Wednesday, June 30, 2010

almaraz caramalised coconut bun

Ini punya bun adalah klasik pny style tp tak telan dek zaman!
My kids lak surprisingly x brp reti nak makan bun atau kuih-muih tradisi kita ni dgn set2 yg ada kelapa nih. Lima2 anak camtuh! Kalau makan kuih sagu tu, kelapa x mo, kalau makan lepat labu tu, inti kelapa x mo..kdg2 lepat mommy wat tak ber-inti, bbrp ketul je yg berinti tuk mommy & papa mmm..mcm2.
Kali ni mommy wat bun inti kelapa laks. Dohnye? Of course mommy guna cara yg sekelip mata tuuuu heheehhe... iaitu basic no-knead dough. Cuma tmbh inti.

Cara buat inti.
Bhn:
3/4 cwn kelapa parut (atau guna dessicated cocounut)
1/2 cwn gula (sbenarnya mommy agak2 so manisnye tu pandai2 ler adjust yek)
1/2 - 3/4 cwn air (pun agak2, ikut byk mana kelapa tu)
sehelai daun pandan (simpulkan)
sedikit tpg gandum (tuk memekatkan inti, boleh juga guna tpg jagung)

Cara:
1. Buat gula hangus...i.e. hanguskan 2sdb gula dulu dlm kuali yg panas. Dh keperangan & boiling up then tmbh air & extra gula td tu. Kacau2 smpai guna hancur. Then masukkan kelapa, kacau2 pastu masukkan daun pandan & sedikit tepung gandum (dlm 1sdt). Kacau2 lagi smpai ia pekat dn tutup api. Ketepikan smpai ia sejuk. Inti ni leh disimpan dlm bekas tertutup letak dlm fridge (mommy wat awal2 esp dlm Ramadhan...se-tupperware leh tahan more than 3weeks --- silap2 pas ramadhan ada lagi muahahhaha).
2. Doh yg dh ready tu, bahagikn kepada 8-12 bahagian then wat bulat2. Setiap satu masukkan inti kelapa yg dh di-caramalised td tu then letak atas dulang pembakar. Biarkan ia naik dlm 30min. Ini lah hasilnya.....







3. Bila dah naik, sapukan atasnye dgn susu / air / campuran telur+air then boleh tabur sesame seed (mommy xtabur tuk yg ni), then bakar dlm preheated oven...dlm 170C-180C. Bakar xlama, dlm 12min dia dh brown...cam dlm gambar ni.






4. Masa tgh panas2 pas kuar dr oven tu, leh sapu atesnye dgn butter sket then siap tuk dihidangkan....mudah je kannnn ^_*.

Pada yg belum pernah bermain2 dgn doh ni, bila dh mula sekali buat tu, nx2 time sure expert & rolls or buns kat kedai bakery pun xingin nk pandang daaahhh hehhehe...

almaraz lemon roasted fish

Dah berhari2 asik makan ayam & daging jerk .. kali ni kita switch pada menu ikan bakar. Mommy ni species yg tak suka sangat makan yg pedas2 so menu ikan bakar mommy nampak plain aje tp ada tangy sket pd resipinya. Lagi satu, again, lemon adalah pencetus utama pada resipi ni. Biasanye bakar lemon dgn ayam tp kali ni kita wat kt ikan plak.

Jommmmm bakar ikan...

almaraz lemon roasted fish




Bhn:
Bhn perap (marinate):
1 sdb stok ayam
2 sdb olive oil
1-2 sdb kicap soya
1 sdb madu
1-2 sdt lada hitam (tumbuk kasar2)
2 ulas bwg putih
1/2 biji lemon - ambil jusnya sahaja

2 ekor ikan (apa2 jenis ikan terpulang..yg ni mommy guna ikan kembung)
1-2 hiris  lemon
1 bj tomato - belah wedges
1 bj bwg besar - hiris bulat2

