Wednesday, June 24, 2015

Opor Sotong




AsSalam & G'day

Mungkin ada yang tak pernah dengar masakan opor ni.
Bukan hanya sotong aje ye, ayam boleh, daging pun boleh...ikut protein apa yang kita teringin nak makan lah :) .

Kali ni mom intai2 resipi kt rumah CMG, yg nampak gayanye, suka sgt dengan opor ni. Tima kasih CMG :)

Jom....masak opor:

Opor Sotong
sumber: CMG

Bhn2:
1 kg sotong, kerat bulat, cuci bersih dan celur sekejap, toskan (mom cuma guna 500g sotong dan tak celurkan & semua sukatan dibwh dikurangkan)
2 camca besar ketumbar serbuk
2 camca besar jintan manis/jintan kasar serbuk
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus) (mom tumbuk dengan lesung batu)
5 camca besar cili kisar (mom kurangkan sebab tak makan pedas)
1 inci lengkuas, dititik
1 batang serai, dititik
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 camca teh kerisik
Garam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka) (mom letak gula kasar)
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis, kacau rata dan masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut dan kerisik, masak sekejap dan bila kuah pekat masukkan sotong gaul tata, perasan kan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh diangkat. Hidangkan panas bersama nasi hangat..


Iftar Day6: Opor Sotong & Ayam Masak Kurma

AsSalam

Hectic day but Alhamdulillah, rezeki dari Allah beri mom kesihatan yang baik untuk sediakan iftar buat family tercinta!

Jom jamu mata...

Menu iftar untuk hari ke-6:
Nasi putih
Opor sotong (next entry ada resipinya)
Ayam masak kurma
Kacang buncis tumis ikan bilis (beserta resipi kt bawah)
Puding kastad jagung (beserta resipi kt bawah)
Ulam-ulaman & sambal

Juadah iftar kami...

Ayam masak kurma
Opor sotong

Kacang buncis tumis ikan bilis


Kacang buncis tumis ikan bilis
sumber: almaraz

Bahan2 (anggaran ikut byk mana kacang buncis ye)
Kacang buncis, hiris serong

Tumbuk (tak perlu lumat):
Cili merah
Ikan bilis, secukupnya
Bawang merah
Bawang putih
-----------------
Sedikit kicap manis
Garam & gula secukupnya

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bhn2 tumbuk. Kacau2 hgga naik bau.
3. Masukkan kacang buncis, kacau2, tambah sedikit kicap, kacau2 lagi. Then perisakan dgn garam & gula. Gaul rata. Siap!




Puding kastad jagung
sumber: F&N of MyResipi

Bhn:
1 cwn tpg kastad
1 cwn creamed corn
3/4 cwn gula (mom kurangkn sikit)
3 cwn air
1 1/2 cwn susu cair

Cara:
1. Dalam satu pot, campurkan semua bhn, whisk.
2. Letak atas api, masak guna api sederhana, sentiasa kacau. Tutup bila adunan nmpk berkilat & pekat.
3. Tuang dalam acuan yang sesuai. Sejukkan then simpan dalam peti ais sblm dihidang
























Tuesday, June 23, 2015

Daging Gulai Kawah




Daging Gulai Kawah

Bhn:
400-500g daging + lemak2 & urat2 sikit (organ dalaman lembu mom tak masuk sbb mom sorang je makan, yang lain surrender)
Pes tumis gulai kawah (mom dapat dari saudara di Kelantan yang berniaga pes2 ni kat kedai2 makan)
3-4biji bawang kecil, mayang
Air asam jawa, secukupnya
Gula, manisan & garam, secukupnya
Santan, secukupnya

Cara:
1. Sediakan pot, masukkan daging. Bubuh sedikit air. Masakkan daging hgga air (plus air daging yang terbit later on tu) agak2 kering & daging mulai empuk.
2. Masukkan pes tumis gulai kawah. Gaul rata, diikuti dengan bawang yang dimayang tadi. Kacau lagi.
3. Barulah dimasukkan santan secukupnya. Masakkan hingga menggelegak ye. Kemudian barulah diperisakan dgn air asam jawa, gula dan manisan serta garam. Gulai siap bila daging dah betul2 empuk dan agak pekat sikit.

Siap untuk dihidang :)



Iftar Day5: Serimuka & Daging Gulai Kawah

AsSalam

Dah masuk 5 Ramadhan.
Alhamdulillah si adik dua orang tu, Arish (9yo) and Khalish (7yo) masih tegak berpuasa.
Bila balik dari skool, macam ada senget2 sikit, low batery.
Tang lepas berbuka, especially kat surau, high batery sungguh!

Tonite, our iftar yang mom sediakan is quite simple but of course, Alhamdulillah.

Jom tengok our iftar menu...

