Wednesday, July 21, 2010

almaraz kung pao squid

Mmmm...world cup heboh pasal si sotong Paul, kali ni mommy nk share resipi sotong gak la :) Ini adalah fusion kepada resipi ayam kung pao yg simple tp mmg tempting!

Bhn yang mommy guna sekadar apa yang ada di dapur so rasenye mmg mudah utk tetamu2 blog mommy ni buat. Jumlah bhn2 tu terpulanglah ikut byk mana sotong. Mommy masak sikit je so bhn2 lainnye pun sikit ler..

Jom kita ke dapur.....!

almaraz kung pao squid

bhn:
5 ekor sotong sederhana besar - potong besar2 sket
sedikit garam
2 tangkai cili kering - hiris pendek2
1 sdt tepung jagung
3 ulas bwg putih - hiris2
1/2 - 1in halia - hiris btg mancis (mommy suka letak halia lebih sket sbb keharuman baunya tu)
1-2 sdt sdb sos tiram
1 sdb sos cili
1/2 cwn air (lebih kurang)
1/2 bj bwg besar (hiris tebal2)
myk utk menumis.

cara:
1. setelah sotong dicuci, gaulkan dgn tepung jagung dan sedikit garam.
2. panaskan myk dlm kuali, tumiskn cili kering dalam 1/2 minit kemudian masukkan sotong. biar ia mendidih (smpai air sotong habis keluar).
3. masukkan bwg putih dan halia, kacau2 lagi. kemudian tambhkn sos2 dan sedikit air. Kacau2 dan masukkan hirisan bwg besar. Kacau2 lagi dan biarkan ia masak.
4. Siap utk dihidang :)

 Sekali hadap terus abessss....

Wednesday, July 14, 2010

daging masak hitam (ala mamak)

Salam semua...hari ni mommy nak kongsikan dgn mommy2 out there dgn masakan ala2 mamak. Di Malaysia, mudah le nk carik..pi je kedai mamak hehhe.
Sesapa yg dok di perantauan tu mmm....pe ke lagi, wat senirik ler :)

Resipi ni mommy dapat dr bonda mommy. Dia ada kawan yg bukak restoran (mamak) di Kampar, Perak (kg halaman tercinta mommy ler)...restoran ni dh dibukak smenjak mommy sekolah rendah lg. dh mintak izin nk tempek resipi kt sini so ni ler dianye ^_*

Jommmmmmm.... masak!
daging masak hitam (ala mamak)

500g daging (potong nipis2)
2-4 ulas bwg putih
1in halia
air secukupnya
Nota: tumbuk kasar bwg putih dan halia, kemudian direbus bersama2 daging - rebus smpai daging hampir lembut.

5 ulas bwng merah (hiris tebal2)
3 ulas bwg putih
1/2 in halia
1 sdb serbuk cili
5 sdb (rata) serbuk jintan putih >> * memang kene byk supaya berasa kejintanannye tu...
1 btg kulit kayu manis
2 cwn air (tambah jika perlu)
3-4sdb kicap manis (atau secukupnya)
garam & gula secukup rasa
1 sdb kerisik (optional)
Minyak utk menumis

Cara:
1. Tumbuk bwg putih dgn halia.

2. Panaskan minyak dlm kuali. Nak masak daging masak hitam ni, kene minyak lebih sket. Dah panas minyak, masukkn bhn2 tumbuk, kulit kayu manis dan hirisan bawang td. Kacau2, pas naik bau masukkan serbuk cili serta serbuk jintan putih dan kacau2 lg.

3. Tunggu sampai naik minyak kemudian baru masukkan daging. Kacau2 sekejap, masukkan air (kalau ada lebihan air rebusan, boleh guna air tu). Perisakan dgn garam & gula (masakan ni perlukan gula lebih sket...).

4. Kacau2 dan bila air dh nak hampir kering, masukkan kicap manis serta kerisik (jika ada). Kacau2 sebentar then tutup api. Siap utk dihidang :)

Sunday, July 11, 2010

almaraz sotong sumbat masak hitam

Ni hasil dari masakan yang simple untuk family di rumah.
Sotong asyik dimasak merah dan goreng kunyit / tempura aje. Kali ni kita sumbat lak dia :)

Jommmm...sumbat hehehe

almaraz sotong sumbat masak hitam

Bhn:
Bhn inti:
2biji telur
1 btg carrot (saiz kecil) - potong spt batang mancis
2 ulas bwg putih (cincang halus)
sedikit lada sulah
sedikit sos tiram
sedikit serbuk cili
myk utk menggoreng

Bhn utk kuah kicap:
4-6 ekor sotong, sederhana besar
*3 ulas bwg merah
*2 ulas bwg putih
*sedikit halia
*Nota: tumbuk kesemua bhn2 ini
2-3 sdb kicap manis
2 sdb sos cili
garam secukup rasa
100 -150ml air.
minyak untuk menumis
4-6 btg tooth pick

Cara:

1. Pukul telur dgn garpu bersama bhn2 inti yang lain. Kemudian masakkan dengan sedikit myk - macam buat scramble egg. Dah masak ketepikan.

2. Bersihkan sotong. Keluarkan kesemua benda2 yg ada dlm badannya tu. Dah cuci bersih, toskan (ni termasuklah kesemua kepala dan isi2 sotong, jgn dibuang pulak yer...)

3. Nak sumbatkan inti dlm badan sotong: Ambil satu badan sotong dan sumbatkan inti td. Jgn smpai ke hujung menyumbatnya, sbb nnt nak kepilkan toothpick karang susah plak. Dh siap isi, amik 1 toothpick dan cucuk tuk katupkan bhg yg terbuka tu. Buat lah smpai abis. Ketepikan.

