Friday, November 11, 2011

Kek Lapis Kembang Melati

Dah lama rasanya tak melapis2 kek ni hehhe...this raya qurban mommy cuma buat 1 jenis kek aje - xlarat sgt2 sbb keje skolah dah berlapis2, raya sunday, mtg monday morning - not 100% focus on raya actually! Anyway, raya tetap raya - bak kata bonda mommy, kita ok ke, tak ke, kena meriahkn raya tu, sket2 pun jadilah asalkan ada beza dgn hari2 biasa yg lain.

So, berpegang dgn kata2 bonda mommy tu, mommy wat lah juadah yg lebih sket dr hari2 biasa :).

Kali ni nk share kek lapis sarawak sentuhan Dayang Jack. Ms Dayang, thanks a lotttt....jeles tgk kek2 lapis kt umah awak tawww! Thx gak pada HaSue...ajar teknik2 wat gula hitam...mmg authentic kek sarawak lah dgn ada gula hitam nih...smpai Khalish nk minum bila mommy letak dlm mug - dia ckp "nk coffee mommy". mommy bagtau tu bkn kopi tp degil, x caya! skali mommy bg sesudu, haa baru tu bkn kopi - dok menelan smpai sepet2 matanye menahan pahit hihihihi

Cumanya resipi ni mommy ubah sket dr segi kuantiti gula & susunya - mommy kurangkan tuk tepati level tekak mommy yg kurang pemanis ni :). 2nd - mommy tak letak dates sbb usahkn anak2, tp ngan emaknya skali tak brp mkn dates...atas request anak2, mommy tak gantikan ngan apa2 buah lain - depa nk plain aje. Anyway, still cunnnn rasenye!

Jommm...melapis!

Kek Lapis Kembang Melati

Bhn:
Loyang 7x7in

Lapisan A:
200g butter (mommy guna unsalted one)
7bj putih telur (A size)
150g gula kastor (mommy guna 130g)
150g tpg gandum
1sdt esen vanila
100g susu pekat (mommy guna 80g)

Lapisan B:
200g butter (unsalted)
7bj kuning telur
100g gula / gula merah (mommy guna 80g gula)
150g tpg gandum
100g susu pekat manis (mommy guna 80g)
200g coklat masakan (cairkan)
1 sdt esen vanila
3 sdb gula hitam
*not included: 250g kurma (tumbuk/blend)

Cara:
1. Griskan loyang.
2: Sediakan Lapisan A:
a. pukul putih telur hgg kembang then masukkan gula & pukul sebati.
b.dlm bekas lain, pukul butter smpai putih then masukkan susu, vanila & tepung. putar hgga sebati.
c. campurkan a & b, kali ni cuma kacau hgga sebati.
Siap lapisan A.
3. Sediakan kukusan dgn air secukupnya. Panaskan. Kalau air habis semasa mengukus nanti, tmbh lagi dgn air panas.
4. Sediakan Lapisan B:
a. pukul kuning telur & gula; smpai gula hancur.
b. mskkan bttr & pukul lagi smpai sebati.
c. tmbhkan susu, gula hitam, coklat yg dh dicairkan. kacau rata.
d. akhir sekali mskkn tpg & vanila. kacau sebati.
*kalau nk masukkan kurma tu, campurkan masa step 4c., ok?
Cara melapis:
1. Mula dgn lapisan A. Ambil dlm 2 senduk & kukus 10-20min (mommy kukus tak smpai 20min).
2. Kemudian kukus 3 senduk lapisan B. Kukus la gak dlm 10-15min or less kot (ni depend gak pd api & jenis kukusan).
3. Ulang proses2 ni smpai habis adunan. Utk lapisan terakhir, kukus dlm 30min.
4. Sejukkan kek sblm dipotong.




Gula Hitam (spt yg diajar oleh HaSue di MyR).
gula hitam

1cwn gula pasir
2/3 cwn air panas mendidih
Cara:
1. Panaskan gula dlm pot, dgn api sederhana. mskkan gula then biar gula hangus sket2 esp di bhg tepi biasanya akn mula hangus dulu. wat gula hangus ni kene pandai adjust2 api. kalau tak, rentong la gula :). JANGAN kacau, biar dia menghangus secara slow2.
2. Bila dh hampir smua gula tu hangus, baru leh kacau, cepat2 ye mengacau tu then terus tuang air panas mendidih.
3. Terus kacau & bila dh membuih2, baru tutup api but still kene kacau - buat la dlm 30-60 saat.
4. Sejukkan then leh la simpan dlm bekas tertutup (tak perlu simpan dlm fridge).

2 comments:

  1. kek lapis nampak sedap..acuan kek berapa inci muat untuk adunan kek ni?

    ReplyDelete
  2. sori lama tak mengemas "rumah"...bz! mmm..ni buat hari tu 8x8in.

    ReplyDelete