Sunday, June 13, 2010

Hidden blueberry cheesecake

Hari Ahad ni mommy cam biasa lah ngan tugas2an ke-dapur-an yg tak sudah2. Sbelum start masak lunch td, mommy sempat wat cheesecake ni. Main intention sbb nk perabiskan stok phili cheese yg hampir2 expire. Daripada terbuanggggg xtentu pasal & membazir, baik wat kek.

Resipi ni dlm simpanan mommy..tak ingat sumbernye dari mana. Quite simple & tak tideous nak membuatnye. Lagi satu yg bestnye ada kelainan sbb dia ada sorok2 la plak blueberry kt dalamnye tu hehehe.

Let's bakingggggg...........

Hidden Blueberry Cheesecake

Bahan:
250g phili creamcheese
150g mentega
3/4 cwn gula icing
3bj telur
1/2 sdt esen vanila
*1 3/4 cwn tepung gandum
*1 sdt baking powder
*1/2 sdt soda bikarbonat
(* semua bhn2 ni diayak bersama)
1/4 cwn susu segar
6-8 sdb blueberry for filling (mommy beli siap yg kt dlm tin tu)

Cara:
1. Satukan mentega & creamcheese dalam satu bekas dan pukul (guna mixer) hingga rata. kemudian tmbhkan gula icing dan terus pukul hingga adunan jadi putih.
2. Tmbh telur satu per satu, dgn kelajuan tinggi mixer...selang setiap sebiji telur tu dalam 1 minit gitu. Selesai dgn semua telur then tmbh esen vanila.Pukul rata.
3. Dengan mixer kelajuan sederhana, selang seli masukkan campuran tepung dan susu segar (each 3 times)..pukul hingga sebati.
4. Alaskan loyang kek dengan baking paper (mommy alas yg bwh je).




 5. Ambil dalam 3/4 adunan kek dan masukkan ke dalam loyang.







 6. Kemudian ambil dalam 3-4 sdb blueberry filling dan sapu rata atas lapisan adunan kek td. Kemudian tutup dengan selapis lg adunan kek. Then sapu rata lgi 3-4 sdb bluberry filling dan akhir sekali tutup dgn adunan kek. Siap dan sedia untuk dibakar pada 175C dalam 30-40min atau hgga kek masak.



 7. Ni kek yg dah siap masak. Harum baunye usah cakap lah...sampai 5 anak mommy yg dr mula2 mommy start wat kek ni buat xheran sbb ngadap tv mmm...tiba2 smuanye ke dapur ngadap oven lak :)




 Ni ler Hidden Blueberry Cheesecake mommy...
 sempat2 je kek ditransferkan ke dlm pinggan, my kids trus je ngap...sudahnya tak smpai 1/2 jam, tggl separuh jerk. Alhamdulillah...rezeki makan kan, janji perabiskan & tak membazir.

Saturday, June 12, 2010

Minum petang dengan Pai Tee

Hari ni mommy main masak2 kt dapur hhehhehe...main2 ngan pai tee. sonok mmbuatnye esp bila si paling kecik byk lak wat hal ekekekeke

My kids suka makan camtu jer, with no inti so malas nk masak intinye...mommy cuma letak carrot,sengkuang & timun aje.

Ni pai tee kosong yg disimpan dlm bekas kedap udara...utk anak2


















Yg ni lak pai tee tuk mommy...

Friday, June 11, 2010

Menu lunch 10 June 10

Kali ni mommy share menu lunch smlm...ada masa extra so pe lagi, snap!snap! lerr :D
Yg adanye daging masak kicap, sambal tumis petai dan yg speselnye sket is percik ikan kembung...mmm...laaaaaaaaaaaaaama dh tak makan percik nih. Wat percik ikan tak ler selama nk wat percik ayam so laju je la mommy mmbuatnye.
Ni ler percik ikan yg mommy hidangkn buat family tercinta (fav. yg teramat for my 2nd child)

 
Mmmmmmm....yum3!

