Sunday, July 11, 2010

almaraz sotong sumbat masak hitam

Ni hasil dari masakan yang simple untuk family di rumah.
Sotong asyik dimasak merah dan goreng kunyit / tempura aje. Kali ni kita sumbat lak dia :)

Jommmm...sumbat hehehe

almaraz sotong sumbat masak hitam

Bhn:
Bhn inti:
2biji telur
1 btg carrot (saiz kecil) - potong spt batang mancis
2 ulas bwg putih (cincang halus)
sedikit lada sulah
sedikit sos tiram
sedikit serbuk cili
myk utk menggoreng

Bhn utk kuah kicap:
4-6 ekor sotong, sederhana besar
*3 ulas bwg merah
*2 ulas bwg putih
*sedikit halia
*Nota: tumbuk kesemua bhn2 ini
2-3 sdb kicap manis
2 sdb sos cili
garam secukup rasa
100 -150ml air.
minyak untuk menumis
4-6 btg tooth pick

Cara:

1. Pukul telur dgn garpu bersama bhn2 inti yang lain. Kemudian masakkan dengan sedikit myk - macam buat scramble egg. Dah masak ketepikan.

2. Bersihkan sotong. Keluarkan kesemua benda2 yg ada dlm badannya tu. Dah cuci bersih, toskan (ni termasuklah kesemua kepala dan isi2 sotong, jgn dibuang pulak yer...)

3. Nak sumbatkan inti dlm badan sotong: Ambil satu badan sotong dan sumbatkan inti td. Jgn smpai ke hujung menyumbatnya, sbb nnt nak kepilkan toothpick karang susah plak. Dh siap isi, amik 1 toothpick dan cucuk tuk katupkan bhg yg terbuka tu. Buat lah smpai abis. Ketepikan.

4.Selepas itu, tumiskan bhn2 tumbuk dalam kuali. Dah naik bau masukkan kicap manis dan sos cili. Tmbah air dan sotong. masukkan smuanya, badan, kepala...perisakan dengan sedikit garam (kalo tekak dh rasa masin, xyah boh la).  kacau2 hgga sotong masak.

Ni dia sotong sumbat mommy.........




1 comment: