Wednesday, April 15, 2015

Meron Pan

 AsSalam & Good Day,

Less write, more pics...so much busy :(

Roti popular kat Jepun ni. Credit to Fendi (and Yani of MyResipi) for sharing it with us, since 2006!

Jommmm......me-meron!




Meron Pan

Doh roti:
125ml air
30g telur
250g tepung high protein
25g gula
12g susu tepung
4g garam
25g butter
4g dry yeast

Topping:
30g mentega
45g gula halus
50ml telur
150g tepung gandum*
4g baking powder*
*diayak bersama
20g chocolate chips (mom letak secukupnya, tak timbang pun)
Emulco pelbagai perisa (mom tambah if nak topping pelbagai flavour like strawberry, choc & etc.. tak semestinya plain atau choc chips sahaja, terpulang)
Gula caster secukupnya


Cara buat doh:
1. Guna bread machine. Masukkan kesemua bahan, set to Dough, start.
2. Bila dah siap, bawa keluar dari mesin dan tumbuk2 keluarkan angin.
3. Buat sepuluh bebola, Rehatkan dalam 10minit.

Cara buat topping:
1. Sementara menunggu doh siap tadi, boleh buat topping. Adunannya sedikit so boleh guna bekas yg kecil. Putar mentega hgga berkrim. 
2. Tambah gula & pukul lagi hingga seakan putih warnanya.
3. Masukkan telur, kacau dgn spatula/senduk sahaja, hingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung+bkg pwder yang dah diayak tu, gaul hgga jadi doh lembut.
5. Bentuk memanjang macam rod (tgk gambar) & balut dengan cling wrap. Masukkan ke dalam peti ais, at least 20min.

Cara buat meron:
1. Ambil doh inti yang dah diletakkan dalam peti ais tadi. Potong kepada 10 bahagian. Canaikan setiap satu.

Topping yang dah siap & disimpan dalam peti ais

Doh roti yang dah naik

2. Ambil sebiji doh, balutkan bahagian atasnya dgn topping yang dah dicanai tadi. Gambar bawah ni, saya terbalikkan. Buat sampai habis doh.



Doh roti dah dibalut di bahagian atasnya dgn doh topping
 3. Sediakan satu mangkuk, letak sedikit gula kaster. Golek2 & ratakan gula pada doh topping roti.
Sapu rata gula pada bahagian topping sahaja
 4. Terbalikkan. Letak atas tray pembakar, alas dengan baking paper. Ambil pisau, toreh2kan bahagian atas seperti dalam gambar.


Siap untuk direhatkan.

5. Dah siap ke semua roti, rehatkan hgga saiz naik dua kali ganda...roti ni agak besar jugek ye. Makan 1 & 1/2 pun macam dah kenyang je :)

Aromanya sangat harummm....topping-nya crunchy, rotinya sangat lembut. Rugi kalau tak cuba buat ye... :)


No comments:

Post a Comment