Roti siput ni cara buat sama dgn cream horn tp intinya boleh pelbagai -- tak berinti pun ok sbb ianya dah mcm roti manis.
Jom kita gelek inul sama itu breadmachine............
Ni versi snail roll yg mommy letak inti blueberry jam...
**cadangan inti: jem (pelbagai jem ikut selera family msg2), sausage..atau leh letak je cheddar cheese...
almaraz snail rolls
(guna breadmaker)Bhn2:
5 1/4 cwn tpg high protein
1/2 cwn gula (kalau nk letak inti sausage, kurangkn sket gula)
3 sdb myk zaitun
1 cwn susu
1 bj telur (pukul sket)
1 1/2sdt garam
2sdt instant yeast
Cara:
1. Masukkan smua bhn ke dalam bmaker, ikut susunan. Setkn pd doh.
2. Lepas doh siap diuli, bwk keluar dr bmaker dn tumbuk2 utk keluarkan angin. Buatkn doh dlm bentuk bulat (sebiji yg besar) kemudia rehatkn dlm 10-15 min.
3. Pastu, tekan bhg tgh dgn jari, kalau tenggelam means doh tu dah cukup naik.
4. Gelek dgn tangan aje doh tu supaya membentuk seperti log besar.
5. Potong dlm 1 1/2 inci tebal (agak2), hgga habis.
6. Ambil satu bhg dan roll-kn macam dlm gambar (dlm 30cm). Satu hjg besar, satu hjg lg kecil.
7. Guna acuan kon (dlm gambar), griskan dulu supaya roll xmelekat nnt.
8. Lilitkan doh pada kon, mula dgn bhg kon yg besar (kire bhg atas la ni). Buat 3-4 lilitan pun dh cukup, pd hujung tu nnt tolak sket ke atas (biar lilitan doh rapat2) dn tekankn sket bhg hjg lilitan doh (agar xterbuka).
9. Ni bentuk doh yg dh dililit pada kon...rehatkan smpai doh naik sekali ganda atau dlm 40min then baru boleh bakar dlm pre-heated oven, 170C - 180C (ikut kepanasan oven msg2 gak ni...). Sebelum bakar tu, glaze kn kt atas dgn susu (atau telur+air sket atau air shj.. mana2 satu pun leh) then taburkan sesame seed. Kene ingat, kon MESTI biarkan ada dlm roll tu yerrr....
10. Roll yg dh siap dibakar.Kuar kan kon dan sumbatkan inti cam jem atau cream....
***Kalau nk wat cheese snail roll, sblm bakar tu tarik kuar kon dan sumbatkn cheese ke dalam lubang tgh tu then taburkan plak kt atas rolls. So atas & dlm ada cheese..yumm...