4.Selepas itu, tumiskan bhn2 tumbuk dalam kuali. Dah naik bau masukkan kicap manis dan sos cili. Tmbah air dan sotong. masukkan smuanya, badan, kepala...perisakan dengan sedikit garam (kalo tekak dh rasa masin, xyah boh la).  kacau2 hgga sotong masak.

Ni dia sotong sumbat mommy.........




Wednesday, July 7, 2010

Take five!

Ni, take five punya story daaaa....

Belek puny belek....dalam byk2 gambo, gambo ni laaaaaa yg buat mommy gelak beso.
Apa taknya, sun glasses tak kalah tp tido nganga beb! hahahha...
nganga pun nganga laaa..asaikan bergayer yer!
khalish oooo khalish, mcm2 ler anak bongsu sorang nih.
si abang arish kt sebelah pon lentok abes!


ni gambo lama, masa trip ke coffs harbour dulu...time balik so kepenatan la tuh.

Monday, July 5, 2010

almaraz fiamma di amore boiled eggs

Mommy terpanggil la plak nk share resipi masakan simple nih. Ni resipi & gambar lama tp why not sharing it with u all kan?
Ni hasil kerrrras tangan mommy utk juadah pengantin masa makan beradab - tu sebab ler nama tak kalah hehhe.. fiamma di amore (flame of love) lagi tuuu...
Ni masa majlis kahwin seorang kawan di Newcastle, hujung 2008 lagi tp gambar masakan mommy ni ada lagi (snap guner hp ajer tu sbb x clear).
Resipi ni bukan hanya utk majlis kahwin jer tau, bila nk cuba rasa yg lain drpd masakan rutin tu, leh je cuba2. Kos nk buat pun tak byk mana, juz guna bhn sedia ada kt rumah je :)

Versi lain masakan fiamma di amore ni adalah guna hati ayam.
So, jadik ler fiamma di amore chicken liver...pepandai le nnt tetamu2 mommy nk mbuatnye kan :)

Jommm masak...........

almaraz fiamma di amore boiled eggs

Bhn:
4-6 bji telur, direbus sampai masak
*3 ulas bwg merah
*2 ulas bwg putih
*1/2 in halia
*nota: tumbuk/kisar bhn2 ini
1 sdb serbuk cili/cili kering kisar
1 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk jintan putih
1/2 cwn pati santan
1/2 cwn air
1 sdb kerisik
garam & gula secukup rasa
2sdb minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bhn2 tumbuk, kacau2 dan tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan serbuk cili, kacau2 lagi (api sederhana). Lepas naik minyak, masukkan serbuk jintan, kacau2 lagi.
3. Tambahkan air, bila menggelegak baru masukkn santan. Kacau2 & tmbhkan kerisik serta perisakan garam & gula. Kacau2 hgga kuah kelihatan memekat sket (kalau nak byk kuah, tmbh lg santan & air).
4. Bila dh memekat sket masukkan telur, kacau2 biar kuah "mesra" ngan telur then terus tutup api.
5. Siap utk dihidang. Kalau utk hidang pengantin, hiasi lah dgn salad, timun, karot,cili merah, clove (cucuk sket kt telur tu) & munger2 sket hehehh...u all pasti surely gerenti lebih kreatip dari mommy pny!
p.s. bunga2 tu mommy petik aje kt tepi umah, bunga frangipani ni byk kat oz. yg kelakarnya umah mommy kt msia pun ada gak bunga ni mmm.....suatu kebetulan!

Ni ler hasil keras tangan mommy

Thursday, July 1, 2010

soft pretzel (breadmachine recipe)

Pretzel lembut ni mommy dah share-kan di MyResipi pd satu masa dulu...but since link tu masih tak workable, mommy letakkan semula kt sini. Mungkin ada mommy yg nak try wat pretzel sendiri. Tapi ini adalah versi guna breadmachine...sesapa ada breadmachine, buley aje wat.
nota: Set2 yg dok kat newie tuh...carik je breadmachine kt garage sale...murah & berguna tuk gelek2 inul nnt :)

Bhn utk doh:
1 1/4 cwn air
1 biji kuning telur
2sdb gula
1sdt garam
1/8 lada sulah
3 1/2 cwn tepung roti
1sdb yis segera

Bhn utk glaze:
2sdb putih telur + 1sdt air
sedikit sesame seeds (bijan)

Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmachine. Set kan pada setting dough. Tggu ler 1 1/2 jam baru ler siap uli tu then bwk kuar dr mesin.
2. Buat satu bentuk bola besar, biarkan ia rehat dalam 10min.
3. Dah 10min, amik doh then bahagikan kepada 16bhg (ni mommy wat kecik2...nak beso2 bahagikan kepada 8bhg). Dah bahagikan kpd 16bhg tu, amik satu then gentelkan supaya membentuk spt tali. Buat smpai habis semua keenam2 belas doh td. Rehatkan ia lg. Dlm 5min gitu (agar doh tak boleh menegang lagi).
4. Seterusnya, bermula ler aktiviti ikat-mengikat setiap satu doh. Buat ikatan pretzel le kan...spt namanye....letak atas dulang pembakar. Jarakkan antara satu sama lain dlm 5cm ke.. Buat ler tuk semua dan then penaikkan lagi dalam 30min.
5. Dah siap naik, sapukan setiap satu pretzel dgn bhn glaze i.e. sapukan campuran telur+air then taburkan sesame seed.
6. Bakar dalam preheated oven, 170 ke 180C smpai ia brown...dlm 15min gitu.

Pretzel ni, bg mommy ler, sedap dimakan dgn cheese. Pastu skg ada gak choc pretzel so boleh aje celupkan pretzel dalam coklat (tak perlu glazing).
Ni gambo dr MyResipi........