Kali ini mommy masak ikut resipi bonda tp own my style ler nmpk gayernye...bkn pe, teman ni idak le rajin mcm bonda tu nk buang2 smua tulang. Instead, mommy "singgang" kan dulu ikan..iaitu rebus ikan ngan garam sket & asam gelugor then baru campur ngan kuah rendang pedas. Kali ini mommy guna ikan tenggiri, kurang sket tulangnye...hanya guna cutlets saja, kepala ikan tak masuk sekali.
Ini adalah resipi rendang pedas org perak...mmg berbeza ngan rendang2 malaya hehhe...tak guna lengkuas tp rasa ttp ummmph. Tp mmg kene org yg biasa masakkan baru menjadi rendang pedas perak ni, kalo tak biasa masak, rasenye cam masak lemak berkerisik je la.
Kuahnye tu mommy lebihkan sbb as always, my kids love it even mixed with the turmuric leaves!
Jom masak rendang pedas...
Rendang Pedas Ikan Tenggiri
Bhn:
2-3 cutlets ikan tenggiri (atau tongkol)
2-4 kpg asam gelugor
sedikit garam
air secukupnya (hanya perlu untuk ikan tenggelam jer)
-----
5 ulas bwg merah
1 inci halia
1 1/2 (setengah) cm kunyit hidup
2 btg serai, dititik
1-2kpg asam gelugor
2-4sdb cili kisar (adjustkn jika nk pedas/tak pedas)
1/2 (setengah) helai daun kunyit, hiris nipis2 (kalau daun kecil, amik 1helai)
2-3sdb kerisik
2/3cwn santan pekat
3/4 (tiga perempat) - 1 cwn air (adjust kalo nk byk/sikit kuah)
garam & gula secukup rasa
Cara:
1. Sediakan ikan: Rebus ikan bersama2 dgn air, asam gelugor dan sedikit garam. Rebus ikan smpai ia pucat, tak la masak sepenuhnya...dlm 2-3min masa air menggelegak tu. Dh siap rebus tu, angkat & toskan.
Sediakan kuah rendang:
2. Ambil 3ulas bwg dan setengah inci halia sahaja then tumbuk halus bersama2 dgn kunyit. Bwg selebihnya tu dihiris nipis2 & halia pulak dihiris btg mancis. Dlm satu bekas campurkan hirisan2 bwg & halia serta daun kunyit dan ketepikan.
3. Sediakan satu pot medium size. Masukkan bhn2 tumbuk bersama2 dgn serai, serbuk cili serta air & santan. Kacau2 hgga mendidih dgn api sederhana, dlm 2min then masukkan asam kpg, garam & gula secukup rasa dan kacau2 dlm 1min lagi. Lepas tu tmbh kerisik dan bhn2 hiris & kacau2 lagi. Akhir sekali masukkan ikan dan hati2 kacau2 tu (agar ikan tak pecah2). Bila ikan dh betul2 masak then angkat (tak lah lama sgt sbb ikan dh hmpir masak tadikan). Dh siap & leh lar dihidangkan.
.
No comments:
Post a Comment