Friday, August 17, 2012

Biskut Tart Nenas



Huh...akhirnyaaaa...
Jem nenas dah lama dah dimasak tp dek sbbkn busy dgn keje2 skolah mmmm...tersadai projek jem nenas.
Skrg ler baru siap. Alhamdulillah...

Utk resipi mom, klik di BISKUT TART NENAS.
But this time mom add just 1/8sdt baking powder...

Enjoy bakinggggg........ :D

comot la tart mom sbb nak cepat pegi skolah!

Wednesday, August 15, 2012

Biskut Cornflakes Drop


Another quick entry :).
This one is done by Rumaysa, simple recipe for her to practice her baking skill tanpa pertolongan mom. Thanks sweetie, LUCKY mom :) . She's really really into cooking now!

This recipe is actually dapat daripada quinnie, yg menyebarkan resipi yg asalannya from resepi2011 of MyR. Thanks to both!

So, ini ler resipinya yg mom cuma CnP & edit2 aje lah yer :D
Anggaran dapat dalam 200 biji gitu, depends gak on size yg kita dropkn atas cornflakes tu ler...

Biskut Cornflakes Drop
dari Quinnie & Resepi2011 (MyR)

Bahan:
11/2 cawan tepung kek( tepung naik sendiri) [mom guna SRF]
3/4 cawan gula halus ( kurang gula kerana adunan ini agak manis bagi saya ~ 1/2 cwn) [mom pun guna 1/2c]
1 buku buttercup (250g) [mom guna brand sini]
1 biji telur
1/2 sdt vanila
Cornflakes secukupnya ~ 400 - 500g (diramas kasar-kasar)

Cara:
Pukul butter dan gula dengan senduk kayu hingga agak kembang. [anak mom guna electric beaters sbb dia tak mo susah2 diri heheh]
Masukkan telur dan vanila (gaul sebati).
Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga rata. (Jangan tambah tepung adunan ini agak lembik)
Gunakan dua sudu kecil ambil ~ 1/2 sudu kecil dan dropkan ke dalam cornflakes gaulkan dan susun dalam loyang, jarakkan sedikit antara satu sama lain. [anak mom buat smaller than that but still dpt beso so good for her, can easily munch!]
Bakar ~ 15 - 20 min (160C) hingga agak kekuningan. (Adunan ini akan meleper)


Iftar 22 Ramadhan 1433H


AsSalam...

Mom semakin busy ngan keje sekolah :( ...
Ni kira tayangan lewat utk iftar 22 Ramadhan hari tu.
Alhamdulillah...

So, itu aje yg ndak ditulis di sini.
...till then... :)

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Samperit

tggu giliran utk dibakar

Biskut wajib setiap tahun!

Utk resipinya, KLIK SINI.

Tp hat ni mom tukar sket, mom tmbah 1sdb tepung kastad & finishing dgn choc chip warna-warni.
DONE!


fresh from the oven


Biskut Aiskrim


This is among my kids' favourite.
Almost tiap tahun buat but this year, lucky MOM!
Mom's daughter, Rumaysa dah amik alih tugas so siap ler biskut aiskrim with lilttle help si kakaknya, Batrisyia.

Tengok Olimpik sambil buat jawabnya, to be continued, 2 hari baru siap...adoiii... Tak kisahla kan, asaikan siap!

Resipi nnt akan dimasukkan yerrr......

spatutnya ada garis2 tp acuannya kt msia so halal aje la plain camtu

Biskut Kelapa


This one asalnya adalah biskut kelapa delima dari CMG. But since mom tak guna glace cherry sbb anak2 tak suker  so xder ler nmpk delimanye ye.

