Friday, June 14, 2013

Ikan Merah Stim

Simply the simplest ever!
Sumber protein yang mom paling suka adalah IKAN....yes...antara masakan ikan yang paling simple semestinya masakan stim. Healthy way though....kan?

This one mmg senang sangat resipinya cuma yang berbeza mungkin penggunaan olive oil dalam masakan jer.

Jom........stim ikan!

Ikan Merah Stim

Bhn:
1 cutlet ikan merah
3-4ulas bwg putih, hiris2
1ulas bwg besar, hiris bulat2
2-2.5in halia, hiris btg mancis (halia mmg sedap dlm masakan stim ni)
1bj lada merah, hiris serong
sedikit serbuk lada hitam + lada sulah
garam secukup rasa

Sos:
4-5sdb sos soya
1sdt sos ikan (optional)
2sdt extra virgin olive oil

Cara:
1. Sediakn kukusan. Biar smpai air kukusan mendidih. Sediakan bekas tahan kukus utk dijadikan bekas ikan dlm kukusan.
2. Lumurkan ikan dgn garam, serbuk lada hitam & lada sulah. Letak atas bekas tadi, taburkan hirisan bwg2, halia & cili. Letak dlm kukusan, kukus dalam 5-6min (ikut saiz ikan). Angkat & letak dlm mangkuk.
3. Masak dlm pot, sos soya + sos ikan, hgg mendidih. Tutup api. Campurkn olive oil, kacau2 sket then season it onto the steamed fish. Siap!

Garnish kn dgn cilantro lagi sedap tp mom xder stok masa tu tp still loveeee it!


Wednesday, June 12, 2013

Risoles Bolognese Ayam



Assalam and g'day semua...
Mom nak share very simple snack food yang asalannya dari Indonesia ni. Punya lah simple sampai intinya pun leftovers :). Mom & jiran2 kenalan buat BBQ di halaman depan rumah. Kebetulan banyak baki ayam BBQ so mom dah tak tau nk buat apa selain drpd dijadikan inti risoles ni lah. Mom buat intinya yang dicampurkan dgn ayam BBQ yg dicarik-carik tapi ala2 bolognese...The main reason is my children love the tomato and oregano taste!

So..pe lagi...
Jommmmm have some fun in the kitchen!

Risoles Bolognese Ayam

Inti:
Ayam (guna minced meat/chicken) tp mom guna leftover yg bbq tu
1 tin tomato puree
2-3bj buah tomato, potong dadu
2sdt garlic paste
1-2sdt lada hitam, tumbuk tp tak perlu hancur sangat
1sdt serbuk cili
1-2helai daun bay
2-3sdt oregano kering
Garam & Gula secukup rasa
Button mushroom (optional) - potong dadu atau hiris nipis2
2sdb extra virgin olive oil

Kulit risoles (boleh dapat dalam 12 kpg saiz sederhana)
1cwn tepung gandung
*1cwn air
*1/2cwn santan/susu cair
2sdb extra virgin olive oil
1bj telur
Sedikit garam
*boleh samada dijadikan 1 1/2cwn air atau 1 1/2cwn santan/susu cair....terpulang pada citarasa masing2

Salutan kulit:
Telur - mom guna 1bj pun dah cukup
Breadcrumbs secukupnya

Cara sediakan inti:
1. Panaskan non-stick pot with olive oil, dgn api medium. Tumiskan garlic paste, kacau2 hgga naik bau aje (jgn sampai garing!) kemudian masukkan lada hitam & serbuk cili; kacau rata. Kalau guna ayam/daging mentah (masukkan skrg) tp mom guna ayam dh masak so mom juz masakkan kuahnya dulu.
2. Tuangkan tomato puree & tomato yg dipotong dadu. Kacau2 then letakkan daun bay serta perisakan dgn garam & gula. Kacau2.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan ayam leftover td plus button mushroom (jika ada). Taburkan serbuk oregano & kacau2 lagi dalam 1 minit. Ketepikan. Siap.
Nota:
Pemilihan bhn2 inti sebenar terpulang pada citarasa masing2. Ada yg buat risoles daging, risoles pisang pun ada, diluar glaze-kan dgn coklat cair + cheese...juga ada risoles veggy aje...

