Wednesday, July 30, 2014

Eid Mubarak!

AsSalam

Eid Mubarak 1435H from us to all bloggers and netters!

May Allah give us serenity & happiness on this victory day.

#dua for syria
#dua for gaza
#dua for all muslimin & muslimat


 


Wednesday, July 23, 2014

Biskut Lidah Kucing Pelangi

Assalamu'alaikum

Eid is comingggg...anyway, I'm not going to make lots of cookies, of course.
Enough cookies for my family, guests & my kids' friends. Depa ni, mmg suka bagi2 kat kwn2 & cikgu-cikgi kat skool so, hat tu, I have to make extra ler...

Sunday morning, after groceries shopping, mom ke dapur le. Atas request my Rumaysa & Arish. Both of them so excited to make rainbow cat's tongue. Australian's cat's tongue is only plain, tu yang bila tgk coloring bagai tu...tak sabar2 nak buat! Mom tak kisah sgt jenis cookies apa nak masak untuk raya ni sbb anak2 mom memang diberi kebebasan utk do their own cooking, as long as bab2 oven or dapur utk memasak tu, ada adult supervision.

 Si kakak & adik tu, dua2 sekolah rendah, mmg sgt suka MAKAN dan memasak pun ye.
Hasilnya, today, the cookies are made by them...solely.
Mom just monitor and share the recipe from citarasawan.

Jom......baking!




Biskut Lidah Kucing Pelangi

Resepi : Fatmah Bahlawan

Rujukan : Citarasawan

 - ubahsuaian sukatan mengikut citarasa kami

Bahan A:

250g mentega

175g gula kastor (165g)

 -----
100ml putih telur (yolk dari 2 biji telur saiz AA)
 -----
Bahan B:

200g tepung gandum

50g tepung jagung

1/4sdt serbuk emplex



Pewarna: merah, biru, hijau, kuning dan oren (only use 5 colors)


Cara:
1. Guna loyang khas lidah kucing, sepatutnya digris tp mom tak buat. Panaskan oven 120C (fan-forced)

2. Dalam satu bekas, ayak bahan B.

3. Putar bahan A hingga berkrim. Then masukkan putih telur, sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.

4. Tambah 2. ke dalam 3., gaul rata dengan teknik kaup-balik (guna senduk kayu atau spatula).

5. Mom bahagikan adunan kepada 5 bahagian, warnakan setiap bahagian then masing2 dimasukkan ke dalam piping bag.

6. Paipkan satu persatu ikut turutan warna yang diminati. 
7. Mom bakar guna fan-forced so it took about 25-28 minutes. 
8. Bila siap, sejukkan di atas redai. Simpan dalam bekas kedap udara.

giliran untuk sejukkan...

last batch..bila dah malas, ni ler jadinye.... :D



Iftar23-24: 21-22Jul14

Assalam...

Semakin lama semakin sibuk sih....hmm....taddarus pun kena catch up, tp memasak kena sentiasa on!

Apa-pun, bersederhana & tidak membazir, dua2 tu are my motto during Ramadhan, as well as bulan2 lain jugek ye...

Menui2 ni hat dua hari lepas, for two days...Alhamdulillah...

Puding kastad jagung
Ayam Goreng Rangup
Gulai lemak terung bulat kampung + hati + isi ayam
Ulam tomato & timun + sambal

Not in pic:
Gulai lemak udang (nak perabiskan another 1/2kg udang dari Sabah, yang mom order dengan kwn)
Bubur jagung

Puding kastad jagung

Ayam goreng rangup

Lemak terung bulat kampung plus hati & ayam


Ulam2 & sambal

Friday, July 18, 2014

Iftar16-18: 14July14

Assalam

Hari ke-16-18 Ramadhan....antara menu2 kami:
Hari semakin sibuk, semakin suntuk....
....semalam dikejutkan dengan MH17 crashed di Ukraine; moga Allah ampunkan dosa2 sedara2 seIslam kita di dalam pesawat tu.


masak lemak udang

telur masin

ikan kerisi goreng kunyit

sayur campur

ayam percik


kuih ketayap

ulam


Monday, July 14, 2014

Iftar15: 13Jul2014

Assalamu'alaikum

Sudah 2 kali berhujung minggu di bulan Ramadhan ni, cepatnya masa berlalu.
Seperti biasa ler, aktiviti keluarga mana pernah off...buat housework itu ini itu ini.....dah petang!

Doh roti bom semalam memang dah spare separuh so pe lagi, murtabak turn le iftar kali ni.