Biskut Kelapa (Delima)
-dari CMG (mom just c&p je ni)

Bhn A (disatu & ayakkan):
25 g tepung jagung
150 g tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
---------------------
125 g gula aising
75 g kelapa kering, dikisar halus
25 g serbuk badam *mom buat sampai 50g 
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji) *stok kt rmh mom cuma ada yg 70g sbji
1/2 camca teh esen vanilla
155 g mentega

UNTUK HIASAN:-
Ceri merah, didadu kecil *mom tukar dgn 100 & 1000's dan choc rice
Kelapa kering
Kuning telur, untuk sapuan

Cara-cara
  1. Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti.
  3. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susuh dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  5. Bakar dalam (preheated) oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Monday, August 13, 2012

Daging Kurma Sri Lanka



Hari ni kita ke Sri Lanka la plak hehhe..lebih kurang bamiah arab aje ni except tak derk letak susu sejat/santan. Ni pun antara masakan2 simple yg mom suka sgt2 nk buat...simplicity is divinity kikikik

Jom.....



Daging Kurma Sri Lanka
- olahan dari Topsyturvymum

Bhn:
200-300g daging (ayam pun boleh)
- dihiris (dimasak smpai airnye kering) atau kiub (direbus smpai hmpir empuk)

Bhn kisar:
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sdb cili kisar
1/3 cwn gajus panggang
1 sdb serbuk ketumbar
1 sdb serbuk jintan halus
2 sdb plain yogurt
-----------------------
1/2 cawan daun ketumbar (kena ada)
2sdb minyak utk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak dalam periuk/kuali, guna api sederhana. Tumis bhn kisar sampai naik bau. Kacau2.
2. Then masukkan daging. Sentiasa kacau2 then perisakan dgn garam.
3. Since daging dah direbus so tak lama memasakannya, pastu masukkan potongan daun ketumbar. (baru "bangikt" baunye). Kacau2. Siap. Sedia untuk dihidang.

*masakan ni kene kacau2 selalu kalau tak cpt rentung, api jgn terlalu kuat sbb kcg cpt hangus.


Selamat mencuba yer!

Iftar 21 Ramadhan 1433H


Alhamdulillah...mom dh masuk ke Surah Fussolat masa 21 Ramadhan ni :)

Alhamdulilah, tu ler antara menu kami termasuk Ayam Rica-Rica Bakar...Mom pos resipi ayam ni di entri lain  so klik aje le kt nama masakan tu utk dptkan resipinye.

Kuih gulung berlauk tu sama aje wrapnya utk buat kuih ketayap yg inti kelapa karamel tu.
Tp hat yg ni versi ketayap berlauk sbb doh karipap dah abis (lebih 2-3 hari lepas) but inti ayam ada lagi so mom cepat2 ler buat ketayap tu. Pagi2 masa amat singkat!
So, jadi ler kuih ketayap / gulung berlauk.

Saturday, August 11, 2012

Biskut Sarang Semut


AsSalam.

Ni first biskut raya. Done by my two daughters, Batrisyia aged 13 and Rumaysa aged 10...masa buat pun smpat lg gaduh2 iskkk..
Batrisyia luvvvvvv sgt2 biskut ni...mom dah tak heran dah sbb jenuuuhhh buat & makan masa umur baya2 dia dulu....hidup cam roda kan? Now, anak lak yg suka :D

Mom sgt2 busy dah tahap dewa-dewi ngan keje2 skolah so giliran anak2 ler yg buat biskut raya le jawabnya.
So ni ler kejadiannya...



Kali ni mom bagi dia guna resipi Pn NoorMasri. Thanks byk2!

Biskut Sarang Semut

- olahan dari Pn Noor Masri

Bahan
250 gm butter
90 gm gula halus
*350 gm tepung gandum
*100 gm tepung kastad
(*ayak bersama)
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanilla

bhn tabur:
coklat rice
100 & 1000's (manik warna-warni)
paper cups secukupnya

Cara:
1. Panaskan oven 150C.
2. Dalam satu bekas, butter dan gula dipukul hgg kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Lepas tu giliran campuran tepung td dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam satu bekas then sudukan ke dalam paper cup.
5. Taburkan coklat rice dan 100 & 1000's.
6. Bakar dalam oven sampai masak...dlm 20min gitu (depends on oven).
7. Simpan dalam bekas kedap udara bila dah betul2 sejuk.