Cara:
1. Gaul rata semua bhn2 perap. Tmbh sedikit air jika nk ada gravy sket2. Garam boleh tmbh jika perlu (mommy letak a dash of it only).
2. Bersihkan ikan kemudian, dlm satu plastik ziplock, masukkan ikan bersama2 bhn2 marinate td. Biar smua bhn marinate digaul rata pada ikan then biarkan ia diperap dlm 30min.
3. Setelah cukup diperap, sediakan roast dish (atau casserole) dan letakkn ikan bersama2 air marinate td. taburkan semua hirisan lemon, tomato dan bawang besar. Boleh juga ditmbah lg bwg putih, jika mahu.
4. Bakar ikan dlm oven hingga masak.
5. Siap utk dimakan bersama2 nasi putih. Ikan ni tak perlu dah air asam sbb dh ada masam2 rasanye. Utk versi pedas, campurkan bhn marinate dgn cili api yg ditumbuk kasar...pandai2 ler adjust-kan ler yer :)

Tuesday, June 29, 2010

almaraz sweet crunchy cheese rolls

Haa..jom main2 doh lagi!
Ni hasil dr basic no-knead dough. Asas doh ni leh wat 1001 macam rolls. Kali ni mommy start with crunchy sweet cheese rolls (tuk bg doh manis, tmbh lg sukatan gula dlm doh td tau.). Mommy namakan sweet crunchy cheese rolls sbb roti ni manis & cheese atasnye rangup (bakar lama sket). kalau cicah ngan teh O...mmg umph!!! punya.

Jom main dohhhhh.....

Cara:
1. Selepas testing doh dh naik, bahagikan doh pada 12 bhg (berapa bahagian tu terpulang ler, kalo nk kecik2, wat 12, kalo nk beso, wat 8 ker...ikut sukahati ler yer).
2. Buat bulat2 kesemua doh dlm letak dlm bekas tuk dibakar dlm oven nanti (mommy guna loyang kek ajer). Cheddar cheese yg mommy guna kali ni mommy tak letak kt dalam tp mommy letak kat atas jer (masa tu stok cik dah dh nk abes).
3. Penaikkan doh dlm 30min gitu then bakar dlm preheated oven. Tahap kepanasan oven tu kdg2 depend on oven tp kali ni mommy wat 170C, bakar dlm 10-12min je.
nota: penaikkan tu means biarkn doh dlm suhu bilik...bila tgk dia dh membesar dlm 1 1/2 kali ganda dr saiz asai tu haaa...ok dh tu.



Ni doh yg mommy dh penaikkan dlm 30min dan sedia utk dibakar (asalnya td doh kecik2, tak lekat pun antara satu sama lain).








Ni lak roll mommy yg ready utk dimakan..urmmmm yummmmmmmmm...

basic no-knead dough

Ada masanya mommy perlu buat rolls yg simple tapi cepat tp roti high-protein atau bread flour tak de la plak. Dalam MyResipi mommy ada kongsikan roti tuna dgn mengguna tepung gandum...tak kurang enaknye juga TAPI...perlu diuli. Masa uli especially dengan breadmachine, standard la kan....1jam 30min; dgn tangan lebih cepat tp still takes time --- terutamanya mommy ni yg anggap every second tu adalah platinum! hehehe...

So now mommy nak share dgn tetamu2 blog mommy ni tuk wat roti yg amaaaaaaaat lembut & gebussss tp hanya guna tepung gandum & dan yang paling bestnyerrrr TAK perlu diULI...(yeah yeah...)..cuma guna mixer tp guna hook utk uli (bukan hook utk mix kan telur, gula & etc tu yerr)...resipi ni ubahsuaian (teknik) yg ada dlm simpanan mommy.

Sukatannya agak2 pun insyaAllah, no-fail pny! Cubaan yg baik especially pada tetamu2 mommy yg belum lagi membiasakan diri dgn bermain2 ngan doh2 tuk wat roti ni ^_*

basic no-knead dough

Bhn A:
2 cwn + 1 1/4 cwn tepung gandum (baca Cara dulu then baru paham naper mommy tulis camni)
3 1/2 sdt yis segera

Bhn B:
1 cwn susu segar
3/4 cwn air
1/2 cwn minyak sayur
2 sdb gula
1 sdt garam

Cara:
1. Dalam satu bekas besar, gaul rata bahan A tp hanya guna 2 cwn tepung dahulu. Bakinya guna tuk step no.3 nnt.
2. Dalam satu bekas tahan mikrowave, masukkan kesemua bhn2 B. Panaskn dlm mikrowave hgga takat ia SUAM aje..bukan smpai mendidih tau!
3. Campurkan adunan no.2 ke dalam adunan no. 1 dan pukul guna mixer (dgn hook yg mommy bgtau td, cam dlm gambar ni).