Kuih lidah buaya

Ni kuih dolu2, mommy panggei kuih lidah buaya a.k.a. kuih tiram. Adunan amat mudah dibuat, xyah sukat2 sgt tp leceh la sket esp kalo nk wat byk2. sbb each one tu kene canaikan....quite tedious esp bg org cam mommy ni yg memanjangnye 24hrs tu tak cukup2! hehehhh...
Hari ni minum ptg mommy sediakan awal2 (smlm) kuih ni. Baru je kuar dr kuali, sepiring dh abes kene ngap dek anak2 mmm........
Mommy gerenti yg raaaaaaaamai ibu2, kakak2, adik2 yg dah tau camner nk wat kuih ni kan tp mommy share kan gak juz nak memeriahkan resipi kuih lidah buaya nih :)

Kuih lidah buaya a.k.a Kuih tiram

2 1/4 cwn tepung gandum (masa masak xsukat, lebih kurang je tu)
sedikit garam
1 sdb marjerin
sedikit telur (dlm separuh, pukul ngan garfu sket)
*semua bahan2 ni dicampur rata, jd cam serbuk roti
1/2 cwn air (agak2)
*campurkan air sikit2 ke dalam campuran tepung dan uli doh smpai lembut dan tak melekat.
*bahagikan doh kepada 2 bahagian, dan biarkan ia rehat sebentar.

Sementara itu amik 2sdb minyak campurkan dgn 2sdb tpg jagung/beras. Yg ni mommy guna tpg jagung. Kacau rata smpai adunan pekat & licin (tak berbiji2).

Cara membentuk kuih:
1. Ambil satu bahagian dan canaikan utk membentuk rectangle (lbh krg)...sapu tepung skt atas papan pencanai, kalo dak takut melekat. 

2. Ambil sedikit adunan tpg jagung/beras td kemudian sapukan (dgn sudu) atas doh yg dah dicanai td. Sapu rata cam ni...




 3. Kemudian gulungkan doh tu cam ni...

Gulung smpai habis camni...






4. Lepas tu kerat kecik2...mommy wat cuma dlm 1cm lebarnye tu - wat kecik2. Kalau nk besar2, tmbahkan lg kelebarannye tu.





5. Lepas tu pulak, amik satu yg dh dipotong kecik tu & canai nipis lg. Buatlah smpai habis...kalo mommy masak, masa menggoreng, masa tu mencanai baki doh..idak le buang masa sgt kan :).





6. Goreng dgn myk yg byk sket then masak dgn api sederhana kecil (sbb dia mudah rentong!). Balikkan dan bila dah kekuningan angkat & toskan atas kitchen tissue.
7. Taburkan dgn icing sugar & simpan dlm bekas kedap udara bila kuih dah betul2 sejuk.
*kalau dulu2, mommy makan kuih ni berwarna-warni. so sesapa yg berminat boleh ler letak pewarna merah/hijau/etc.

Ni ler hidangan minum petangnye...

Tuesday, June 8, 2010

almaraz apam kon

ni versi apam aiskrim yg mommy buat guna acuan kon.
mudah dan cepat penyediaannya so utk minum petang tu sgt2lah sesuai
Jommmmm kukusssssssssssss....

almaraz apam kon
acuan kon (mommy ada 12...adunan ni dpt 16 ketul semuanya)
2 bj telur
1 cwn gula (tak perlu penuh sgt)
1 1/2 cwn tepung gandum (ayak dulu)
1/4 cwn air aiskrim soda
2sdb susu segar
untuk bhg atas apam kon (kepala), boleh guna pewarna atau emulco coklat & etc. tp tuk yg ni mommy just guna pewarna merah.
utk bhg bwh apam kon (batang), kekalkn warna asal.

cara:
  • Panaskan air kukusan.
  • Pukul telur & gula sampai sebati.
  • Kemudian gaul rata dgn tepung (guna senduk aje tau).
  • Masukkan air aiskrim soda & susu segar, dan kacau rata. Adunan siap.
  • Ambil dalam sesenduk adunan dan letakkan dalam satu bekas  lain. Cmprkan pewarna atau emulco (ikut rasa msg2), yg ni utk kepala kon...adunan selebihnya itu adalh utk bhg batang kon.
  • Griskan semua acuan kon.

