1/2 cawan kicap pekat manis
4 tangkai cili kering- digoreng dahulu
1 sudu teh jintan manis
2 cm belacan
asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya
minyak untuk menumis, garam dan gula
Cara-cara

  1. Daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula.
  2. Perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit,
  3. Cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama
  4. Panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi
  5. Masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa.
  6. Tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keropok Lekor



Antara juadah minum petang bbrp minggu lepas...terperap dlm blog akhirnya kuar gak ni.
Buatnya dh bbrp kali tp seksanya nk menayang kt sini :(
...busy...busy...busy...

Jommmm....menggotel...!

KEROPOK LEKOR
~ ubahsuai dr resipi 14sept of MyR

500g ikan mackerel/yelllow tail (yg sedapnya ikan selayang/ kembung)
6 ulas bawang putih
500g tepung ubi (tapioca starch)
1 cwn tepung gandum
1/2 sdt baking powder
Garam secukup rasa
Sedikit air (untuk mengisar isi ikan nnt)


Sos cicah (cara mom buat):
2-3sdt serbuk cili / cili kisar
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Manisan (palm sugar) secukup rasa (kalau gantikan dgn gula, rasa & rupa ada lari sket tp kalau dah tak de tu, terpaksalah guna gula)

Cara buat keropok lekor:

1. Cuci ikan dan ambil isinya sahaja. Renyah sket keje ni. Dah siap smua, kisar dgn bwg putih dan air. Jumlah air tu ikut jugak la asalkan ikan boleh dikisar dgn jayanya (maknanya tak terlalu pekat & tak terlalu cair). Dah siap then masukkan ke dalam satu bekas besar.

2. Dalam satu bekas besar yg lain, satukan kesemua tepung2, baking powder dan garam. Gaul rata.

3. Tuang 2 ke dalam 1. Uli hgga sebati smpai adunan tak melekat di tangan lah kiranya. Kalau adunan still melekat, tmbhkan tepung ubi sedikit demi sedikit.

4. Sementara tu, jerangkan air dalam satu periuk besar. Titiskan bbrp titik minyak.

5. Sekarang tiba masa untuk membentuk doh. Sapu tapak tangan dgn sedikit minyak agar doh tak melekat2 nnt. Ikut kepada saiz yg sesuai dgn saiz periuk utk merebus doh, ambil sedikit doh dan hempas2kan ke atas meja. Buat bbrp kali supaya doh mampat serta lembut. Lepas tu baru dibentukkan (roll-kan) jd bentuk memanjang. Buat smpai doh habis.

6. Rebuskan doh hgg ia timbul (pastikan tak melekat pd dasar periuk). Dah siap masak, toskan dan lalukn sket dgn air sejuk. Potong mengereng (atau ikut ler style mana pun…) then goreng dlm minyak panas. Goreng tak perlu smpai terlalu garing sgt.

Cara buat Sos:
Dlm satu periuk kecil, campurkan kesmua bhn, kacau2 dan masakkan smpai ia mendidih hgga pekat. Kalau tak brp nk pekat, bubuh sdikit campuran tepung + air. Kacau2 & tutup api. Siap.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengiktirafan daripada Wallsend Football Club


Last Sunday, 16 September 2012, adalah hari Presentation Day bagi kelab bolasepak Wallsend di Newcastle & Hunter region ni. Semua pemain2 kelab, ikut kategori umur, diberikan pengiktirafan atas penglibatan serta perjuangan mereka untuk meletakkan kelab ni di ranking yg paling atas.


Anak mom yg sorang ni, Danish Uzmir, mmg very2 into soccer & footy!
He's being under 11 team (U11) dlm kelab ni and the day is really his day to receive the trophy & sijil penghargaan--- smpai adik2 pun terliur ndak jugek trophy tuh!


Utk U11, team mereka ada top 1 sekarang ni! Bravo! Bravo!
Tapi sekarang ni tahap permainan mereka dikira sebagai friendly matches & bukan utk juara liga.
Dah masuk kategori 12thn dan ke atas, baru betul2 bertanding ler kiranya.

Pada hari yg sama jugak, U11 team dpt jersi masing2 -- ini bukannye jersi rasmi kelab tp just kenang2an sepanjang mereka berada dlm team U11 in 2012. Next year dh masuk team utk kategori umur 12thn pulak la kan...sekejap aje 1 tahun......hmmm......

Anyway, good luck son! I'm very proud of you and will always be...
Looking forward to seeing you to be a TOP soccer player one day, Amiin...InsyaAllah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAWAR



Salam & G'day

Mom dh selesai puasa 6, Alhamdulillah...this is one of our last puasa menu besides mee kari, nasi ujang, teresek  kcg panjang...
..very kelantan cuisine, this fish salad is definitely pembuka selera, really!

My version is very simple. Suppose kene ada bunga kantan & ikannye pun guna ikan yg available aje kt sini.
Lawar biasanye pedasssssss but level pedas mom ni very2 low so  mom tak guna cili api, instead guna sebiji aje cili merah :D
Also, sstgh org tu taruk budu...kalau ada budu pun mom tak taruk sbb mom tak makan budu hehhe...So, bersyukur aje lah dgn apa yg ada kt sini :)



Jom....me-lawar!

LAWAR

Bahan:
2 ekor ikan mackerel
2-3sdb jus limau nipis (tambah/kurang jika perlu)

salad:
1 ulas bwg besar (atau bwg merah besar), hiris dadu
segenggam daun kesum, hiris halus2
1/2btg timun, hiris dadu
2-4btg kacang panjang, hiris nipis2
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
1/2cm belacan, hancurkan (hat yg bakar lg sedap)
garam secukupnya

Cara:
1. Rebus ikan, then ambil isinya. Lepas tu gaulkan dgn jus limau nipis, biar terendam sket. Ketepikan.
2. Campurkn kesemua bahan2 salad. Then masukkan ke dalam bekas isi ikan tadi. Perisakan dgn garam dan gaul rata. Done!

Kerabu ni sedap dimakan dgn nasi putih yg panas2...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2nd Brekky Syawal 1433H


Ini adalah antara juadah masa brekky syawal a.k.a open house mom kt newcastle ni.
Since rumah mom ni teramatlah kecilnya, & merujuk kpd pengalaman2 lepas so diputuskan lah supaya buat batch-by-batch.

So, bila dah dlm batch mode ni, kene lah brekky so mmg sempoi2 aje lah kan. Matlamat utama nk menjamu di samping dpt berkumpul sama2...tak gitu...

So this one is brekky raya utk batch ke-2.


Menu:

Set nasi  berlauk:
 Gulai darat ayam
 Nasi putih warna-warni
 Sambal
 Ulam timun

Yg tiada dlm gambar:
Roti canai telur
Apple & orange juice
Air suam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kundas vs Pancake


Brekky yg amat simple.
Kundas by me.
Pancake by my 9-yr old daughter, Rumaysa.
DONE.
Alhamdulillah.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS