Pages

Friday, June 11, 2010

Kuih lidah buaya

Ni kuih dolu2, mommy panggei kuih lidah buaya a.k.a. kuih tiram. Adunan amat mudah dibuat, xyah sukat2 sgt tp leceh la sket esp kalo nk wat byk2. sbb each one tu kene canaikan....quite tedious esp bg org cam mommy ni yg memanjangnye 24hrs tu tak cukup2! hehehhh...
Hari ni minum ptg mommy sediakan awal2 (smlm) kuih ni. Baru je kuar dr kuali, sepiring dh abes kene ngap dek anak2 mmm........
Mommy gerenti yg raaaaaaaamai ibu2, kakak2, adik2 yg dah tau camner nk wat kuih ni kan tp mommy share kan gak juz nak memeriahkan resipi kuih lidah buaya nih :)

Kuih lidah buaya a.k.a Kuih tiram

2 1/4 cwn tepung gandum (masa masak xsukat, lebih kurang je tu)
sedikit garam
1 sdb marjerin
sedikit telur (dlm separuh, pukul ngan garfu sket)
*semua bahan2 ni dicampur rata, jd cam serbuk roti
1/2 cwn air (agak2)
*campurkan air sikit2 ke dalam campuran tepung dan uli doh smpai lembut dan tak melekat.
*bahagikan doh kepada 2 bahagian, dan biarkan ia rehat sebentar.

Sementara itu amik 2sdb minyak campurkan dgn 2sdb tpg jagung/beras. Yg ni mommy guna tpg jagung. Kacau rata smpai adunan pekat & licin (tak berbiji2).

Cara membentuk kuih:
1. Ambil satu bahagian dan canaikan utk membentuk rectangle (lbh krg)...sapu tepung skt atas papan pencanai, kalo dak takut melekat. 

2. Ambil sedikit adunan tpg jagung/beras td kemudian sapukan (dgn sudu) atas doh yg dah dicanai td. Sapu rata cam ni...




 3. Kemudian gulungkan doh tu cam ni...

Gulung smpai habis camni...






4. Lepas tu kerat kecik2...mommy wat cuma dlm 1cm lebarnye tu - wat kecik2. Kalau nk besar2, tmbahkan lg kelebarannye tu.





5. Lepas tu pulak, amik satu yg dh dipotong kecik tu & canai nipis lg. Buatlah smpai habis...kalo mommy masak, masa menggoreng, masa tu mencanai baki doh..idak le buang masa sgt kan :).





6. Goreng dgn myk yg byk sket then masak dgn api sederhana kecil (sbb dia mudah rentong!). Balikkan dan bila dah kekuningan angkat & toskan atas kitchen tissue.
7. Taburkan dgn icing sugar & simpan dlm bekas kedap udara bila kuih dah betul2 sejuk.
*kalau dulu2, mommy makan kuih ni berwarna-warni. so sesapa yg berminat boleh ler letak pewarna merah/hijau/etc.

Ni ler hidangan minum petangnye...

0 comments:

Post a Comment