  • Masukkan satu sudu besar adunan (utk batang) ke dalam acuan kon dan 2 sdt (lebih krg) utk kepala kon. Cucukkan kon yg dah diisi ke dalam lubang kukusan. Buat smpai habis

Apam kon yg dah siap dikukus
  • Kukus dlm 10-12 min. Dh siap angkat, then biarkan kon suam2 sket then baru tarik kluar apam dr acuan kon. Ianya tak melekat sbb td dh digriskan.

 Apam kon yg dibiarkan selama lbh kurang dua minit (atau sampai kon suam2 sket). Jangan biar sampai terlalu sejuk sbb nnt ia meruwap, as a result apam akan melekat sket2 pd kon nnt




Apam kon yang telah sedia utk dihidangkan............sedap dimakan begitu saja atau pun dengan kelapa parut.

Happy 40th birthday to my darling...

27 May aritu bday mommy's darling yg ke 40. On the next morning, mommy & kelima2 anak mommy wat surprise nyanyi happy birthday kt bilik tidur. Pagi2 tu mommy make-upkan kek...wat mana yg leh je la sbb nk surprise la konon kan.
Anyway, kek itu bukannye kayu pengukur tuk sambut bday tp yg pentingnya, tak kisah la dgn cara apa skali pun yg pasti sama2 ada rasa saling menghargai....dgn seadanya.


~~~ HAPPY BIRTHDAY DARLING ~~~
TILL DEATH DO US PART.........................

Thursday, May 27, 2010

almaraz snail rolls

Ni adalah variasi kepada cream horn yg mana mommy buat cuba2 dulu, sambil2 prepare utk minum petang. Almaklumlah kon-nye ada so try mana yg boleh & ni lah hasilnya.
Roti siput ni cara buat sama dgn cream horn tp intinya boleh pelbagai -- tak berinti pun ok sbb ianya dah mcm roti manis.

Jom kita gelek inul sama itu breadmachine............



Ni versi snail roll yg mommy letak inti blueberry jam...
**cadangan inti: jem (pelbagai jem ikut selera family msg2), sausage..atau leh letak je cheddar cheese...

almaraz snail rolls
(guna breadmaker)

Bhn2:
5 1/4 cwn tpg high protein
1/2 cwn gula (kalau nk letak inti sausage, kurangkn sket gula)
3 sdb myk zaitun
1 cwn susu
1 bj telur (pukul sket)
1 1/2sdt garam
2sdt instant yeast

Cara:
1. Masukkan smua bhn ke dalam bmaker, ikut susunan. Setkn pd doh.
2. Lepas doh siap diuli, bwk keluar dr bmaker dn tumbuk2 utk keluarkan angin. Buatkn doh dlm bentuk bulat (sebiji yg besar) kemudia rehatkn dlm 10-15 min.
3. Pastu, tekan bhg tgh dgn jari, kalau tenggelam means doh tu dah cukup naik.

4. Gelek dgn tangan aje doh tu supaya membentuk seperti log besar.
5. Potong dlm 1 1/2 inci tebal (agak2), hgga habis.

6. Ambil satu bhg dan roll-kn macam dlm gambar (dlm 30cm). Satu hjg besar, satu hjg lg kecil.

7. Guna acuan kon (dlm gambar), griskan dulu supaya roll xmelekat nnt.

8. Lilitkan doh pada kon, mula dgn bhg kon yg besar (kire bhg atas la ni). Buat 3-4 lilitan pun dh cukup, pd hujung tu nnt tolak sket ke atas (biar lilitan doh rapat2) dn tekankn sket bhg hjg lilitan doh (agar xterbuka).

9. Ni bentuk doh yg dh dililit pada kon...rehatkan smpai doh naik sekali ganda atau dlm 40min then baru boleh bakar dlm pre-heated oven, 170C - 180C (ikut kepanasan oven msg2 gak ni...). Sebelum bakar tu, glaze kn kt atas dgn susu (atau telur+air sket atau air shj.. mana2 satu pun leh) then taburkan sesame seed. Kene ingat, kon MESTI biarkan ada dlm roll tu yerrr....
10. Roll yg dh siap dibakar.Kuar kan kon dan sumbatkan inti cam jem atau cream....