Pukul smpai sebati then masukan baki tepung td..sedikit demi sedikit sambil pukul. Teruskan pukul hingga kelihatan tepung tak lekat pada tepi2 bekas (pd hook ia akan terus melekat tp tak pe). Proses memukul ni dlm 3-4min aje.
nota: 
i) 1 1/4 cwn tpg tu sebagai panduan aje...kalau doh kelihatan agak kental, jgn tmbh tpung lg, terus pukul. 
ii) Atau, kalu dh abes 1 1/14cwn tu tp doh still kelihatan agak lembik, tmbh lg tepung tp tmbh sket2 yer...jgn riso, insyaAllah ok pny sbb nnt bila dh siap pukul nnt u all akan nmpk doh jd cantik je kesebatiannya. 
iii) doh akan melekat2 pd hook, tak pe don't worry, lepas nmpk doh siap digaul rata & kental (atau dlm 3min lepas pukul), boleh stop...don't overbeat.
4. Pastu, alaskan bekas (mommy guna talam) dgn tepung (byk sket yer) & TAPAK TANGAN pun kena disaluti tepung gaks. Then amik doh td dan buat bentuk bulat besar. Cam dlm gambo nih.

Ni bentuk doh exactly lepas dipukul.
Biar kt atas talam tu dlm 10min.











Lepas 10min, ni ler bentuk doh yg dh naik.
Nak test dh ready ke lom, salut satu jari dgn tepung then tekan atas doh. Kalo ada tggal lubang, means dh naik la tuuu....

Dah naik baru leh wat rolls...mcm2 rolls leh wat, ikut citarasa & imaginasi anda semua ler. Sure kreatip pny mommy2 di luar sana! Utk tgk rolls mommy, ada pd next entry...



So ini adalah doh yg tak perlu diuli.
Results insyaAllah cun pny. Kalo nk wat pg2 tuk brekky pun sempat lg, xperlu tggu mesin gelek (mesin pun leh gak wat timer sbenornya heheh)...tp why not try cara yg ni lak sbb outputnye sama jerk.

Enjoy bakinggggggg.............

Monday, June 28, 2010

Menu harian mommy....

Ni nk menayang menu2 harian mommy...kut2 leh selit kat u all pny kitchen diary :).
Tuk kemasukan menu2 harian ni mommy tak letak resipi sbb smuanya mudah2 belaka...pasti u all dah pandai or lebih terrer dr mommy kikikiki.

paprik sotong



lemak putih telur bersama kacang



sup sayur campur



bubur cha-cha

almaraz dark sweet chicken

Menu mommy kali ni adalah fusion pd masak kicap tp bhn2nye amat simple. Simple2 pun, hasilnya turned out to be amazingly yummylicious!
Cuba la...

Jom masak.....

almaraz dark sweet chicken


Bhn:

Bhn A:
6-8 ketul ayam
2sdt serbuk kunyit
1/2 cwn air

Bhn B:
*2 ulas bwg merah
*3 ulas bwh putih
*1/2 inci halia
*tumbuk kasar bhn2 ini 
2 sdb kicap manis (mommy guna kicap cap kipas udang - kicap soya)
2-3sdb sos cili
1/2 - 1cwn air
1 1/2 - 2sdb minyak 
garam & guna secukup rasa
tomato, belah 4 (optional)
cili merah, belah 2 (optional)

Cara:
1. Gaul ayam yg dah dibersihkan dgn serbuk kunyit dan rebus bhn A smpai air ayam kering. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskn myk dan tumiskn bhn2 tumbuk smpai naik bau. kemudian masukkan kicap & sos, kacau2. Pastu baru masukkan air. Bila dh didih, masukkan ayam td dan gaul rata (tmbh kicap atau sos atau air, jika perlu). Perisakn dgn garam & gula, kacau2.
3. Bila dah memekat, boleh angkat & siap utk dihidang...Leh makan dgn nasi putih atau pun nasi minyak/beriyani.

Saturday, June 26, 2010

almaraz spiced fried fish

Ini adalah antara menu yang mudah yang mommy nak share dngn tetamu2 blog mommy ni. Macam biasa, ikan boleh dipelbagaikan..fillet like salmon pun boleh tp kalau menggoreng salmon tu xleh lama.
Ikan goreng berempah ni boleh dimakan dgn nasi putih bersama2 dengan masakan2 yg lain.