Almaraz Grilled Rica-Rica


AsSalam

Mom belum lagi rupanya share resipi ni. Mgkn ada yg dah pernah cuba kan?
Pada yg belum, jom kita masak cara negeri seberang nun.

Hat yg ni mommy buat versi tak guna belacan sbb alaaaahai....my darling tak boleh la plak skrg ni makan belacan, alergic masih kuat so mom berkorban lah supaya dia pun leh makan kan...Anyway, it turned to be NOT bad at all...this kind of taste pun much2 ok dah.
So, sesapa yg alah  belacan, not a problem, still boleh rica-rica heeee...

Jom....rica-rica!




Bahan:
1/2 ekor ayam, potong ikut saiz yg disukai
1 sdb jus limau nipis
1 sdt garam
3sdb minyak olive oil (nak guna myk masak pun ok but kene kurangkan sket lah)
1/4cwn air (kalau nk lebih kuah, adjust2 le yer)

Bahan kisar:
4-7tangkai cili kering 
(nota: biasanye resipi ni guna gabungan cili merah & cili api & sgt pedas tp mom buat tahap pedas mom aje so guna cili kering)
1 ulas bwg merah (besar - kt sini ada bwg merah gedabak2 so adjust2 le kalau guna hat yg kecik2 tu)
3 ulas bwg putih
1/2 in halia
3-4biji buah tomato
garam & gula secukup rasa
(nota: masakan ni ada guna sedikit belacan so masukkan skali kalau ndak - lebih sedap guna belacan goreng 

Cara:
1. Lumur ayam dengan air limau nipis dan garam, hingga rata. Perap sekejap.
2. Panaskan minyak, tumis bhn kisar hingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kacau rata.
4. Tuang air, masak hingga ayam empuk dan kuah kering. Angkat.
Ni bab bakar-membakar. Just nk bagi permukaan ayam tu cam rangup2 sket esp bhg yg ada kulit.
Tak nak grill pun ok, boleh terus makan but mom prefer hat yg grill - lg umpph rasenye.
5. So grill kan ler ayam smpai nmpk cam kering (bubuh sket kuah pd ayam masa meng-grill tu). Then angkat.

Cara hidangan: Ayam yg dah di-grill dan diletak dalam bekas tadi dituangkan dgn lebihan kuah masa memasak ayam tadi kan. Then taburkn dgn sedikit potongan daun ketumbar.
Mmg yummmmmmmmmm............ makan ngan nasi panas2!



Friday, August 10, 2012

Roti Arab & Daging Kandar


Ok lah...post ni pendek aje. Nk link kan dua side dish mom hari tu so that boleh cepat sikit dpt resipinya .
Sedap gak makan roti arab cicah daging kandar ni :)

Untuk roti arab --- SINI.
Untuk daging kandar -- SINI



Alhamdulillah........

Iftar 20 Ramadhan 1433H


AsSalam...

Ni lah antara menu kami hari ni....
...(less blogging, more thesis writing! upps...)

Gulai ikan nasi berlauk tu adalah style masakan Kelantan.
Kalau kat sana, pepagi tu mmg laku ler kedai mkck pe ntah namanye (lupa la plak) kt kg my darling tu. Mmg lakuuu...tak cukup 2 peniaga tu nk handle tp mmg laju le mmbungkus...sonok tgk!
Nnt mom mskkn resipinya kalu sempat deh...

Utk resipi Daging Kandar, KLIK SINI. (mom dh masukkan kt post sblmnya. Hat yg ni photoshoot mlm, mom masak balik supaya pekat sket. Hat gambaq sblm ni hat pagi memasak lepas subuh tu...kaler ada lain sket la.