Alhamdulillah, iftar kami:
Nasi putih
Gulai lemak ketam
Sotong goreng kunyit + kacang panjang
Tumis sayur kucai + taugeh
Murtabak ayam + pencicah kari
Air suam & air epal






Sunday, July 13, 2014

Iftar14: 12Jul2014

Assalamu'alaikum,

Hari cuti gini2, pagi2 lagi mom ada meeting berkaitan aktiviti sekolah anak. Best jugak ada aktiviti, boleh jumpa parent2 anak. Tapi tak lama, tak sampai 2jam pun.

Iftar hari ni mom tukar dari jaduaal sepatutnya sebab masing2 dh jemu nasi!
So, switch to spagheti bolognese le jawabnya.
After dzhur gi ajak my darling gi bli grocery, tak de stok sbb ad-hoc tukar plan. Have to rush sbb nk budget masa buat roti bom :)...quite time consuming. Doh mom dh uli pagi2 lagi...dapat la dlm 22 ketul.
Cukup utk hari ni (roti bom) dan esok (murtabak).

So, Alhamdulillah, our iftar for today:
Spaghetti Bolognese  (malay version)
Roti bom



Iftar13: 11Jul2014

Assalamu'alaikum,

Coretan kali ni pun tak leh panjang2, sangat simple juadah kami, setakat ini sahaja le yer :)

Menu iftar ke 13 Ramadhan:
Nasi putih
Daging kari Pakistan  (no pic, tak sempat!)
Asam pedas ikan pari  (kali ni tak de bunga kantan, and mom add a bit of galangal)
Kuih lepat labu (fav mom!..yeayyy...)







Friday, July 11, 2014

Iftar12: 10Jul14

Assalam & G'Day

Bergerak ke mid of Ramadhan sudah ye...Moga kita terus diberi peluang untuk menikmati Ramadhan hgg ke hari kemenangan nanti, InsyaAllah.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah swt...

Menu iftar kami:
Nasi biryani
Nasi putih
Ayam masak biryani
Udang goreng kunyit
Kerang rebus + air asam
Air sunquick + kosong
Kuih bakar




Iftar11: 9Jul14

Assalamu'alaikum & G'Day

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat rezekiNya yang melimpah-ruah. Bila kita berpeluang makan macam2 ni hmmm...kdg2 tu terdetik jugak dgn insan2 lain yang tak berkemampuan.
Itu yg mom tak mahu membazir bila memasak, even byk jenis (demi nak penuhi selera yang berbagai2), mom tak masak byk2...hanya cukup2 untuk seisi kluarga.

Menu iftar hari ini:
Nasi putih
Sup kepala ikan merah
Kari Daging 
Tumis petola
Ulam raja & terung penunjuk + sambal
Puding karamel
Air teh O ais limau + air suam

Puding karamel


Kari daging

Sup petola

Sup ikan merah

ulam raja & terung penunjuk rebus + sambal tempoyak

Thursday, July 10, 2014

Iftar10: 8Jul14

Assalam & G'day

Straight to the point je ler....busy busy busy dengan amanah2 yang perlu dibuat di office...

Hari ni memang serius lambat, azan aje baru siap gorengkn popia tu (last dish).
However, Alhamdulillah sebab semuanya sempat disediakn walaupun ligat migat masak within less than 1 hour, phew!

Menu iftar kami:
Nasi kalio
Nasi putih (bagi anak yang tak berapa gemar nasi set2 ni)
Ayam goreng kalio
Sup kentang & karot (not in pic)
Apple galette (nanti mom share resipinya)
Popia goreng  & sos pencicah (menu berulang, atas permintaan!)


Apple galette

Ayam goreng kalio

Nasi kalio

Popia goreng (sos pencicah tak dan nak berposing...)

Tuesday, July 8, 2014

Gulai Ikan Aya / Tongkol

Assalamu'alaikum

Actually mom tak pernah share pun resipi ni sbb mngkin dah jadi masakan harian. Cek2 dalam blog, tak ade la pulak.
Anyway, sesiapa yang tak pernah buat tapi pernah makan, atau, tak pernah makan & tak pernah buat, boleh ler try yerrr...



Gulai Ikan Aya / Tongkol


Bahan bahan:
Ikan *aya/tongkol, in cutlets (disinggangkan terlebih dahulu - singgang dengan air + asam keping + garam)
*org perak panggil ikan kayu
 
Bhn kisar:
1sdb cili kering kisar (mom tak makan mknn pedas so blh adjust kuantiti)
5 ulas bawang kecil/merah
1in kunyit
1/2in lengkuas
1sdt rempah biji ketumbar
-------
Santan secukupnya (utk kuah)
1-2 keping asam keping
1bj timun, potong nipis2
3-4bj cili hijau yang dari Kelantan tu (in english it's known as banana chile, refer pic below)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.   Ikan yang sudah disinggang, ditoskan. Ketepikan. 
2.  Sediakan 1 pot besar, masukkan santan dan bhn2 kisar. Masak dengan sederhana hinggalah boiling up. Sambil masak kena kacau2 yer...
3.  Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula, beserta dgn potongan timun dan cili hijau. Masak lagi dalam 2-3min or less. Done!