Jom menggorengggg......


almaraz spiced fried fish

2-3 ekor ikan (siang dan bersihkan)

Bhn perapan:
1 sdb rempah kari ikan
1 sdt serbuk jintan putih
1 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

Cara:
1. campur & gaul rata ke semua bahan perapan.
2. ratakan bhn perapan pada ikan dan perapkan sekejap, dalam 10-15 minit.
3. setelah tu, goreng ikan cam biasa. kalau ada daun kari, goreng bersama bila ikan hampir garing. siap utk dihidang!

Friday, June 25, 2010

Take five dulu.....



This is our home kat Maryland but dah pindah so this session kire cam nk commemorate foto2 masa kt umah lama...Yg atas (kiri) tu yard tuk bercucuk tanam. Tu yard tepi, back yard lage beso..leh main badminton. Yg atas (kanan) tu lak my beloved dapur. Walau pun sempit tp tetap byk jasanye menghiasi my kitchen diary huhuhu....

Sedih rasanye nak tinggalkan rumah ni. Mmg best dok sini, rumah ok, jiran2 ok, suasana kwsn tu pun ok. Yg x ok cuma jauh sket dr sekolah mommy but skolah anak2 dekat.
Model2 dlm gambo ni semuanye my 5 pearls tu lerr....

Ni yg first, Batrisyia, 11yrs 3mths. Ni kt living hall..blakang tu pintu ke garage kete.


Yang ni lak second, Danish (9yrs 5mths)....dia ni mmajangnye nk jd photographer tu psl foto sdiri x byk! ni kt 2nd living hall...


This one yg third, Rumaysa (7yrs 7mths) ...ni yg paling suke berposing! ni kt 2nd living hall - sofa blakang tu jiran sblh, Narelle yg kasik. baik sgt jiran tu wpun xseagama & xsebudaya tp treat us just like old friends. Miss ya Narelle (xder lak pic dia mmm....)


Ni, the fourth, Arish (4yrs 1mth), my mak ckp ala2 sinchan hihihihi...manja teramat, lebih manja dr adiknye iskkkkk....meja study kt blkg tu junior bagi. thanks ye junior2 kimian, byk jasa meja tu tawww...luv ya all!


wooo ni yg the fifth - Khalish (2yrs 2mths); the paling the byk the karenah. mana tak nye, smua prangai sifu2 empat org atas tu semua dia sapu licin turun ke dia :). ni kt our small kitchen area, si tecik mmg paling suka dok kt area ni sbb..... dia suker makan!

Ni lak kt 2nd living hall yg ada tv. Tul2 ngadap mommy pny kitchen area...tu si tecik tgh posing.

aiskrim segera

Lalalala...aiskrim ni kalo namanye bebudak, jarang jumpa yang TAK suka kan...my kids pun tak lah terkecuali drpd kelompok yg mendominasi terhadap betapa sukernye makan aiskrim nih.
Yg mommy nak share ni adalah antara resipi aiskrim yg sgt senang nk mmbuatnya. Ni resipi ada dlm simpanan mommy tp mommy dh ubahsuai sket...biase le kan menderhaka pd resipi nih hahahha...

Jommmmm buat aiskrim lak....

aiskrim segera

















Bhn:
2 cwn thickened cream
3 biji kuning telur
4-5sdb gula halus
1 sdt vanilla extract

Cara:
1. Pukul kuning telur & gula dgn mngguna mixer. Pukul hgga adunan putih berkrim.
2. Campurkan thickened cream + vanilla & pukul lg smpai adunan aiskrim memekat. Bila dh pekat terus stop beating sbb kalau over beat nnt tak jadi.
3. Adunan aiskrim siap then bolehlah dimasukkan dlm bekas yg boleh ditutup & letak dlm freezer. Kalau buat pagi, ptg dh boleh makan...tak perlu overnight dan tak perlu kacau2 masa dlm freezer.

nota: 
i) kalau nk berperisa cam coklat/strawberry..tmbh emulco. tp plain vanilla tu pun dh mmg yum3!
ii) walaupun guna kuning telur tp cream tu dah off set kan baunye so mmg tak terasa hanyir ke pe ke. rasanye betul2 creamy macam aiskrim yg kita beli kt kedai2...