Itu aje.

Daging Kandar


Kali ni mom nak share simple but adorable recipe dari k Asma of MyR. Thanks k Asma!
Very sempoi and mmg sedap pun yer. Kali ni mom buat versi berkuah sket sbb pasukan mom suka makan yg ada gravy & tak brp like yg kering2 so..jalannn.

Jomm....kandar!

Daging Kandar (ni versi berkuah sket)
diolah dari resipi kasma (MyR)

Bhn:
400g daging

bhn tumbuk:
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bhn pes:
2 sdb (mumbung) serbuk kari daging
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
*mom tambah 2sdb air rebusan daging

bhn tumis:
1 labu bawang besar, hiris2
1 ulas bawang putih, , hiris2 
Kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari (omit sbb no stock!)
--------------------
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Daging dibersihkan, dihiris dan direbus (mom lebihkan sket air rebusan).
2. Tumiskan bhn2 tumishingga naik bau.
3. Campurkan bhn2 tumbuk serta daun kari. Kacau2.
4. Then masukkan Kemudian masukkan bhn2 pes. Kacau rata kemudian masukkan daging dan air rebusannya.
5. Perisakan dgn garam dan gula, kacau2 lagi hgg memekat but still ada kuah. Siap.

Masakan ni sesuai dimakan dengan nasi dan roti.



Thursday, August 9, 2012

Almaraz Nasi Biryani Ekstrem


AsSalam...

Mommy sebetulnya dah try masak bermacam2 jenis resipi nasi biryani since bujang2an dulu.
Terus terang la ye, mom tak berapa boleh GO sgt dgn biryani but my darling IS.
Pasukan mom pun yer la gak esp Mr Arish....so tu sbb mom terus mencari kelainan rasa nasi biryani.

But this one, my own style. Carca marba dgn 1001 macam & style masakan biryani, I come up with a simple one but still....ummm....not bad!
Why EKSTREM?....sbb kalernye aje ler :D....warna mmg memainkn peranan besar dalam makanan so why not skali skala makan nasi yg terang benderang kalernye :)....

Jommmm...ekstrem!

Bhn A:
1/2 ekor ayam, potong kecil2
1sdt lada sulah
sedikit garam
2sdb minyak sapi
1sdb minyak pure virgin olive

Bhn B:
1bj bawang besar, potong dadu

Bhn C:
1bj bawang besar, potong dadu
2-3sdb rempah kari ayam + 2sdb air
1sdt serbuk cili (nak pedas tambah lagi)
2bj buah tomato, potong dadu
2-3sdb sos tomato
2sdb plain or natural or greek yoghurt
garam & gula secukup rasa (tak perlu masin sgt)

Bhn D:
4cwn beras basmathi
1sdb pure virgin olive oil
1sdt jintan manis
garam secukupnya (nasi biar ada rasa masin sket)
air secukupnya

--------
sedikit daun ketumbar
sedikit daun pudina
kismis secukupnya
1-2sdb air atau susu segar
pewarna kuning* & merah
*pewarna kuning ni boleh aje digantikan dgn saffron yg rendam dlm air sket. but since saffron ni mahalllllll ssgt and what we need is only the colour so guna pewarna aje la labuuuu...
--- saffron mom kt dapur simpan dulu noooo hehheeh

Cara:
1. Sediakan A:
- Perap ayam dgn lada sulah & garam, dalam 10-15min.
- Panaskan kedua2 jenis minyak dlm kuali then gorengkan ayam smpai 1/2 masak. Angkat & toskan. Siap.

