Pages

Thursday, November 21, 2013

Almaraz Bake Pasta or Lasagna



As Salam,

My kids' favorite but not me :)

Plus, simple je nak prepare this kind of western food, pasta and lasagna. Mom tak suka beli mknn camni kat kedai or from anyone sbb mmbuatnye..hmmmm.....terrrrrsangatlah mudahnye.

Sebelum ni mom dah letakkan beberapa resipi pasta Spicy Bake Pasta , Creamy Pasta dan Spicy Cheesy Pasta , tp yg kali ni lebih kepada bolognese style pnya gravy. 

I have to admit it yg inilah antara mknn yg paling kerap mom masak, not for me, not for my darling but for my 5 kids! Tu yg kalau cheese or minced chic/beef xder dlm fridge, resah gelisah mom jadinya.
Depa tu, mkn western food tiap hari pun, no hal, except  Rumaysa yg menurun mak paknye -- nak nasiiii gak :)

Cara ni sesuai untu lasagna juga. Lasagna lagi mudah sbb mom tak rebus sbb guna instant lasagna. Di sini tiada fresh lasagna so pakai instant aje lah.
Apa2 pun, xyah celoteh banyak..org pun tak larat nk baca lama2 kan....


Jom................bake pasta or lasagna.

Loyang pembakar ready made dah abis so mom just wrap my baking pan 

Almaraz Bake Pasta or Lasagna

Bahan

1/2paket pasta (any types)  atau  instant lasagna sheet secukupnya (mom biasa guna brand San Remo)
1sdb olive oil
1/2sdt garam (optional)
air secukupnya untuk merebus pasta (lasagna tak perlu rebus ye)

Sos ayam/daging
1 paket minced chic / beef (dalam 400-500g)
1tin besar tomato puree - mom guna Hunt's or Del Mont
1tin diced tomato
8-10bj button mushroom saiz sederhana, potong dadu
1 1/2sdt lada hitam + 1sdt lada putih + 1sdt olive oil --> tumbuk sebati dlm lesung, tak perlu fine sgt
3-4sdt garlic paste
1sdt serbuk cili (optional, nk pedas sikit, tambahkan lagi)
1-2helai bay leave
2sdb olive oil
dried oregano secukupnya
garam & gula secukup rasa

Sos putih (sos keju)
1cwn cheddar cheese
1/2cwn moza cheese
1/4cwn parmesan
2sdb olive oil (atau butter but mom prefer olive oil)
2sdb tepung gandum
2cwn susu segar

Tabur:
cheddar & moza secukupnya



Cara:
1. Jika guna pasta, rebus hgga 1/2 empuk bersama2 dgn olive & garam. Kalau guna instant lasagna, tak perlu rebus. Bila pasta dah siap rebus separuh masak, tos serta lalukan dgn air paip (supaya tak melekat2 nnt). Atau, letak pasta dlm satu bekas, letakkan bekas dlm bekas yg lebih besar yg ada ketulan ais, goyang2kn sket bekas pasta tu.

2. Sos ayam/daging: Panaskan olive dlm pot, guna api sederhana kecil, tumiskan bwg putih serta bhn yg ditumbuk kasar td. Kacau2. Bila naik bau, baru masukkan serbuk cili. Kacau2 lagi then masukkan ayam/daging kisar. Sntiasa kacau, bila air ayam/daging hampir kering, masukka tomato puree, diced tomato; kacau2. Masukkan daun bay. Kacau2 dlm 3-5min dgn api sederhana. Tambah button mushroom serta dried oregano. Perisakan dgn garam & gula. Kacau2 then renehkan selama 15-20min (can up to 30min of simmering time), sekali-skala kena kacau2. Siap.

3. Sos putih: Mom sbnarnya tak sukat2 pun, pakai tuang aje itu ini tp InsyaAllah, sukatan2 kt atas tu ok :) Mula2 panask olive oil dlm pot dgn api sederhana kecil. Masukkan tepung then terus kacau (preferable guna wooden spatula),biar jangan ada lumps. Once tpg dah smooth je rupanya, tuangkan susu. Kacau hingga sos pekat. Tutup api, the cepat2 masukkan ke semua jenis cheese, kacau rata. Siap.

4. Panaskan oven 180C. Sediakan casserole, baking pan atau apa2 bekas untuk bakar pasta/lasagna. Biasanya mom guna bekas alumunium yg ready made tu sbb xperlu nk cuci2 dah. Masa bakar hat yg ni, out of stock la pulak so mom alaskan my loaf tin dgn alumunium foil.

5. Cara melapis. Bear in mind, sstgh org buat selapis aje tp mom masak pasta sama dgn style lasagna, ada lapis2.
5.1 Bubuh dan ratakan sedikit sos ayam/keju pada dasar baking pan. Nipis aje lapisan ni, supaya tak kering sgt.
5.2 Letakkan pasta, ratakan (atau susun satu helai instant lasagna).
5.3 Bubuh & ratakan sos ayam/daging.
5.4 Bubuh & ratakan sos keju.
5.5 Ulang langkah 5.2 hingga 5.4 (if baking pan yg digunakan agak deep then >2 lapis lah jadinya).
5.6 Lapisan paling atas, tabur, generously heheh, cheddar cheese.

6. Tutup atas baking pan dgn alumunium foil, bakar dlm oven 40min (atau hgga masak).

7. Bawa keluar dr oven. Buka penutup alum tadi. Taburkan moza cheese pulak. Bakar for another 5-7 min dgn 160C; atau hgga atasnye kekuningan.

Step 7 tu is optional but worth buat sbb hat ni yg paling special...baked pasta or lasagna tu bergetah2 bila di mkn! Ada le kelainan dr yg bli kt kedai tu kan :)

Selamat mencuba!

















1 comments:

Chik Mimi said...

Sedapnyaaaaa kids memang sukakan Alma

Post a Comment