Wednesday, June 12, 2013

Risoles Bolognese Ayam



Assalam and g'day semua...
Mom nak share very simple snack food yang asalannya dari Indonesia ni. Punya lah simple sampai intinya pun leftovers :). Mom & jiran2 kenalan buat BBQ di halaman depan rumah. Kebetulan banyak baki ayam BBQ so mom dah tak tau nk buat apa selain drpd dijadikan inti risoles ni lah. Mom buat intinya yang dicampurkan dgn ayam BBQ yg dicarik-carik tapi ala2 bolognese...The main reason is my children love the tomato and oregano taste!

So..pe lagi...
Jommmmm have some fun in the kitchen!

Risoles Bolognese Ayam

Inti:
Ayam (guna minced meat/chicken) tp mom guna leftover yg bbq tu
1 tin tomato puree
2-3bj buah tomato, potong dadu
2sdt garlic paste
1-2sdt lada hitam, tumbuk tp tak perlu hancur sangat
1sdt serbuk cili
1-2helai daun bay
2-3sdt oregano kering
Garam & Gula secukup rasa
Button mushroom (optional) - potong dadu atau hiris nipis2
2sdb extra virgin olive oil

Kulit risoles (boleh dapat dalam 12 kpg saiz sederhana)
1cwn tepung gandung
*1cwn air
*1/2cwn santan/susu cair
2sdb extra virgin olive oil
1bj telur
Sedikit garam
*boleh samada dijadikan 1 1/2cwn air atau 1 1/2cwn santan/susu cair....terpulang pada citarasa masing2

Salutan kulit:
Telur - mom guna 1bj pun dah cukup
Breadcrumbs secukupnya

Cara sediakan inti:
1. Panaskan non-stick pot with olive oil, dgn api medium. Tumiskan garlic paste, kacau2 hgga naik bau aje (jgn sampai garing!) kemudian masukkan lada hitam & serbuk cili; kacau rata. Kalau guna ayam/daging mentah (masukkan skrg) tp mom guna ayam dh masak so mom juz masakkan kuahnya dulu.
2. Tuangkan tomato puree & tomato yg dipotong dadu. Kacau2 then letakkan daun bay serta perisakan dgn garam & gula. Kacau2.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan ayam leftover td plus button mushroom (jika ada). Taburkan serbuk oregano & kacau2 lagi dalam 1 minit. Ketepikan. Siap.
Nota:
Pemilihan bhn2 inti sebenar terpulang pada citarasa masing2. Ada yg buat risoles daging, risoles pisang pun ada, diluar glaze-kan dgn coklat cair + cheese...juga ada risoles veggy aje...

Cara sediakan kulit risoles:
1.Campurkan kesemua bhn2 untuk membuat kulit risoles td, ke dalam satu bekas besar. Guna whisk, kacau adunan hgga sebati. Pastikan tiada lumps (ketul2). Adunan siap.
2. Panaskan kuali non-stick fry pan, saiz kecil. Ambil 1 senduk kecil adunan tepung tadi, letak di tengah2 kuali dan lenggangkn sket kuali supaya adunan memenuhi sket bahagian tepi kuali, dalam bentuk bulatan. Goreng hgg kulit kelihatan agak kering (bhg tepi akan menaik sket) - sama cara macam masak kulit kuih ketayap. Masaklah kulit yg kedua pula.

3. Sementara menunggu kulit kedua masak, mom akan letakkan inti pada kulit yg pertama, gulung kemas dan ketepikan...dan begitulah seterusnya.

Cara sediakan risoles:
1. Kacau2 telur dlm satu bekas, boleh letak secubit garam jika mahu.
2. Dalam satu piring lebar, taburkan breadcrumbs.
3. Panaskan kuali non-stick bersama sdikt minyak masak.
4. Ambil 1bj risoles (yg dh siap digulung dgn inti td), lumurkn dgn telur (may use brush kalau nak) then golek2kan atas breadcrumbs then goreng dgn api kecil. Buat sebegitu smpai habis...

Sedia utk dijadikan snack food utk dimakan bersama family :)

Risoles vs bbq chicken + mayo sandwich 


No comments:

Post a Comment