2. Sediakan B:
- Guna kuali yg sama, tumis bawang smpai hmpir kekuningan. Angkat. Siap.

3. Sediakan C:
- Guna kuali yg sama, tumis bawang smpai naik bau.
- Masukkan pes kari tadi (yg dicampur air tadi) & cili. Kacau2 then masukkan tomato, sos tomato & yoghurt. Kacau lagi.
- Then perisakan dgn garam (sikit aje) & gula, lepas tu baru masukkan ayam yg dah digoreng 1/2 masak tadi.
- Terus kacau dalam 1min (supaya kuah & ayam mesra sket) then tutup api. Siap.
Nota: Diperingkat ni, pes biryani ni berkuah sket tp x ler byk sgt kuahnya..pekat2 gitu. JANGAN masak smpai kering sbb hanya perlukan ayam 3/4masak aje.

4. Sediakan D:
- Cuci beras basmathi, rendam dalam 15-20min atau hgga 30min (utk bagi beras memanjang). Then toskan.
- Dlm satu periuk, letakkan beras beserta air. Air tak perlu sukat, just make sure melebihi tahap beras sbb nanti kita cuma nak masak beras 1/2 cook aje. Masukkan sekali olive oil & jintan & garam. Nasi kena ada rasa masinnya (tp jgn terlebih pulak).
- Masakkan beras smpai 1/2 cooked. Mcm mana nk tau 1/2 cooked? Caranya, ambil sdkt beras tu & picit2kan. kalau rapuh, dia pecah2 bila ditekan, then it's ready - tutup api. Toskan. Siap.

5. Cara memasak, samada atas dapur atau rice cooker, gives almost similar results.
- Either way, masukkan ke semua biryani ayam tadi. Ratakan ayam, pastikan ayam tu menutupi bahagian dasar periuk/cooker (supaya beras tak jatuh ke bwh). Yg kita ndak, kuah & ayam biryani aje pada bhg bwh.
- Then taburkan daun ketumbar & pudina (potong pendek2 sket).
- Then taburkan 1/2 drpd bwg goreng (just ambil sket aje).
- Then letakkan beras. Ratakan.
- Akhir sekali taburkan baki bwg goreng & kismis, ratakan.
- titikkan pewarna merah & kuning; lebih sket supaya nmpk ekstrem sket. Kemudian amik 1-2sdb air/susu segar, tuang ke serata atas permukaan beras tu. Pastu mula masak.

--> Kalau masak atas dapur, guna api kecil sket. Nasi akan masak bila ada bau semerbak kt dapur. Boleh cek by picit2 sket nasi. InsyaAllah akan masak sebaiknya.
--> Kalau masak dgn rice cooker, just tekan ON aje ler. Some type of rice cooker mgkn masak longer so kene cek la gak or kalau tak ayam rentong kt bwh. Lagi pun beras basmathi yg dh masak 1/2 cooked tu sbnrnya masak tak lama sgt. Wap dr kuah & ayam biryani pun dh mampu memasakkannye so api kecil diperlukan pd certain tahap. (Mom lebih prefer masak atas api, boleh control api dr kecik ke kecik sket lagi ke..gitu la). 

- Bila dh masak, tutup api & gemburkan supaya ayam bergaul mesra dgn nasi serta warna2 tadi dicampur-gaulkan.

Selamat mencuba!

rupa nasi setelah just cooked & digembur2kan. still dlm periuk ni

Iftar 19 Ramadhan 1433H



Kini giliran masak nasi pakej...sonang critor :)

The juzuk:
Mom dah abiis Surah Fatir and next giliran would be Yaasin.....

The Menu:
Nasi Biryani Extreme - my own style of biryani, ada masa nnt mom bley upload resipi & cara2 penyediaannya
Pappadom
Arca timun
Yoghurt salad
Puding roti marble

Alhamdulillah.

Wednesday, August 8, 2012

Iftar 18 Ramadhan 1433H

Alhamdulillah...w/end baru ni boleh lah pulun sket mengaji Al-Quran so gear tnggi le sket.
Today dh masuk surah Sajadah, Ayat 12. Juzuk mana...boleh search sdiri yer :)

The Menu:
Nasi putih
Black pepper calamari
Potato soup with rice noodle
Sambal potato (fusion utk sambal kentang+ikan bilis yg tak dibubuh ikan bilis sbb my darling allergic problem)
Kuih Bingka Jagung

Tak berapa sempat nak shoot semua makanan except bingka nih.

bingka tanpa "kerak" sbb budak2 prefer plain --- Khalish said this is corn cake..whatever!

