Sempena nak menyambut Syawal 1436H ni, macam biasa, mom buatlah biskut2 mana yang sempat yer.
Kali ni mom teruja nk buat biskut oreo crunchy resipi kak Wan (citarasawan).
Jom mengukisss...!
![]() |
biskut tengah make-up |
Biskut Oreo Crunchy
Asal: citarasawan
Sumber: citarasawan
Bahan - Bahan
Bahan A
200gm mentega (mom guna brand tatura, australian brand)
10gm shortening
110gm gula kaster (mom kurangkan kpd 100g)
1/2 sudu teh esen vanila
Bahan B
250gm tepung gandum (mom guna multi-purpose flour)
30gm tepung jagung
30gm cornflakes - kisar halus
30gm serbuk badam - di sangai
30gm serbuk oreo
1/4 sudu teh baking powder
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 25-30minit hingga masak.
3. Sejukkan dahulu. Pipe di atasnya dengan coklat masakan putih dan tabur serbuk oreo sebagai hiasan.
4. Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment