Powered by Blogger.
RSS

Daging Masak Kari Pakistan



As Salam...Good Day..

Lunch hari ni agak lewat sikit...kes makan brunch roti jala dengan kari daging, garlic bread + waffle.
Walau pun lewat...ada hikmahnya kan.. Hari ni menu daging (since ada balance sikit lagi dalam fridge tu), kena pulak my dearest sis Quinnie tempek lak kari dagingnya kt FB...pe lagi....
Thanks Q! Memang umpph...Mom mmg suka masakan kari pure Pakistan sebab depa tak guna santan dalam kari.

Jom......ke dapur!

Daging Masak Kari Pakistan
Sumber: Quinnie
(resipi ni mom copy paste je Q...)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian - Mom guna 300-400g daging aje
4 biji bawang besar - cincang       - 1bj 
4 biji tomato merah - cincang      - 2bj tomato saiz sederhana
1 sudu makan halia kisar              - 1sdt 
1 sudu makan bawang putih kisar  - 1sdt 
1 sudu teh serbuk kunyit             - 1sdt 
2 sudu makan serbuk cili              - 1sdt 
1 sudu teh serbuk ketumbar        -  1sdt   
2 cawan air                               - 1 cwn  
garam                                       - garam & gula secukup rasa
1/2 cawan minyak                       - 3-4sdb
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh) - skip
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan                              - skip

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit. - plus serbuk ketumbar
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!) -> Mom tak masukkan air dulu tapi masukkan daging, kacau rata dan biar ia masak bersama2 tumisan, guna api sederhana.
5. Masukkan ayam dan gaul rata. -- Skip this part -- 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam). Mom perisakan dengan garam & gula & tambah air selepas air daging agak2 nak kering.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar. -- Skip this part sbb mom tak makan cili padi & tak de daun ketumbar -- 










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

quinnie said...

kak alma...pantas sungguh...kekeke...quinnie

Mommy Alma said...

hihihihi....dh selamattttt masa lunch!
mmg simple sgt2 & sedap plak. blh aje masak lenkali dgn ayam pulak :)

Post a Comment