Thursday, November 21, 2013

Almaraz Bake Pasta or Lasagna



As Salam,

My kids' favorite but not me :)

Plus, simple je nak prepare this kind of western food, pasta and lasagna. Mom tak suka beli mknn camni kat kedai or from anyone sbb mmbuatnye..hmmmm.....terrrrrsangatlah mudahnye.

Sebelum ni mom dah letakkan beberapa resipi pasta Spicy Bake Pasta , Creamy Pasta dan Spicy Cheesy Pasta , tp yg kali ni lebih kepada bolognese style pnya gravy. 

I have to admit it yg inilah antara mknn yg paling kerap mom masak, not for me, not for my darling but for my 5 kids! Tu yg kalau cheese or minced chic/beef xder dlm fridge, resah gelisah mom jadinya.
Depa tu, mkn western food tiap hari pun, no hal, except  Rumaysa yg menurun mak paknye -- nak nasiiii gak :)

Cara ni sesuai untu lasagna juga. Lasagna lagi mudah sbb mom tak rebus sbb guna instant lasagna. Di sini tiada fresh lasagna so pakai instant aje lah.
Apa2 pun, xyah celoteh banyak..org pun tak larat nk baca lama2 kan....


Jom................bake pasta or lasagna.

Loyang pembakar ready made dah abis so mom just wrap my baking pan 

Almaraz Bake Pasta or Lasagna

Bahan

1/2paket pasta (any types)  atau  instant lasagna sheet secukupnya (mom biasa guna brand San Remo)
1sdb olive oil
1/2sdt garam (optional)
air secukupnya untuk merebus pasta (lasagna tak perlu rebus ye)

Sos ayam/daging
1 paket minced chic / beef (dalam 400-500g)
1tin besar tomato puree - mom guna Hunt's or Del Mont
1tin diced tomato
8-10bj button mushroom saiz sederhana, potong dadu
1 1/2sdt lada hitam + 1sdt lada putih + 1sdt olive oil --> tumbuk sebati dlm lesung, tak perlu fine sgt
3-4sdt garlic paste
1sdt serbuk cili (optional, nk pedas sikit, tambahkan lagi)
1-2helai bay leave
2sdb olive oil
dried oregano secukupnya
garam & gula secukup rasa

Sos putih (sos keju)
1cwn cheddar cheese
1/2cwn moza cheese
1/4cwn parmesan
2sdb olive oil (atau butter but mom prefer olive oil)
2sdb tepung gandum
2cwn susu segar

Tabur:
cheddar & moza secukupnya



Cara:
1. Jika guna pasta, rebus hgga 1/2 empuk bersama2 dgn olive & garam. Kalau guna instant lasagna, tak perlu rebus. Bila pasta dah siap rebus separuh masak, tos serta lalukan dgn air paip (supaya tak melekat2 nnt). Atau, letak pasta dlm satu bekas, letakkan bekas dlm bekas yg lebih besar yg ada ketulan ais, goyang2kn sket bekas pasta tu.

2. Sos ayam/daging: Panaskan olive dlm pot, guna api sederhana kecil, tumiskan bwg putih serta bhn yg ditumbuk kasar td. Kacau2. Bila naik bau, baru masukkan serbuk cili. Kacau2 lagi then masukkan ayam/daging kisar. Sntiasa kacau, bila air ayam/daging hampir kering, masukka tomato puree, diced tomato; kacau2. Masukkan daun bay. Kacau2 dlm 3-5min dgn api sederhana. Tambah button mushroom serta dried oregano. Perisakan dgn garam & gula. Kacau2 then renehkan selama 15-20min (can up to 30min of simmering time), sekali-skala kena kacau2. Siap.

3. Sos putih: Mom sbnarnya tak sukat2 pun, pakai tuang aje itu ini tp InsyaAllah, sukatan2 kt atas tu ok :) Mula2 panask olive oil dlm pot dgn api sederhana kecil. Masukkan tepung then terus kacau (preferable guna wooden spatula),biar jangan ada lumps. Once tpg dah smooth je rupanya, tuangkan susu. Kacau hingga sos pekat. Tutup api, the cepat2 masukkan ke semua jenis cheese, kacau rata. Siap.

4. Panaskan oven 180C. Sediakan casserole, baking pan atau apa2 bekas untuk bakar pasta/lasagna. Biasanya mom guna bekas alumunium yg ready made tu sbb xperlu nk cuci2 dah. Masa bakar hat yg ni, out of stock la pulak so mom alaskan my loaf tin dgn alumunium foil.

5. Cara melapis. Bear in mind, sstgh org buat selapis aje tp mom masak pasta sama dgn style lasagna, ada lapis2.
5.1 Bubuh dan ratakan sedikit sos ayam/keju pada dasar baking pan. Nipis aje lapisan ni, supaya tak kering sgt.
5.2 Letakkan pasta, ratakan (atau susun satu helai instant lasagna).
5.3 Bubuh & ratakan sos ayam/daging.
5.4 Bubuh & ratakan sos keju.
5.5 Ulang langkah 5.2 hingga 5.4 (if baking pan yg digunakan agak deep then >2 lapis lah jadinya).
5.6 Lapisan paling atas, tabur, generously heheh, cheddar cheese.