Siap untuk dihidang...
 

Banana chile (mom ceduk imej dr mr.google)




Grilled Chicken with Yoghurt

Assalamu'alaikum

Sempat sekejap nak share resipi. Mom buat simpel2 aje asaikan ada yoghurt. We luvvvv yoghurt in cooking!
Ni mommy nak share, sukatan nnt agak2 le yer, ikut jumlah pieces ayam yang nak di-grill-kan.
Jom.........membakar!



Grilled Chicken with Yoghurt
Bhn:
8 pieces of chicken (saiz terpulang lah ye)

Bhn perapan:
1 cwn natural yoghurt/Greek style yoghurt
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk lada hitam
Serbuk ketumbar (optional)
Sedikit paprika (optional)
Sedikit serbuk cili
Sedikit olive oil (dalam 2sdb)
Herbs samada thyme/rosemary/tarragon
Garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Perapkan ayam dgn bahan2 perapan semalaman (kalau nak cepat, just 2-3jam aje pun, boleh lah).
2. Bakar hingga masak.
3. Bila nak hidang, drizzle dgn sedikit olive oil. Done!


Iftar9: 7Jul2014

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah sempat menyediakan juadah iftar, dlm masa 1 1/2jam gitu...smlm jalan tak ler berapa heavy traffic but still lambat sbb kne pick up my Khalish kt kindy...ding-dong ding-dong, kt kindy pun dh spent about 10mins incl jalan jem kt simpang2 :( :( :(

Menu iftar kami:
Nasi putih
Gulai ikan aya
Daging hitam manis
Kerabu pucuk paku
Kuih popia goreng
Air cincau







Monday, July 7, 2014

Iftar8: 6Jul14

Assalamu'alaikum

Hujung minggu di bulan Ramadhan ni, pastinye hari yang paling sibuk kan...? Especially yang ambil tempahan2 kuih ke, baju ke...
Mom yang xder tempahan ni pun sibuk dengan 5 anak. Ada yang ke kelas tambahan (sbb nak UPSR), ada yang tak sudah2 buat projek itu ini (PT3), ada yang kena attend special program skool (mom le tu! hihi) & ada yang kena ambil report card anak kt kindy (my darling)....cuma 2 org je yang macam free tapi tak free2...ke hulu ke hilir dengan kawan2.

Alhamdulillah, anak2 mom yang age 8 (Arish) & 6(Khalish) tu, kuat berpuasa. On their own will...suka berpuasa sbbnya mom always says, "sesapa berpuasa Allah sayang sangat2, akan dapat masuk syurga dapat big house, big car..." . Sape le tak terliur!? Dan2 tu suka berpuasanye  ^____^.

Ok ler, celoteh banyak la pulak.
So, hari Ahad, menu tak banyak tapi renyah & no dessert. Renyah tak renyah, start masaknye lepas asar (sbb sblmnya tu pi ke Kinrara, ada hal), sampai gambar kuah laksam pun x der iskk...

Menu:
Laksam
Nasi putih
Ayam bakar yoghurt (nanti mommy share-kan resipi)
Pear and dragon fruits
Minuman: Lychee





Sunday, July 6, 2014

Iftar7: 5Jul14

Entri dua kali berturut2...bila hujung minggu, of course time is always not for me to stay in front of laptop or tab :(  ... Ada je la kerja rumah yang nak dibuat, tu blom masuk lagi criter2 gi sana-sini dengan hal itu-ini ^__^

Anyway, Alhamdulillah atas rezeki & nikmat Allah pada iftar ke-7.
Btw, mom supposed to make akok tp kids teringin nak makan tepung pelita lagi, so, switch to tepung pelita lah jawabnya. Sempat gak lah bagi 9 ketul kuih ni pada jiran2...so, juz bayangkan, berapa banyak mom masak! Dah rasa masak pukal aje hmm....

Menu iftar hari ke 7:
Nasi putih
Ayam kerutuk/kerutub
Ikan goreng
Tumin sayur bayam
Kuih tepung pelita  --> klik sini  untuk tengok  cara buat 'rumah' tepung pelita dengan daun pisang.
*nanti mom share-kan salah satu resipi ringkas untuk buat kuih ni...xreti nak ajar ikut cara mom sebab tak bersukat2, ikut pengalaman aje