Pos ni dah sekian lama diperapkan...since last year tat kala kehangatan aura kek2 sebegini..hanya NOW baru perasan ianya still di dlm draft folder iskkk.
Thanks to empunya resipi syufa dr MyR. Mommy olah2 sket resipi tu and guna my own recipe for the buttercream.
Jom baking..... :)
Rainbow Cake (syufa of MyResipi)
2 cwn tepung naik sendiri (self-rising flour)
1 1/4 cwn gula pasir dikisar halus
5 biji telur ayam (gred B)
250g butter
Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
2 sdt esen vanilla
1/2 cwn susu pekat + air (mom tmbh air supaya susu tdk terlalu pekat)
Buttercream secukupnya (resipi di bawah)
Marshmallow
Cara:
1. Panaskan oven. 130C-140C. Griskan 2 loyang 20cm (bakar 2 lapisan sekaligus).
2. Pukul butter dengan gula halus, sehingga kembang. Then masukkan telur, satu per satu sambil pukul.
3. Tambah esen vanilla, diikuti dengan tepung naik sendiri. Pukul rata. Then tambahkan susu + air & pukul hgga smooth & rata.
3.Sediakan enam (ikut bilangan warna) mangkuk sama saiz yang berlainan . Gaul rata setiap satu dgn warna yg diingini.
4. Bakar setiap adunan, dlm 13-15min. Sejukkan.
5. Utk frosting, terpulang samada nk salut semua atau atas shj. Tapi in-between you mestilah kan. Ambil satu lapisan kek, sapu rata atasnya dgn bttrcream, tindih dgn lapisan yg lain. Sapu rata lagi. Buat smpai habis. Atas sekali, hiaskan dgn marshmallow or springkle or apa2 yg diingini.
Ni resipi buttercream mom.
Buttercream:
200g butter, lembutkan
1 1/2cwn gula icing, ayak
2sdb susu segar
Sediakan krim utk icing (krim ni pelbagai guna - lembut, ringan & gebu....)
1. Pukul butter smpai pucat & berkrim (dlm 6-8min).
2. Tmbh gula icing dan susu. Pukul lagi dlm 6min.Siap.
the last slice, marshmallow dh kene sambar, body kek pun dah xbrp betul :) |
No comments:
Post a Comment