Daging gulai kawah
Ikan sardin masak merah
Kobis tumis kunyit
Telur dadar bersayur
Kuih seri muka





Purely guna daun pandan kt depan rumah :)



Resipi untuk daging gulai kawah menyusul dalam entri seterusnya ye :)


Monday, June 22, 2015

Iftar Day4: Ayam Percik

AsSalam

Sangat lajulah masa especially dalam Ramadhan ni kan.
Today mom masak cuma ayam percik and doh roti canai semalam mom sambung buat murtabak inti ayam lagi. Bukan apa, bila dah ada set2 percik ni, fokus utama anak2 mesti nak nasi & ayam percik, of course...kuih2 kurang sikit  lah.

Jom jamu mata sikit... :)

Ayam percik
Almaraz Murtabak (inti ayam)
Ulam raja & sambal







Ni mom sertakan inti murtabak fav family

Almaraz Murtabak

Untuk resipi doh, sila ke link yang diberikan di atas.
Memang superb dohnya, lembut je...plus bila goreng, rangup seh!

Inti:
300-400g isi ayam, potong kiub atau guna aje minced chicken4
1bj kentang saiz besar, potong kiub

Bahan tumbuk:
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1cm halia
-------------
1-2sdb serbuk kari ayam/daging
1-2sdt cili kisar
Air asam jawa, garam & gula secukupnya

----------------------------------

4-6biji telur
2biji bawang besar, potong kiub
Daun bawang & dan sup, hiris halus2, secukupnya (kena byk sikit, baru naik baunya)
2-3sdb kismis
Sedikit garam & gula

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bhn tumbuk hgga harum. Masukkan cili kisar & serbuk kari (bersama sedikit air). Kacau2.
2. Masukkn kentang, kacau2 dalam 1-2minit then msukkn isi ayam. Kacau2 hgga air ayam hmpir kering. Tmbah air sedikit, jika perlu, utk mngempukkan kentang. Tambah air asam jawa.
3. Perisakn dgn garam & gula. Bila dah ready, angkat & ketepikan.
4. Bila doh murtabak dah ready, boleh campurkan bhn2 inti ,spt berikut:

  • Pecahkan telur, dalam 3biji dalam satu jug saiz sederhana (mom buat sikit2). Whisk sikit.
  • Tambah inti yg dimasak dalam satu jug kecil (ikut kuantiti byk mana murtabak yang hendak digoreng lah ye). Kacau2.
  • Tambah bahan2 lain. Kacau sebati. Ready untuk jadi inti!
Selamat ber-murtabak! :)

Iftar Day3: Siakap Masam Manis ala Thai

AsSalam

Alhamdulillah..bergerak ke hari ke3.
Allah masih beri peluang utk bernafas dalam hari ke3 Ramadhan Mubarak ini.

Alhamdulillah juga, hari ni mom berkesempatan menyediakn juadah iftar untuk keluarga & sedikit dikongsikan dengan jiran2.

Main dish is Thai sweet sour siakap ...fav esp my darling & my youngest pearl, Khalish...dia sampai tambah nasi 3 kali! Stakat ni, puasa masih penuh walaupun baru 7yo, Alhamdulillah.

Juadah kami:
Siakap masam manis Thai (thanks CMG, mom C&P je resipinye ye..)
Ayam lemak jintan
Paru goreng rangup
Tumis bayam merah
Home made Roti bom & Almaraz Murtabak

Kepala mom xmo siram dgn kuah sbb nk ratah rangup2 yummmm
BAHAN-BAHANNYA :-)
sumber: CMG
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
2 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 camca besar sos cili Thai
1 camca besar cili kisar
Sos ikan dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan siakap dibuang sisiknya, disiang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci hingga bersih dan ketepikan. Lap ikan tadi dengan tissue dapur hingga kering, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung rata2. Kemudian goreng ikan tadi hingga masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan  sos cili Thai, kacau dan masak sekejap. Masukkan air dan biar mendidih.
  3. Tambah cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera..

Juadah iftar

Home made roti canai

Home made roti bom

Iftar Day2: Nasi Ayam

Assalamu'alaikum.

Iftar Day2...

Alhamdulillah!

Set nasi ayam (sorry tak sempat nk berposing!).
Donut





Friday, June 19, 2015

Iftar Day1 1436H/2015: Ikan Tenggiri masak kari

Assalamu'alaikum

Ramadhan Mubarak!

Hari pertama berpuasa jatuh pada hari bekerja..so, faham2 je la yer..sangat haru-birunya dgn jalan jemnya :( :( ...
Apa2 pun, Alhamdulillah dapat melangsaikan puasa pertama dalam Ramadhan 1436H ini.
Moga Allah memberkati segala amal ibadah kita dalam bulan yang mulia ini, Aamiin.

Kalau ikutkan jadual menu mommy, hari pertama juadah iftar kami:
Kari kepala ikan tenggiri
Ayam goreng rangup
Apam balik
Air masak + soya cincau.