Thursday, June 24, 2010

almaraz cheesy frittata with water spinach

Kali ni mommy nak share frittata ngan semua tetamu blog ni. Sebelum ni cam xkesah je nk share sbb benda sempoi cam frittata je kan tp pk2 balik, why not..kot2 ada mommy out there yg kebuntuan sengsorang diri kt dapur asik masak benda yg sama je, bila tgk resipi ni leh lak bg diversity sket...ce wah. tak pe lah kan, hari2 masa ala2 serupa pun, at least perut family semua kenyang, lebih dr okeh dh tu. Yg penting, air tangan sendiri tuuu..sekali sekala terjah menerjah kt kedai makan pun no hal hehehhe...kuar jap dr kepompong your own kitchen diary kan.

Ok lah, celoteh panjang la plak! Sebelum tu nak bgtau, water spinach tu bkn bayam air yerr...tp kangkung. My kids prefer makan kangkung dr lain2 green veggies so tu yg guna kangkung.

Jommmmm masak frittata!

almaraz cheesy frittata with water spinach

















Bhn:
2 - 3 bj telur
1 - 2 sdb cheddar cheese
2 ulas bwg putih (crushed)
2-3 btg daun kangkung (ambil daun aje, potong kecik2...stem-nye xmo)
1/2 bj tomato kecil (potong nipis2)
1 sdb olive oil (ganti dgn minyak masak biasa jika tiada)

Cara:
1. Pukul telur bersama cheese (guna garpu). Then campurkan kangkung dan tomato, dan kacau2 je biar gaul rata.
2. Panaskan myk dlm kuali dan saute-kan crushed bwg putih td. Naik bau aje terus masukkan campuran telur td. Masakkan hingga bhg atas dan bwh kekuningan.
3. Siap utk dimakan dengan nasi putih, atau dimakan waktu breakfast...mmm...yum3!

nota: frittata ni mommy tak letak garam sbb cheese dh masin sket...

almaraz reddish salad with lemon

Haa ni versi salad tuk perabiskan sayur dlm esbok hihihihi...malas nk ngasapkan dapur so jadikan salad pun sekali sekala makan pun sedap gaks. Kebetulan stok buah lemon mmg semedangnya ada kt rumah ni so pe lagi, gatal je jari2 ni nk nerai resipi itu ini dgn lemon! Kena pulak veggy yg ada kaler terang2 ala kemerah2an so tu yg mommy panggei reddish salad.

Mehh...jommmm wat salad...

almaraz simple reddish salad with lemon



Bhn:
1 bj tomato
*1/3 btg timun
*1 btg carrot
*nota: dua2 ni hiris cam btg mancis
1/2 biji buah lemon (ambil jusnya..kalau byk sgt, kurangkan skt sbb lama2 salad ni akan berair)
gula & garam secukupnya


Cara:
Amat mudah...gaul rata ke semua bhn dlm satu mangkuk. Siap utk dimakan esp dgn nasi briyani atau nasi minyak..ermmm....menyelerakan!

Sunday, June 13, 2010

Hidden blueberry cheesecake

Hari Ahad ni mommy cam biasa lah ngan tugas2an ke-dapur-an yg tak sudah2. Sbelum start masak lunch td, mommy sempat wat cheesecake ni. Main intention sbb nk perabiskan stok phili cheese yg hampir2 expire. Daripada terbuanggggg xtentu pasal & membazir, baik wat kek.

Resipi ni dlm simpanan mommy..tak ingat sumbernye dari mana. Quite simple & tak tideous nak membuatnye. Lagi satu yg bestnye ada kelainan sbb dia ada sorok2 la plak blueberry kt dalamnye tu hehehe.

Let's bakingggggg...........

