Thursday, August 26, 2010

Peanut Blossom cookies

Haaaa.....ni biskut raya pertama mommy..yeayyyy.....

Mlm td lepas terawikh buat then khalish meragam sket masa nk tidur, stop kejap. Pastu sambung balik pas sahur...
Gitu ler keadaannya kalau dh ada anak ni kan...wat biskut raya pun ada to be continued :D

Ok2...ni biskut idak le grand sgt sbb ramai dh tau. Paling simple but yumm..anak2 mommy loves it very much. Keseluruhan wat dpt lah dlm 80+ ketul...tp ni dh tggl dlm 60 gitu...mmmm... cam biasa, kalau habis di pertengahan jalan, al-jawabnye kene re-do balik laa.

Resipi ni dh common bg omputih even kt pembungkus Hersyes' kisses pun ada cuma ada lain sket2 je..saya dh tak igt resipi dr mana sbb salin ngan tangan je...

Jom kita wat biskut rayaaaaaa.......



Peanut Blossom Cookies

113g unsalted butter (mommy wat 100g aje)
3/4 cwn peanut butter (yg plain atau tak, dua2 leh guna tp yg ni mommy wat yg plain)
1/3 cwn gula perang
1/3 cwn gula halus
1 1/2 cwn tepung serbaguna (blh ganti tpg gandum)
1 biji telur saiz A
1 sdt esen vanila
1 sdt baking soda
1/2 sdt garam
2 sdb susu segar

Utk coating (optional):
gula halus secukupnya... dlm 3/4 cwn (ikut saiz cookies)

Topping:
Chocholate kisses secukupnya (mommy guna Hershey's kisses)
- kalau wat 80 ketul cookies, means kene ada 80bj choc kisses

Cara:
1. Dalam satu bekas, pukul butter sekejap then tmbhkn peanut butter, gula perang & gula halus. Pukul smapai kembang (dlm 2-3 min). Kemudian tambah telur, esen vanila dan pukul lagi hgga sebati. Pastu masukkan pula susu segar & pukul lg hgga bergaul rata.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung, bkg soda & garam. Gaul rata bhn2 ni dulu.
3. Masukkan adunan 2. ke dalam adunan 1., dan pukul smpai lembut & sebati. Adunan siap. Senangkan!
Masa tuk chillkan adunan:
4. Tutup bekas berisi adunan tu dgn plastic wrap dan letak dlm fridge at least 1jam (tp mommy ni phm2 le yer...sokmo berjam2...ikut masa free membakar!)
Masa tuk membakar:
5. Bwk kuar adunan dr fridge & biarkan dlm 10-20min dulu. Sediakan gula halus, letak dlm bekas. Ni optional, kalau tak mo coating ngan gula ni no hal tp mommy suka letak gula sbb dia akn jd cam "gam" tuk lekatkan choc kissess ngan cookies nnt.
6. Preheat oven, 190C. Sudukan sket adunan & guna tapak tangan tuk bentukkan adunan menjadi bentuk bola. Saiz..terpulang...mommy suka wat kecik2 so saiz cookies dh siap bakar dlm 1in gitu (bila masak dia mengembangkan...). Dh siap bebola then golek2kan atas gula halus td then letak atas baking sheet. Jarakkan sket. Buat lah smpai habis.
7. Bakarnya tak lama (tu yg suka tu sbb cookies ni cpt masak! lalalala...)..kalo oven mommy yg tak berbrand tu, 8min dh ready! U all check la bila cookies dh light brown, leh lar angkat.
8. Bila dh siap bakar, bwk kuar & terus letak choc kissess kt each of the cookies. Jgn tunggu2 dah tau. Bila letak tu, tekan sket smpai ia merekah sket. Then biar dia betul2 sejuk baru disimpan.
Nota: choc kisses sng tertanggal kalo ia tak melekat dgn baik. So, cookies jgn terlalu perang (biar atas dia lembut) & masa letak choc kisses tu, cookies dlm keadaan panas.

Selamat mencuba.........

4 comments:

  1. salam sis alma, sorry nk tanya qty flour utk recipe ni berape ye? :))

    ReplyDelete
  2. alamak..sorry2, tetggl la plak tpg nih.
    sukatannya 1 1/2 cwn....saya dh letak kt resipnyer..sorri taww..

    ReplyDelete
  3. Salam cik gu,

    terima kasih resipi2 yang menarik saya ambil, minta dihalal ya.

    ReplyDelete
  4. ms ray,
    wsalam...
    yer halal...kita share sama2 :)
    apsai panggey "cik gu" ek..?

    ReplyDelete