Thursday, November 21, 2013

Almaraz Bake Pasta or Lasagna



As Salam,

My kids' favorite but not me :)

Plus, simple je nak prepare this kind of western food, pasta and lasagna. Mom tak suka beli mknn camni kat kedai or from anyone sbb mmbuatnye..hmmmm.....terrrrrsangatlah mudahnye.

Sebelum ni mom dah letakkan beberapa resipi pasta Spicy Bake Pasta , Creamy Pasta dan Spicy Cheesy Pasta , tp yg kali ni lebih kepada bolognese style pnya gravy. 

I have to admit it yg inilah antara mknn yg paling kerap mom masak, not for me, not for my darling but for my 5 kids! Tu yg kalau cheese or minced chic/beef xder dlm fridge, resah gelisah mom jadinya.
Depa tu, mkn western food tiap hari pun, no hal, except  Rumaysa yg menurun mak paknye -- nak nasiiii gak :)

Cara ni sesuai untu lasagna juga. Lasagna lagi mudah sbb mom tak rebus sbb guna instant lasagna. Di sini tiada fresh lasagna so pakai instant aje lah.
Apa2 pun, xyah celoteh banyak..org pun tak larat nk baca lama2 kan....


Jom................bake pasta or lasagna.

Loyang pembakar ready made dah abis so mom just wrap my baking pan 

Almaraz Bake Pasta or Lasagna

Bahan

1/2paket pasta (any types)  atau  instant lasagna sheet secukupnya (mom biasa guna brand San Remo)
1sdb olive oil
1/2sdt garam (optional)
air secukupnya untuk merebus pasta (lasagna tak perlu rebus ye)

Sos ayam/daging
1 paket minced chic / beef (dalam 400-500g)
1tin besar tomato puree - mom guna Hunt's or Del Mont
1tin diced tomato
8-10bj button mushroom saiz sederhana, potong dadu
1 1/2sdt lada hitam + 1sdt lada putih + 1sdt olive oil --> tumbuk sebati dlm lesung, tak perlu fine sgt
3-4sdt garlic paste
1sdt serbuk cili (optional, nk pedas sikit, tambahkan lagi)
1-2helai bay leave
2sdb olive oil
dried oregano secukupnya
garam & gula secukup rasa

Sos putih (sos keju)
1cwn cheddar cheese
1/2cwn moza cheese
1/4cwn parmesan
2sdb olive oil (atau butter but mom prefer olive oil)
2sdb tepung gandum
2cwn susu segar

Tabur:
cheddar & moza secukupnya



Cara:
1. Jika guna pasta, rebus hgga 1/2 empuk bersama2 dgn olive & garam. Kalau guna instant lasagna, tak perlu rebus. Bila pasta dah siap rebus separuh masak, tos serta lalukan dgn air paip (supaya tak melekat2 nnt). Atau, letak pasta dlm satu bekas, letakkan bekas dlm bekas yg lebih besar yg ada ketulan ais, goyang2kn sket bekas pasta tu.

2. Sos ayam/daging: Panaskan olive dlm pot, guna api sederhana kecil, tumiskan bwg putih serta bhn yg ditumbuk kasar td. Kacau2. Bila naik bau, baru masukkan serbuk cili. Kacau2 lagi then masukkan ayam/daging kisar. Sntiasa kacau, bila air ayam/daging hampir kering, masukka tomato puree, diced tomato; kacau2. Masukkan daun bay. Kacau2 dlm 3-5min dgn api sederhana. Tambah button mushroom serta dried oregano. Perisakan dgn garam & gula. Kacau2 then renehkan selama 15-20min (can up to 30min of simmering time), sekali-skala kena kacau2. Siap.

3. Sos putih: Mom sbnarnya tak sukat2 pun, pakai tuang aje itu ini tp InsyaAllah, sukatan2 kt atas tu ok :) Mula2 panask olive oil dlm pot dgn api sederhana kecil. Masukkan tepung then terus kacau (preferable guna wooden spatula),biar jangan ada lumps. Once tpg dah smooth je rupanya, tuangkan susu. Kacau hingga sos pekat. Tutup api, the cepat2 masukkan ke semua jenis cheese, kacau rata. Siap.

4. Panaskan oven 180C. Sediakan casserole, baking pan atau apa2 bekas untuk bakar pasta/lasagna. Biasanya mom guna bekas alumunium yg ready made tu sbb xperlu nk cuci2 dah. Masa bakar hat yg ni, out of stock la pulak so mom alaskan my loaf tin dgn alumunium foil.