Hidden Blueberry Cheesecake

Bahan:
250g phili creamcheese
150g mentega
3/4 cwn gula icing
3bj telur
1/2 sdt esen vanila
*1 3/4 cwn tepung gandum
*1 sdt baking powder
*1/2 sdt soda bikarbonat
(* semua bhn2 ni diayak bersama)
1/4 cwn susu segar
6-8 sdb blueberry for filling (mommy beli siap yg kt dlm tin tu)

Cara:
1. Satukan mentega & creamcheese dalam satu bekas dan pukul (guna mixer) hingga rata. kemudian tmbhkan gula icing dan terus pukul hingga adunan jadi putih.
2. Tmbh telur satu per satu, dgn kelajuan tinggi mixer...selang setiap sebiji telur tu dalam 1 minit gitu. Selesai dgn semua telur then tmbh esen vanila.Pukul rata.
3. Dengan mixer kelajuan sederhana, selang seli masukkan campuran tepung dan susu segar (each 3 times)..pukul hingga sebati.
4. Alaskan loyang kek dengan baking paper (mommy alas yg bwh je).




 5. Ambil dalam 3/4 adunan kek dan masukkan ke dalam loyang.







 6. Kemudian ambil dalam 3-4 sdb blueberry filling dan sapu rata atas lapisan adunan kek td. Kemudian tutup dengan selapis lg adunan kek. Then sapu rata lgi 3-4 sdb bluberry filling dan akhir sekali tutup dgn adunan kek. Siap dan sedia untuk dibakar pada 175C dalam 30-40min atau hgga kek masak.



 7. Ni kek yg dah siap masak. Harum baunye usah cakap lah...sampai 5 anak mommy yg dr mula2 mommy start wat kek ni buat xheran sbb ngadap tv mmm...tiba2 smuanye ke dapur ngadap oven lak :)




 Ni ler Hidden Blueberry Cheesecake mommy...
 sempat2 je kek ditransferkan ke dlm pinggan, my kids trus je ngap...sudahnya tak smpai 1/2 jam, tggl separuh jerk. Alhamdulillah...rezeki makan kan, janji perabiskan & tak membazir.

Saturday, June 12, 2010

Minum petang dengan Pai Tee

Hari ni mommy main masak2 kt dapur hhehhehe...main2 ngan pai tee. sonok mmbuatnye esp bila si paling kecik byk lak wat hal ekekekeke

My kids suka makan camtu jer, with no inti so malas nk masak intinye...mommy cuma letak carrot,sengkuang & timun aje.

Ni pai tee kosong yg disimpan dlm bekas kedap udara...utk anak2


















Yg ni lak pai tee tuk mommy...

Friday, June 11, 2010

Menu lunch 10 June 10

Kali ni mommy share menu lunch smlm...ada masa extra so pe lagi, snap!snap! lerr :D
Yg adanye daging masak kicap, sambal tumis petai dan yg speselnye sket is percik ikan kembung...mmm...laaaaaaaaaaaaaama dh tak makan percik nih. Wat percik ikan tak ler selama nk wat percik ayam so laju je la mommy mmbuatnye.
Ni ler percik ikan yg mommy hidangkn buat family tercinta (fav. yg teramat for my 2nd child)

 
Mmmmmmm....yum3!

Kuih lidah buaya

Ni kuih dolu2, mommy panggei kuih lidah buaya a.k.a. kuih tiram. Adunan amat mudah dibuat, xyah sukat2 sgt tp leceh la sket esp kalo nk wat byk2. sbb each one tu kene canaikan....quite tedious esp bg org cam mommy ni yg memanjangnye 24hrs tu tak cukup2! hehehhh...
Hari ni minum ptg mommy sediakan awal2 (smlm) kuih ni. Baru je kuar dr kuali, sepiring dh abes kene ngap dek anak2 mmm........
Mommy gerenti yg raaaaaaaamai ibu2, kakak2, adik2 yg dah tau camner nk wat kuih ni kan tp mommy share kan gak juz nak memeriahkan resipi kuih lidah buaya nih :)

Kuih lidah buaya a.k.a Kuih tiram

2 1/4 cwn tepung gandum (masa masak xsukat, lebih kurang je tu)
sedikit garam
1 sdb marjerin
sedikit telur (dlm separuh, pukul ngan garfu sket)
*semua bahan2 ni dicampur rata, jd cam serbuk roti
1/2 cwn air (agak2)
*campurkan air sikit2 ke dalam campuran tepung dan uli doh smpai lembut dan tak melekat.
*bahagikan doh kepada 2 bahagian, dan biarkan ia rehat sebentar.

