Tuesday, June 8, 2010

almaraz apam kon

ni versi apam aiskrim yg mommy buat guna acuan kon.
mudah dan cepat penyediaannya so utk minum petang tu sgt2lah sesuai
Jommmmm kukusssssssssssss....

almaraz apam kon
acuan kon (mommy ada 12...adunan ni dpt 16 ketul semuanya)
2 bj telur
1 cwn gula (tak perlu penuh sgt)
1 1/2 cwn tepung gandum (ayak dulu)
1/4 cwn air aiskrim soda
2sdb susu segar
untuk bhg atas apam kon (kepala), boleh guna pewarna atau emulco coklat & etc. tp tuk yg ni mommy just guna pewarna merah.
utk bhg bwh apam kon (batang), kekalkn warna asal.

cara:
  • Panaskan air kukusan.
  • Pukul telur & gula sampai sebati.
  • Kemudian gaul rata dgn tepung (guna senduk aje tau).
  • Masukkan air aiskrim soda & susu segar, dan kacau rata. Adunan siap.
  • Ambil dalam sesenduk adunan dan letakkan dalam satu bekas  lain. Cmprkan pewarna atau emulco (ikut rasa msg2), yg ni utk kepala kon...adunan selebihnya itu adalh utk bhg batang kon.
  • Griskan semua acuan kon.

  • Masukkan satu sudu besar adunan (utk batang) ke dalam acuan kon dan 2 sdt (lebih krg) utk kepala kon. Cucukkan kon yg dah diisi ke dalam lubang kukusan. Buat smpai habis

Apam kon yg dah siap dikukus
  • Kukus dlm 10-12 min. Dh siap angkat, then biarkan kon suam2 sket then baru tarik kluar apam dr acuan kon. Ianya tak melekat sbb td dh digriskan.

 Apam kon yg dibiarkan selama lbh kurang dua minit (atau sampai kon suam2 sket). Jangan biar sampai terlalu sejuk sbb nnt ia meruwap, as a result apam akan melekat sket2 pd kon nnt




Apam kon yang telah sedia utk dihidangkan............sedap dimakan begitu saja atau pun dengan kelapa parut.

6 comments:

  1. salam... nak tanya kat mana boleh beli acuan kuih apam aiskrim???

    ReplyDelete
  2. Wsalam...
    Cari kt kedai pmbekal brg2 bakeri...insyaAlla ada.
    Saya beli di yummie bakery, bbbangi....berthn2 yg lalu.

    ReplyDelete
  3. Ala comelnya...bentuk aiskrim plak. Bdk2 cnfrm suka nih.

    ReplyDelete
  4. Sis Noramiza..sila2 kan...insyaAllah anak2 sukerrrr... :)

    ReplyDelete
  5. Sis Mas Yana,
    Buat...jgn tak buat.
    Tak susah mana pun..InsyaAllah

    ReplyDelete