Powered by Blogger.
RSS

DAGING TUMBUK MASAK KICAP


This one tastes not bad...mgkn sbb ada belacan kot :) ...pd penggemar tegar belacan, sure kata sedapkan. Yg tak suka tu, sure no no pny hihihih..tekak mana de yg nk exactly sama, kan...?

Anyway, after a very long silence, this one is up for my blog today.
Juadah ni dah lama sgt dimasak, terperap dlm hdd bbrp bulan - hibernate :P.  -- byk sgt kejadian & peristiwa yg berlaku so InsyaAllah akan intermittently on kt sini heheh...

Thanks byk2 pada si empunya resipi....Ms Sofinar...mintak halal kan C&P di blog ni yer.

Jommm............menumbuk! :D

Daging Tumbuk Masak Kicap
sumber: Sofinar of MyR (as it is...)

Bahan-bahan:
300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal
2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah
6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
1/2 cawan kicap pekat manis
4 tangkai cili kering- digoreng dahulu
1 sudu teh jintan manis
2 cm belacan
asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya
minyak untuk menumis, garam dan gula
Cara-cara

  1. Daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula.
  2. Perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit,
  3. Cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama
  4. Panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi
  5. Masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa.
  6. Tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Laman Resepi said...

Salam, cantiknya blog, sedap2nya resepi kat sini... semuanya melambangkan kreativiti tuan punya blog ni, suka sgt tengok benda yg gerak2 kat bucu kanan bawah tu.... tak penat ke?

Feri said...

hem nikmat sekali daging tumbuk masak kicap ini.

Mommy Alma said...

Laman resipi, salam perkenalan!

Biasa2 je blog ni...nk ilangkan stress kerja & uruskan rumahtangga, pos hasil keras tangan tang mana sempat aje ler ^__^

Mommy Alma said...

Hi Feri,

Yer kan...sedap masakan ni. kredit pd empunya resipi :)

Post a Comment