Sementara itu amik 2sdb minyak campurkan dgn 2sdb tpg jagung/beras. Yg ni mommy guna tpg jagung. Kacau rata smpai adunan pekat & licin (tak berbiji2).

Cara membentuk kuih:
1. Ambil satu bahagian dan canaikan utk membentuk rectangle (lbh krg)...sapu tepung skt atas papan pencanai, kalo dak takut melekat. 

2. Ambil sedikit adunan tpg jagung/beras td kemudian sapukan (dgn sudu) atas doh yg dah dicanai td. Sapu rata cam ni...




 3. Kemudian gulungkan doh tu cam ni...

Gulung smpai habis camni...






4. Lepas tu kerat kecik2...mommy wat cuma dlm 1cm lebarnye tu - wat kecik2. Kalau nk besar2, tmbahkan lg kelebarannye tu.





5. Lepas tu pulak, amik satu yg dh dipotong kecik tu & canai nipis lg. Buatlah smpai habis...kalo mommy masak, masa menggoreng, masa tu mencanai baki doh..idak le buang masa sgt kan :).





6. Goreng dgn myk yg byk sket then masak dgn api sederhana kecil (sbb dia mudah rentong!). Balikkan dan bila dah kekuningan angkat & toskan atas kitchen tissue.
7. Taburkan dgn icing sugar & simpan dlm bekas kedap udara bila kuih dah betul2 sejuk.
*kalau dulu2, mommy makan kuih ni berwarna-warni. so sesapa yg berminat boleh ler letak pewarna merah/hijau/etc.

Ni ler hidangan minum petangnye...

Tuesday, June 8, 2010

almaraz apam kon

ni versi apam aiskrim yg mommy buat guna acuan kon.
mudah dan cepat penyediaannya so utk minum petang tu sgt2lah sesuai
Jommmmm kukusssssssssssss....

almaraz apam kon
acuan kon (mommy ada 12...adunan ni dpt 16 ketul semuanya)
2 bj telur
1 cwn gula (tak perlu penuh sgt)
1 1/2 cwn tepung gandum (ayak dulu)
1/4 cwn air aiskrim soda
2sdb susu segar
untuk bhg atas apam kon (kepala), boleh guna pewarna atau emulco coklat & etc. tp tuk yg ni mommy just guna pewarna merah.
utk bhg bwh apam kon (batang), kekalkn warna asal.

cara:
  • Panaskan air kukusan.
  • Pukul telur & gula sampai sebati.
  • Kemudian gaul rata dgn tepung (guna senduk aje tau).
  • Masukkan air aiskrim soda & susu segar, dan kacau rata. Adunan siap.
  • Ambil dalam sesenduk adunan dan letakkan dalam satu bekas  lain. Cmprkan pewarna atau emulco (ikut rasa msg2), yg ni utk kepala kon...adunan selebihnya itu adalh utk bhg batang kon.
  • Griskan semua acuan kon.

  • Masukkan satu sudu besar adunan (utk batang) ke dalam acuan kon dan 2 sdt (lebih krg) utk kepala kon. Cucukkan kon yg dah diisi ke dalam lubang kukusan. Buat smpai habis

Apam kon yg dah siap dikukus
  • Kukus dlm 10-12 min. Dh siap angkat, then biarkan kon suam2 sket then baru tarik kluar apam dr acuan kon. Ianya tak melekat sbb td dh digriskan.

 Apam kon yg dibiarkan selama lbh kurang dua minit (atau sampai kon suam2 sket). Jangan biar sampai terlalu sejuk sbb nnt ia meruwap, as a result apam akan melekat sket2 pd kon nnt




Apam kon yang telah sedia utk dihidangkan............sedap dimakan begitu saja atau pun dengan kelapa parut.

Happy 40th birthday to my darling...

27 May aritu bday mommy's darling yg ke 40. On the next morning, mommy & kelima2 anak mommy wat surprise nyanyi happy birthday kt bilik tidur. Pagi2 tu mommy make-upkan kek...wat mana yg leh je la sbb nk surprise la konon kan.
Anyway, kek itu bukannye kayu pengukur tuk sambut bday tp yg pentingnya, tak kisah la dgn cara apa skali pun yg pasti sama2 ada rasa saling menghargai....dgn seadanya.


~~~ HAPPY BIRTHDAY DARLING ~~~
TILL DEATH DO US PART.........................