***Kalau nk wat cheese snail roll, sblm bakar tu tarik kuar kon dan sumbatkn cheese ke dalam lubang tgh tu then taburkan plak kt atas rolls. So atas & dlm ada cheese..yumm...

Sunday, May 23, 2010

almaraz simple spiced chicken chop

Bila dah mula muak dgn menu nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi tomato, nasi arab....& macam2 style nasi pny menu, beralih la plak pd western. Mkn western pun bknnye leh mkn hari2 kan...pun muak gaks
So, selang-selikan lah ngan selera yg dh tak brp nk jalan kat dlm anak tekak. Mommy2 kat luar sana sure dh tau selera family masing2 kan...sure terrer dh tu kan :)
Skang mommy nk share very cpt nk prepare pny menu...my simple chic chop - fav my seantero family... ni mommy bg panduan bhn2 utk 2-3 ketul isi ayam so kalau wat byk, lebih kan...sure pandai meng-adjust punya kan ^_*

Jommmmm cop2!

almaraz simple spiced chicken chop (with blackpepper sauce & sweet sour sauce)

Bhn:
2-3 ketul dada ayam
***kalau nk sng beli siap2 isi ayam, kalau kt oz, beli je chicken fillet kt red lea ke, steggles ker...***

bhn perap:
2 sdb minyak zaitun
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap soya manis (mommy guna kicap kipas cap udang)
1 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk jintan putih
*** sediakan beg plastik cam glad yg boleh seal tu, letakkan smua bahan perap dan ayam then seal-kan. Biarkan dlm 30-45minit ***

2 keping roti
***bakar smpai agak keperangan then patah2kan dan blend skjp tuk jadikan breadcrumbs
- kalau nk cepat, beli readymade breadcrumbs dr kedai :) ***

1 bj telur - pukul sedikit dengan garpu
minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam

Cara:
  1. panaskan myk dlm kuali, kalau boleh better cukup utk deep fry.
  2. celupkan ayam dlm telur then salutkan dgn breadcrumbs, kemudian goreng dgn api sederhana kecil.
  3. isi ayam yg diperap dgn bhn perapan akan jd lembut dan cpt masak. myk zaitun yg dicampurkn dlm bhn perapan itu akan diserap masuk ke dalam daging ayam & menyebbkn dlm ayam akan masak jugak. so, xyah riso dlm ayam masak ke idak ke - bila tgk breadcrumbs dh perang gelap sket means ayam dh ready so leh lar diangkat.
%%%%%%%%%%%%%
blackpepper sauce
(setelah 30 atau 45min, kuarkan ayam & ambil air perapan ayam tadi utk dijadikan sos lada hitam.)
2-3 ulas bwg putih - hiris kiub kecil2
1-2sdb serbuk ladahitam (samada tumbuk sdiri atau beli serbuk readymade kt kedai pun ok)
1 sdt kicap soya
gula dan garam secukupnya
1 sdb tepung jagung + 2 sdb air
***masakkn air perapan td bersama2 dgn srbuk lada hitam, kicap, gula dan garam. biar mendidih then masukkan campuran air tpg jagung td. teruskan kacau2 tuk memekatkan sos (kalau tak pekat, leh tmbh lg air tpg jagung). Dh sebati semua then angkat. Siap. ***

%%%%%%%%%%%%%%
sos masam manis
-yg ni kene ada sbb ayam & sos ladahitam dh ala2 pedas & masin so kene ada sos yg bg pelengkap utk complete set menu ni.
4 sdb mayonis
2 sdb tomato sos
sedikit perahan limau nipis
***letak semua bhn dalam satu mangkuk dan kacau sebati. Siap. ***


Now its time to plating.
Very simple - tomato, corn kernel, salad (xder dlm stok masa tu), steamed broccoli (pun xder dlm stok tp slalunye ada).
And....meal time la kan...pe lagikkk.......