5. Cara melapis. Bear in mind, sstgh org buat selapis aje tp mom masak pasta sama dgn style lasagna, ada lapis2.
5.1 Bubuh dan ratakan sedikit sos ayam/keju pada dasar baking pan. Nipis aje lapisan ni, supaya tak kering sgt.
5.2 Letakkan pasta, ratakan (atau susun satu helai instant lasagna).
5.3 Bubuh & ratakan sos ayam/daging.
5.4 Bubuh & ratakan sos keju.
5.5 Ulang langkah 5.2 hingga 5.4 (if baking pan yg digunakan agak deep then >2 lapis lah jadinya).
5.6 Lapisan paling atas, tabur, generously heheh, cheddar cheese.

6. Tutup atas baking pan dgn alumunium foil, bakar dlm oven 40min (atau hgga masak).

7. Bawa keluar dr oven. Buka penutup alum tadi. Taburkan moza cheese pulak. Bakar for another 5-7 min dgn 160C; atau hgga atasnye kekuningan.

Step 7 tu is optional but worth buat sbb hat ni yg paling special...baked pasta or lasagna tu bergetah2 bila di mkn! Ada le kelainan dr yg bli kt kedai tu kan :)

Selamat mencuba!

















Saturday, November 16, 2013

Madeira Cake



I have to admit, this is among the longest kept recipes...! More than 5mth old now...It all due to my time constraints to upload in this blog which I myself couldn't avoid this kind a thing happens. Eventually, it will appear, I know hehehhe....

Mom tak lah mengidam sgt dgn kek but mengidamkan main2 dgn buttercream! So pe lagi, dapat one fine day to bake, my daughter Batrisyia and I pun having fun baking and decorating a cake. Love the lemony taste...! Actually dah bbrp kali buat madeira ni, very easy nak buatnya pun plus everybody loves it.
Kami beri gak bbrp slices pada 3 jiran rapat kt sini. Akhirnya, kek ni cuma bertahan bbrp jam shj and inilah kejadiannya!

fyi, kek ni solely baked by Batrisyia Razilan and cake decorating by me. Tak pandai tp nak menerai jugek..sudahnya ada saiz beso, ada kecik, ada ok, ada ko hihihiiiiiiiii.......

Jommmm......baking!


Madeira Cake
source: Baking Bible (buku resipi Batrisyia Razilan, hadiah dari Plattsburg Public School, NSW)

Bhn2:
180g unsalted butter, suhu bilik
185g gula kaster (dikurangkan ke 170g)
3bj telur, dipukul sikit
155g tepung naik sendiri
125g tepung serbaguna
2sdt kulit lemon yg disagat
2sdb susu segar

Cara buat kek:
1. Panaskan oven 160C. Griskan dan letak tepung ke loyang kek saiz  7in bulat.
2. Griskan loyang bulat 8in, letak tepung sikit ke dalam serata loyang then hentak2 skit.
3. Pukul butter & gula hgg berkrim. Tmbh telur satu per satu, sambil tu terus pukul. Then kaup balik kan bersama tepung, parutan lemon dan susu, hgg sebati. Adunan siap.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang kek. Taburkn sdikit gula di atasnya.
5. Bakar dalam 50minit atau hgga masak. Bila dh masak, sejukkan dalam 15-20min sblm disapukan dgn buttercream.

Klik sini untuk bahan2 dan cara2 mudah utk buat buttercream (BC)
Bila BC dah ready, boleh lar make-up kan kek ikut ikut citarasa tersendiri. Mom tak brp pandai tapi suka mendeko2 kek :)

1.Sapu buttercream kt atas and keliling.


2. Buat munger2 kt tepi.


3. Kat atas pulak.....

4. Both pink-purple and green-blue tu 2-tone colours...Siap!

Jadi ler kek bunga kembang setaman ^____^


Monday, November 11, 2013

Grilled Chicken Wings & the gang



Good Day,

Sebenarnya ni adalah juadah dinner minggu lepas. Kentang cuma tinggal satu, mujurlah sorang kawan office yg ber-car pool dengan mom sudi memberi saki baki kentangnya yang belom lg plan nk dimasak apa. Thanks sis! Appreciate it so much....bukan pe, sampai rumah lepas waktu kerja dah maghrib, malasnya nak keluar pi beli potato. In minds already set to have this simple dinner.

Alhamdulillah, lepas solat berjemaah dgn anak2 serta baca Yaasin (sbb malam Jumaat), maka, ini lah rezeki kami. btw, my darling tak der, pi outstation ke Bangkok so, kami ber-6 je la yang menjamu selera ni...

Jom.......dinner!

