Wednesday, June 24, 2015

Iftar Day6: Opor Sotong & Ayam Masak Kurma

AsSalam

Hectic day but Alhamdulillah, rezeki dari Allah beri mom kesihatan yang baik untuk sediakan iftar buat family tercinta!

Jom jamu mata...

Menu iftar untuk hari ke-6:
Nasi putih
Opor sotong (next entry ada resipinya)
Ayam masak kurma
Kacang buncis tumis ikan bilis (beserta resipi kt bawah)
Puding kastad jagung (beserta resipi kt bawah)
Ulam-ulaman & sambal

Juadah iftar kami...

Ayam masak kurma
Opor sotong

Kacang buncis tumis ikan bilis


Kacang buncis tumis ikan bilis
sumber: almaraz

Bahan2 (anggaran ikut byk mana kacang buncis ye)
Kacang buncis, hiris serong

Tumbuk (tak perlu lumat):
Cili merah
Ikan bilis, secukupnya
Bawang merah
Bawang putih
-----------------
Sedikit kicap manis
Garam & gula secukupnya

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bhn2 tumbuk. Kacau2 hgga naik bau.
3. Masukkan kacang buncis, kacau2, tambah sedikit kicap, kacau2 lagi. Then perisakan dgn garam & gula. Gaul rata. Siap!




Puding kastad jagung
sumber: F&N of MyResipi

Bhn:
1 cwn tpg kastad
1 cwn creamed corn
3/4 cwn gula (mom kurangkn sikit)
3 cwn air
1 1/2 cwn susu cair

Cara:
1. Dalam satu pot, campurkan semua bhn, whisk.
2. Letak atas api, masak guna api sederhana, sentiasa kacau. Tutup bila adunan nmpk berkilat & pekat.
3. Tuang dalam acuan yang sesuai. Sejukkan then simpan dalam peti ais sblm dihidang
























2 comments:

  1. Salam...gambar yg mengiurkan mata dan selera...

    ReplyDelete
  2. Wsalam... insyaAllah, rasa pun sedap hihihi...

    ReplyDelete