Sedar2 dah nak masuk Ramadhan yer.
Ok lah, straight to the point aje la kita...busy as usual :)
Brekky & lunchbox simple, apam polkadot masa a day prior to Ramadhan!
Mom belum share lagi resipi di sini. Era apam polkadot dah lama berlalu tapi auranya masih terasa, kan?
Jommm......ke dapur!
Apam Polkadot
olahan dari sumber: sheely of MyR
Bhn:
275g tepung serbaguna
220g gula (mom kurangkan kepada 200)
3bj telur (saiz A, dari peti sejuk)
3sdt baking powder
1sdt ovalette
150ml fresh milk atau evaporated milk (susu cair)
Inti (optional):
Blueberry / strawberry
Pewarna (ikut kesukaan)
Piping bag / lidi (salah satu, jika perlu)
Cara:
1. Panaskn kukusan. Sediakan cups atau acuan apam. Campurkan ke semua bhn ke dlm satu bekas besar. Putar guna mixer, high speed, hgg rata. Siap.
2. Letakkan sesudu kecil adunan dlm cup (ikut saiz cup, kalau besar, lebihkn sket). Then letakkan inti. Kemudian sudukn lg adunan atas inti. Utk dot, mom buat dua cara. Warna dot ikut kesukaan lah kan. Cthnye dot warna kuning. So...Cara1: Masukkan sdikit adunan kuning ke dlm piping bag then titik2kan atas permukaan adunan apam dlm cup. Cara2: Guna lidi, dip dlm adunan kuning then tekan2/cucuk2 sket atas adunan apam dlm cup. Buat sampai habis.
4. Kukus selama 12-15min.
cantik, syg nak telan..agaknya berapa lama apam ni tahan?
ReplyDelete:) ... dan sedap pun yer!
ReplyDeletesaya tak pasti tp setakat 2-3 hari, ok lagi. tak pernah pula meng-experiment daya tahannye brp lama. Almaklumlah, anak saya 5 orang, tak sempat nk simpan lama2 dah sapu bersih hehhee..