Grilled Chicken Wings & the gang

6 ketul chicken wings (mom guna ayam organik)
Bhn perap:
sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
sedikit olive oil
sedikit kicap lemak manis
garam secukup rasa

Kentang putar:
3-5bj kentang saiz sederhana
3-4sdb butter (salted)
2-3sdb fresh milk (adjust utk bagi tak kering sgt)
sedikit serbuk lada hitam & lada sulah

Blackpepper sauce (yg express, tak perlu blend :):
1sdt bwh merah kisar
1-2sdb olive oil
1-2sdb tepung (agak2 juga ni, utk memekat kuat)
1-2sdt lada hitam - tumbuk/kisar (halus)
1sdb kicap soya (adjust utk kesesuaian rasa)
1 1/2cwn chicken broth (lebih kurang sukatannye ni, adjust2 le ye)
garam & gula secukup rasa

Buah tomato
Corn kernels
Salad (optional)

Cara:
1. Ayam: Perapkn ayam dengan bahan perapan, dalam 15min. Lagi lama lagi bagus.  Grill ayam hgga empuk, suhu dalam 180-190C.  Siap.

2. Kentang putar:  buang kulit kentang, belah dua atau empat; rebus hgga empuk. Toskan air, masuk dlm satu bekas. Campurkan butter, susu serta serbuk lada hitam & sulah (tmbh secubit garam jika perlu). Lenyekkan kentang hgga hancur (guna masher). Siap.

3.Blackpepper sauce:  Dlm satu pot kecil, panaskan olive oil dgn api kecil. Masukkan bwg merah, kacau2 dlm 30saat then tmbhkan tepung. Kacau rata then masukkan serbuk lada hitam, kicap soya & air. Tukar api ke medium, terus kacau2, perisakan dgn garam & gula. Ia siap bila sos dh pekat.


Sunday, November 10, 2013

Lemon Chocolate Muffins



As Salam & Good Day,

Hujung minggu ni cuma ada 2 pilihan...masak tak berhenti di rumah or gantung periuk sepenuhnya :)
Semalam(Sabtu), mom mostly spent my 90% of my day time kt dapur. Sbbnya papanya baru sampai dr overseas, rinduuuuu masakan hasil keras tangan wifenye ler konon2nye so sari suntuk tak gi memana, brekky, brunch, lunch, dinner -- all kt rumah.

Pagi Ahad ni, mom nk alas perut anak2 dulu sbb depa mmg if after 8am, sah2 lapar! So, nk cpt, masak le pe2 yg cepat, kan? :)
This muffin mmg sangat2 cpt, my daughter Rumaysa & son Arish yg sediakn, Amat ler sesuai dgn kids!

Jom..... kid's muffins!

Less Sugar Lemon Chocolate Muffins

Bahan kering:
2cwn tepung
1/4cwn gula
1cwn choc chips
1sdb baking powder

Bahan basah:
1/2cwn susu segar
1/3cwn minyak sayur
1bj telur
1/2cwn jus lemon
1sdt parutan kulit lemon

Cara:
1. Panaskan oven 170C.
2. Sediakan muffin cups atau gunakn muffin pan. Dalam satu bekas, gaul dengan garfu bhn2 kering. Dalam satu bekas lain, kacau sebati bhn2 basah. Buat lubang di tengah2 bekas bhn kering. Tuangkan bhn basah ke dalamnya. Gaul rata dgn garpu. Adunan siap!
3. Sudukan adunan ke dlm muffin cups/pan. Bakar dlm 20min, bila siap angkat.





Saturday, November 9, 2013

Daging Masak Kari Pakistan



As Salam...Good Day..

Lunch hari ni agak lewat sikit...kes makan brunch roti jala dengan kari daging, garlic bread + waffle.
Walau pun lewat...ada hikmahnya kan.. Hari ni menu daging (since ada balance sikit lagi dalam fridge tu), kena pulak my dearest sis Quinnie tempek lak kari dagingnya kt FB...pe lagi....
Thanks Q! Memang umpph...Mom mmg suka masakan kari pure Pakistan sebab depa tak guna santan dalam kari.

Jom......ke dapur!

Daging Masak Kari Pakistan
Sumber: Quinnie
(resipi ni mom copy paste je Q...)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian - Mom guna 300-400g daging aje
4 biji bawang besar - cincang       - 1bj 
4 biji tomato merah - cincang      - 2bj tomato saiz sederhana
1 sudu makan halia kisar              - 1sdt 
1 sudu makan bawang putih kisar  - 1sdt 
1 sudu teh serbuk kunyit             - 1sdt 
2 sudu makan serbuk cili              - 1sdt 
1 sudu teh serbuk ketumbar        -  1sdt   
2 cawan air                               - 1 cwn  
garam                                       - garam & gula secukup rasa
1/2 cawan minyak                       - 3-4sdb
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh) - skip
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan                              - skip

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit. - plus serbuk ketumbar
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!) -> Mom tak masukkan air dulu tapi masukkan daging, kacau rata dan biar ia masak bersama2 tumisan, guna api sederhana.
5. Masukkan ayam dan gaul rata. -- Skip this part -- 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam). Mom perisakan dengan garam & gula & tambah air selepas air daging agak2 nak kering.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar. -- Skip this part sbb mom tak makan cili padi & tak de daun ketumbar --