Saturday, June 8, 2013

Biskut Dwi Tona


Salah satu biskut baru dalam koleksi mommy....
Making cookies -- any kind of cookies is FUN! Sebetulnya, mom bukannya makan sgt biskut2 ni tp suka masa menghidang pada para tetamu. Biskut ni sesuai jugak untuk dijadikan juadah pada Syawal yang dah dekat sangat ni....rasa baruuuu je raya, dah raya balik hmmm...cukup pantas masa berlalu, kan?

Bonda mom selalu berpesan, bila raya, kita sambut kemenangan. Kita menang sbb dah berjaya harung sebulan puasa. Kita kena raikan kemenangan. Walau susah camana skalipun, walau sebok sekalipun...kene ada kelainan sbb ada sesuatu yang perlu diraikan. Tp mmg betul pun, sbb tak semua org merasa nikmat raya ni...tang raya atau menjelang, rasa sama aje cam hari2 lain. Kenapa?....tanya diri sendiri lah ye....

Ok lah..berbalik kepada cookies ni, namanya biskut dwi tona. Anak2 mom surrender buat sbb susah sket nk buat...kena sabar lebih sket heehhe. Anyway, resultnye not bad.
Utk buat, kene ada acuan cam yg mom tayang kt gambar tu lah. Acuan tu sbenarnya comes in many different sizes -- ada le dlm 8 size kot (tak prasan)...so, ikut ler nak saiz mana, yg pastinya, satu mesti besar & the other one 2kali ganda lebih kecik.

Ni dia resipinya....

Biskut Dwi Tona

125g butter
90g icing sugar
1bj telur, pada suhu bilik
*200g tepung serbaguna
*1sdb tepung jagung
(*ayakkan bersama)
2sdb serbuk koko
50g dark choc, dicairkan

Cara:
1. Panaskan oven, 180C. Griskan loyang pembakar, alaskan dgn baking paper.
2. Pukul butter bersama icing sugar (guna mixer) sehingga berkrim. Masukkan telur dan pukul lagi sampai lembut dan licin. Tambahkan campuran tepung yang diayak, gaul rata dgn menggunakan pisau sahaja. Jangan guna tangan sbb tak perlu heat dari tapak tangan. Ia akan jd spt doh lembut.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, campurkan dgn serbuk koko dan coklat cair. Kali ni boleh guna tangan. Gaul rata.
4. Setelah itu, balut kedua2 doh coklat dan doh biasa, secara berasingan, dgn menggunakan cling wrap. Simpan dalam peti ais selama 15-20min, iaitu smpai doh keras sket dan mudah untuk dibentukkan.
5. Bila doh dah keras skit, canaikan kedua2 bahagian atas baking paper, secara berasingan. Canai smpai dpt ketebalan dalam 5mm. Guna cookies cutter spt dalam gambar di bawah untuk mendapatkn bentuk bunga dwi tona. Buat smpai habis.
6. Bakar dalam 10-12min atau hingga masak.


No comments:

Post a Comment