Friday, October 22, 2010

Ikan dengan badam rangup bersama salsa

Sudah lama sgt mommy tak up-kan rumah mommy yang ni. Memasak kat dapur dah jadi rutin tp dua tiga menjak ni, dek sbb kesihatan sendiri & anak2 yg kurang memuaskan, ditambah pulak dgn tugas harian yg semakin menimbun2....maka kuranglah jugak entri2 kt sini.

Walau mcm mana pun, hari ni mommy nk kongsi satu lg simple resepi yg mgkn serasi dgn anak tekak tetamu2 mommy. Idea asalnya mommy tgk dari majalah COLES Magazine - winter season, tp mommy ubah2 ikut tekak org melayu :)

Jom cuba...!

Ikan dengan badam rangup bersama salsa



Bhn:
1-2 potong (cutlet) ikan tenggiri (boleh digantikan dgn ikan lain tp better yg ada isi berlemak2 ala2 tenggiri
1-2 sdb serbuk badam
minyak utk menggoreng

Salsa:
1 bj tomato - potong dadu
1 btg saderi - hiris2
1/2 bj bwg merah besar - hiris2
1 bj jus limau nipis (atau dlm 1-2 sdb cuka)
garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Setelah potongan ikan dibersihkan, lumurkan kesemua bahagian ikan dgn serbuk almond. Kemudian goreng dgn api sederhana, hgga garing atas & bwh dan angkat.
2. Utk salsa: letak dlm mangkuk dan gaul rata kesemua bhn.
3. Hidangkan ikan yg dicicah bersama salsa. Sesuai utk makan tengahari atau malam.

Nota: ikan tak perlu diletak garam sbb gabungan badam & ikan sahaja akan menaikkan lagi rasa lemak & kemanisan ikan. Lagipun salsa dh masam2 manis...

Salsa yg juga sesuai dimakan ala2 jelatah...
 

No comments:

Post a Comment