Plus buah strawberry pelik - kembar & with distorted shape heheheh
besar2 buahnya, ada twins :). almost every iftaar we're having it sbb fav Arish
Alhamdulillah............

Tuesday, August 7, 2012

Iftar 16 Ramadhan 1433H



AsSalam

Dah hari ke 16 Ramadhan kita. Cepat sangat rasanya nk smpai ke mid month nie hmmm...

Since pasukan mom still tak jemu2 makan roti canai so high sket demand tang bulan puasa ni.
Dh berhari2 dgn roti canai aduiii...tepung gandum tak sempat nk refill stok dibuatnye. Jari-jemari & tangan mom nie lenguh dh menguli selang 2 hari! Udah la uli mlm2, store in fridge & nx day baru masak.
so, among our iftaar list...

Roti Canai Telur 
Roti Canai Telur & Bawang
Kuih Kundas

Hari tu tukar menu dlm list so da lupa la main coursenya per iskkk...
Sesapa nk mencanai tu, selamat2 aje ler yer :)

Alhamdulillah...

Iftar 15 Ramadhan 1433H


AsSalam

Nampaknya semakin tak menyempat nak buat photo shoot kat dapoq :)
Tp akan diusahakan selagi termampu. Tu sbb ada gambar yg kelabu sbb makanan panas berasap lagi seh hihihi. Roti canai pun shoot dlm kuali aje tu...

Today is another hectic day but as usual, menu dah ada so follow mana yg bley la dulu eks!
...among the list....
Singgang tulang (bonda mertua momkan, kalau raya Qurban, InsyaAllah tak tinggal menu singgang tulang neh).
Roti canai (telur) & Roti canai telur + bawang dgn kari daging.

Alhamdulillah!

Monday, August 6, 2012

Iftar 14 Ramadhan 1433H


Alhamdulillah...sempat jap ke sini :)

Juzuk...? ke 16 ....move on mom move on....

Menu...?
And Alhamdulillah too, rezeki Allah tetap ada utk iftar kami 7 beranak di Newcastle ni.
the list...
Ayam Masak Kurma
Kuih Lapis
Kuih Karipap inti Ayam & Kentang (buat lagi sbb smlm tak cukup rupanyer mmmm.....)
Lasagne

Done!

Thursday, August 2, 2012

Iftar 13 Ramadhan 1433H


AsSalam...Owh..13 is definitely Mommy's fav number :)
less writing in blog, more writing on thesis :)

Alhamdulillah...iftar for 13th Ramadhan.
the list....
Sambal sotong dengan petai
Lemak telur dengan timun & karot
Glass noodle salad
Kuih Karipap ayam+keledek
Kuih Seri Muka

Wednesday, August 1, 2012

Iftar 12 Ramadhan 1433H



AsSalam...sudah 12 hari kami di Newcastle berpuasa...

Juzuk berapa...? alamak...semakin slow la plak. Mom baru lepas juzuk 15...sekat2 dah ni wuu-huuuu.
InsyaAllah....

Menu...?
Very simple. Mom kt ofis masa time iftar but as usual, semua dah ready kt rumah nun.
the list...

Nasi Putih
Ayam Percik (pic tak comei sbb lps grill trus snap gambo)
Ulam iceberg salad + Sambal
plus baki daging goreng kunyit ada sket lagi.
Apam gula hangus a.k.a Kek sarang lebah
Bubur jagung (mom letak sagu sket dlmnya)...

Done! Alhamdulillah........

Iftar 11 Ramadhan 1433H


AsSalam ...Just another busy-musy day!
Only the pics can say it all right now....

^______^