Cara sediakan kulit risoles:
1.Campurkan kesemua bhn2 untuk membuat kulit risoles td, ke dalam satu bekas besar. Guna whisk, kacau adunan hgga sebati. Pastikan tiada lumps (ketul2). Adunan siap.
2. Panaskan kuali non-stick fry pan, saiz kecil. Ambil 1 senduk kecil adunan tepung tadi, letak di tengah2 kuali dan lenggangkn sket kuali supaya adunan memenuhi sket bahagian tepi kuali, dalam bentuk bulatan. Goreng hgg kulit kelihatan agak kering (bhg tepi akan menaik sket) - sama cara macam masak kulit kuih ketayap. Masaklah kulit yg kedua pula.

3. Sementara menunggu kulit kedua masak, mom akan letakkan inti pada kulit yg pertama, gulung kemas dan ketepikan...dan begitulah seterusnya.

Cara sediakan risoles:
1. Kacau2 telur dlm satu bekas, boleh letak secubit garam jika mahu.
2. Dalam satu piring lebar, taburkan breadcrumbs.
3. Panaskan kuali non-stick bersama sdikt minyak masak.
4. Ambil 1bj risoles (yg dh siap digulung dgn inti td), lumurkn dgn telur (may use brush kalau nak) then golek2kan atas breadcrumbs then goreng dgn api kecil. Buat sebegitu smpai habis...

Sedia utk dijadikan snack food utk dimakan bersama family :)

Risoles vs bbq chicken + mayo sandwich 


Saturday, June 8, 2013

Biskut Dwi Tona


Salah satu biskut baru dalam koleksi mommy....
Making cookies -- any kind of cookies is FUN! Sebetulnya, mom bukannya makan sgt biskut2 ni tp suka masa menghidang pada para tetamu. Biskut ni sesuai jugak untuk dijadikan juadah pada Syawal yang dah dekat sangat ni....rasa baruuuu je raya, dah raya balik hmmm...cukup pantas masa berlalu, kan?

Bonda mom selalu berpesan, bila raya, kita sambut kemenangan. Kita menang sbb dah berjaya harung sebulan puasa. Kita kena raikan kemenangan. Walau susah camana skalipun, walau sebok sekalipun...kene ada kelainan sbb ada sesuatu yang perlu diraikan. Tp mmg betul pun, sbb tak semua org merasa nikmat raya ni...tang raya atau menjelang, rasa sama aje cam hari2 lain. Kenapa?....tanya diri sendiri lah ye....

Ok lah..berbalik kepada cookies ni, namanya biskut dwi tona. Anak2 mom surrender buat sbb susah sket nk buat...kena sabar lebih sket heehhe. Anyway, resultnye not bad.
Utk buat, kene ada acuan cam yg mom tayang kt gambar tu lah. Acuan tu sbenarnya comes in many different sizes -- ada le dlm 8 size kot (tak prasan)...so, ikut ler nak saiz mana, yg pastinya, satu mesti besar & the other one 2kali ganda lebih kecik.

Ni dia resipinya....

Biskut Dwi Tona

125g butter
90g icing sugar
1bj telur, pada suhu bilik
*200g tepung serbaguna
*1sdb tepung jagung
(*ayakkan bersama)
2sdb serbuk koko
50g dark choc, dicairkan

Cara:
1. Panaskan oven, 180C. Griskan loyang pembakar, alaskan dgn baking paper.
2. Pukul butter bersama icing sugar (guna mixer) sehingga berkrim. Masukkan telur dan pukul lagi sampai lembut dan licin. Tambahkan campuran tepung yang diayak, gaul rata dgn menggunakan pisau sahaja. Jangan guna tangan sbb tak perlu heat dari tapak tangan. Ia akan jd spt doh lembut.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, campurkan dgn serbuk koko dan coklat cair. Kali ni boleh guna tangan. Gaul rata.
4. Setelah itu, balut kedua2 doh coklat dan doh biasa, secara berasingan, dgn menggunakan cling wrap. Simpan dalam peti ais selama 15-20min, iaitu smpai doh keras sket dan mudah untuk dibentukkan.
5. Bila doh dah keras skit, canaikan kedua2 bahagian atas baking paper, secara berasingan. Canai smpai dpt ketebalan dalam 5mm. Guna cookies cutter spt dalam gambar di bawah untuk mendapatkn bentuk bunga dwi tona. Buat smpai habis.
6. Bakar dalam 10-12min atau hingga masak.