Tuesday, March 6, 2012

Nasi Ayam Penyet


Penyet??? Aduiii....susahnya nk explain pada anak2. Penyet atau lenyet atau lenyek...lebih kurang kots! Sbb asalnya, ayam ni dimasak segedebuk then dipotong kecik2 then dipenyet2/lenyet2/lenyek2...gitu ler citernya. Keunikan masakan ni adalah pd AYAMnye & SAMBALnye...the rests??? lbh krg dgn nasi ayam biasa tu.

Adalah kelainan rasa berbanding dengan nasi ayam ipoh (Quinnie MyR) dan nasi ayam nanny yg mengasuh kelima2 anak mommy dulu. dia rajin bekalkn kt mommy masa mommy pick up the children, dulu2 la...lama2 terus amik resipi & sampai laaa masak nasi ayam style dia. anak2 & my darling dh lekat ngan nasi ayam ni.

However, this time nk try le rasa nasi ayam penyet yg fofuler di MyR. So, mommy hidangkn ler kt my kids (my darl xder kan so xdpt rase ler...). Komen anak2: majoriti kata - nasi ayam nanny or yg ipoh mali lagi sidappppp BUT they love the taste of the chicken. Yang depa tak tahan, sambal yg ada belacan tuuu..depa ndak gak yg biasa pnya. To me, as well  I like the chicken, rangup dgn aroma wangi spice2 tuh and of course the belacan dlm sambal ikan bilis ituuu (lidah melayu la katakan, perggghhh....)

Oh ye, mommy tmbh kuah kicap sbb bdk2 ndak gak kicap. So, Alhamdulillah....kenyang makan pada weekend...bila yer? Laaaaama dah ni.....mgkn dh lebih 2 bln hmmmmmmmmm...

Jommmm...memenyet :)

Resepi TOTALLY copy&paste dr MyR by blogresepi (except yg mommy conteng2 dgn font kaler biru)...mintak ijin yerk sbb mommy tak dan nk salin bnyk2.


Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam - mommy tmbh sket aje lagi sbb cam kurang berasa masinnya
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal :  resipi sambal ni biasa dh mommy buat utk makan dgn ulam2/salad....
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) - mommy kurangkn sket
10 biji Cili padi - super kurangkn gaks sbb gerenti tak leh makan kalau letak byk ni
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit - mommy guna 1/2cwn
3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan - guna beras long grain + jasmin
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging - skip sbb tak ada
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)


Cara:


Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).- mommy tmbh bwg putih & halia (ketuk sket) and bwg besar (hiris tebal2).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Kuah Kicap:
Hat ni tak ada dlm resipi ni but anakanda2 tercinta ndak jugak so mommy buatlah kuah kicap. Mommy amik sket air sup then campur dgn air biasa, kicap, garam & gula sket. then utk bg pekat, tmbh sket dgn bancuhan air tepung/tpg jagung. 

Untuk hidangan ni, mommy tak penyet/lenyet/lenyek kn ayam .. just makan camtu aje. Rasa ayam - 2 thumbs up!


2 comments:

  1. kak alma..kekeke..keluar sudah resepinya ye..rupanya sama dgn hat yg saya buat tu ek..kekeke..ingatkan akak pakai resepi lain..hehehe

    rupanya kalau resepi asal nasi ayam penyet ni dia tak makan dgn nasi ayam..makan dgn nasi putih je...patut la rasa dia pelik skit bila makan dgn nasi ayam..hehehe

    ReplyDelete
  2. samer je dr myr.
    tu lar, ayam penyet tu sbenar main dish tp dh dipelbagaikan.
    ayamnye ok tp utk jd set nasi ayam, mcm tak brp kene sikit sbb sambal tu dh mcm smbal utk nasi putih.
    tekak lain2 la Q heheh..mgkn ada org suka style camnih, kalau ada yg suka, sure ada yg tak suke...dah lumrah.

    ReplyDelete