Salam & Good day semua.
Mom jarang menggoreng nasi lately, tapi tiba2 kuar idea nk masak nasi goreng salmon. Usually mom masak nasi goreng berasaskan ikan2 goreng leftover. Kdg2 tu ada lah gak purposely goreng ikan utk dimasukkan ke dalam nasi goreng. Memang sekuarga suka sangat cara masakan mcm ni.
Last weekend, since ada baki nasi dinner, mom masaklah nasi goreng salmon.
Jommmm.....!
Almaraz Nasi Goreng Salmon
Bahan A:
1 atau 1/2 cutlet salmon
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (use black pepper grinder, kalau tak der, guna ready made serbuk tu)
1 sdb olive oil
Bahan B:
Nasi (secukupnya, dalam 3-4 cwn)
Sedikit olive oil (utk menggoreng nasi)
2bj telur
1-2sdt kicap lemak manis
Garam secukup rasa (gula jika perlu)
Secekak sayur kangkung - potong pendek2
Bhn tumbuk (guna lesung batu yerr...authentic gituuu!):
2-3bj cili merah (bg yg kuat pedasnya, boleh tukar dgn cili api)
3-4ulas bwg putih
3-5ulas bwg merah (kecil)
Sedikit belacan (boleh skip jika ada alergi atau tak makan belacan)
1sdt garam
1sdt gula
-- tumbuk semua bahan2 ni tp tak perlu terlalu hancur sgt.
Cara:
Ikan:
1. Lumurkan ikan dgn garam & lada hitam. Perap dalam 10min.
2. Panaskan olive oil dalam non-stick fry pan. Goreng ikan hgga masak bhg atas & bwh. Angkat. Ketepikan. Bila dh sejuk sikit, lerai2 atau potong2 kecil2 ikan. Buang tulang jika ada, hanya isi sahaja yer.
Telur:
1. Guna kuali & minyak yg sama, goreng telur dahulu. Bila pecahkan kedua2 telur dalam kuali, jgn terus kacau. Biarkn skejap agar dia masak sedikit then baru kacau2 supaya pecah2 skit. Angkat. Ketepikan.
Nasi:
1. Guna kuali & minyak yg sama; panaskan myk dgn api sederhana. Jika minyak terlalu sedikit, tmbhkan lagi.
2. Tumiskan bhn2 tumbuk,kacau2. Bila naik bau, masukkan kicap dan kacau2 lagi.
3. Masukkan nasi, besarkan api sikit, kacau rata. Masukkan telur hancur2 yg digoreng tadi. Kacau2 lg. Perisakan dgn garam (dan gula jika perlu). Kacau rata. Akhir sekali masukkan sayur kangkung dan salmon. Kacau2 hgg kangkung nmpk lembut tp jgn overcook sangat, then tutup api. Siap!
makanan seimbang jugak ni..all in one..lagi senang,kan
ReplyDeleteSue Bee,
ReplyDeleteYe la jugak kot :)
Sng xyah asing2kn tulang ikan, esp anak2, terus makan aje kan..