Antara juadah minum petang bbrp minggu lepas...terperap dlm blog akhirnya kuar gak ni.
Buatnya dh bbrp kali tp seksanya nk menayang kt sini :(
...busy...busy...busy...
Jommmm....menggotel...!
KEROPOK LEKOR
~ ubahsuai dr resipi 14sept of MyR
500g ikan mackerel/yelllow tail (yg sedapnya ikan selayang/ kembung)
6 ulas bawang putih
500g tepung ubi (tapioca starch)
1 cwn tepung gandum
1/2 sdt baking powder
Garam secukup rasa
Sedikit air (untuk mengisar isi ikan nnt)
Sos cicah (cara mom buat):
2-3sdt serbuk cili / cili kisar
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Manisan (palm sugar) secukup rasa (kalau gantikan dgn gula,
rasa & rupa ada lari sket tp kalau dah tak de tu, terpaksalah guna gula)
Cara buat keropok lekor:
1. Cuci ikan dan ambil isinya sahaja. Renyah sket keje ni.
Dah siap smua, kisar dgn bwg putih dan air. Jumlah air tu ikut jugak la asalkan
ikan boleh dikisar dgn jayanya (maknanya tak terlalu pekat & tak terlalu
cair). Dah siap then masukkan ke dalam satu bekas besar.
2. Dalam satu bekas besar yg lain, satukan kesemua tepung2,
baking powder dan garam. Gaul rata.
3. Tuang 2 ke dalam 1. Uli hgga sebati smpai adunan tak
melekat di tangan lah kiranya. Kalau adunan still melekat, tmbhkan tepung ubi
sedikit demi sedikit.
4. Sementara tu, jerangkan air dalam satu periuk besar.
Titiskan bbrp titik minyak.
5. Sekarang tiba masa untuk membentuk doh. Sapu tapak tangan
dgn sedikit minyak agar doh tak melekat2 nnt. Ikut kepada saiz yg sesuai dgn
saiz periuk utk merebus doh, ambil sedikit doh dan hempas2kan ke atas meja.
Buat bbrp kali supaya doh mampat serta lembut. Lepas tu baru dibentukkan
(roll-kan) jd bentuk memanjang. Buat smpai doh habis.
6. Rebuskan doh hgg ia timbul (pastikan tak melekat pd dasar
periuk). Dah siap masak, toskan dan lalukn sket dgn air sejuk. Potong mengereng
(atau ikut ler style mana pun…) then goreng dlm minyak panas. Goreng tak perlu
smpai terlalu garing sgt.
Cara buat Sos:
Dlm satu periuk kecil, campurkan kesmua bhn, kacau2
dan masakkan smpai ia mendidih hgga pekat. Kalau tak brp nk pekat, bubuh sdikit campuran
tepung + air. Kacau2 & tutup api. Siap.