6. Tutup atas baking pan dgn alumunium foil, bakar dlm oven 40min (atau hgga masak).

7. Bawa keluar dr oven. Buka penutup alum tadi. Taburkan moza cheese pulak. Bakar for another 5-7 min dgn 160C; atau hgga atasnye kekuningan.

Step 7 tu is optional but worth buat sbb hat ni yg paling special...baked pasta or lasagna tu bergetah2 bila di mkn! Ada le kelainan dr yg bli kt kedai tu kan :)

Selamat mencuba!

















Saturday, November 16, 2013

Madeira Cake



I have to admit, this is among the longest kept recipes...! More than 5mth old now...It all due to my time constraints to upload in this blog which I myself couldn't avoid this kind a thing happens. Eventually, it will appear, I know hehehhe....

Mom tak lah mengidam sgt dgn kek but mengidamkan main2 dgn buttercream! So pe lagi, dapat one fine day to bake, my daughter Batrisyia and I pun having fun baking and decorating a cake. Love the lemony taste...! Actually dah bbrp kali buat madeira ni, very easy nak buatnya pun plus everybody loves it.
Kami beri gak bbrp slices pada 3 jiran rapat kt sini. Akhirnya, kek ni cuma bertahan bbrp jam shj and inilah kejadiannya!

fyi, kek ni solely baked by Batrisyia Razilan and cake decorating by me. Tak pandai tp nak menerai jugek..sudahnya ada saiz beso, ada kecik, ada ok, ada ko hihihiiiiiiiii.......

Jommmm......baking!


Madeira Cake
source: Baking Bible (buku resipi Batrisyia Razilan, hadiah dari Plattsburg Public School, NSW)

Bhn2:
180g unsalted butter, suhu bilik
185g gula kaster (dikurangkan ke 170g)
3bj telur, dipukul sikit
155g tepung naik sendiri
125g tepung serbaguna
2sdt kulit lemon yg disagat
2sdb susu segar

Cara buat kek:
1. Panaskan oven 160C. Griskan dan letak tepung ke loyang kek saiz  7in bulat.
2. Griskan loyang bulat 8in, letak tepung sikit ke dalam serata loyang then hentak2 skit.
3. Pukul butter & gula hgg berkrim. Tmbh telur satu per satu, sambil tu terus pukul. Then kaup balik kan bersama tepung, parutan lemon dan susu, hgg sebati. Adunan siap.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang kek. Taburkn sdikit gula di atasnya.
5. Bakar dalam 50minit atau hgga masak. Bila dh masak, sejukkan dalam 15-20min sblm disapukan dgn buttercream.

Klik sini untuk bahan2 dan cara2 mudah utk buat buttercream (BC)
Bila BC dah ready, boleh lar make-up kan kek ikut ikut citarasa tersendiri. Mom tak brp pandai tapi suka mendeko2 kek :)

1.Sapu buttercream kt atas and keliling.


2. Buat munger2 kt tepi.


3. Kat atas pulak.....

4. Both pink-purple and green-blue tu 2-tone colours...Siap!

Jadi ler kek bunga kembang setaman ^____^


Monday, November 11, 2013

Grilled Chicken Wings & the gang



Good Day,

Sebenarnya ni adalah juadah dinner minggu lepas. Kentang cuma tinggal satu, mujurlah sorang kawan office yg ber-car pool dengan mom sudi memberi saki baki kentangnya yang belom lg plan nk dimasak apa. Thanks sis! Appreciate it so much....bukan pe, sampai rumah lepas waktu kerja dah maghrib, malasnya nak keluar pi beli potato. In minds already set to have this simple dinner.

Alhamdulillah, lepas solat berjemaah dgn anak2 serta baca Yaasin (sbb malam Jumaat), maka, ini lah rezeki kami. btw, my darling tak der, pi outstation ke Bangkok so, kami ber-6 je la yang menjamu selera ni...

Jom.......dinner!

Grilled Chicken Wings & the gang

6 ketul chicken wings (mom guna ayam organik)
Bhn perap:
sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
sedikit olive oil
sedikit kicap lemak manis
garam secukup rasa

Kentang putar:
3-5bj kentang saiz sederhana
3-4sdb butter (salted)
2-3sdb fresh milk (adjust utk bagi tak kering sgt)
sedikit serbuk lada hitam & lada sulah

Blackpepper sauce (yg express, tak perlu blend :):
1sdt bwh merah kisar
1-2sdb olive oil
1-2sdb tepung (agak2 juga ni, utk memekat kuat)
1-2sdt lada hitam - tumbuk/kisar (halus)
1sdb kicap soya (adjust utk kesesuaian rasa)
1 1/2cwn chicken broth (lebih kurang sukatannye ni, adjust2 le ye)
garam & gula secukup rasa

Buah tomato
Corn kernels
Salad (optional)

Cara:
1. Ayam: Perapkn ayam dengan bahan perapan, dalam 15min. Lagi lama lagi bagus.  Grill ayam hgga empuk, suhu dalam 180-190C.  Siap.

2. Kentang putar:  buang kulit kentang, belah dua atau empat; rebus hgga empuk. Toskan air, masuk dlm satu bekas. Campurkan butter, susu serta serbuk lada hitam & sulah (tmbh secubit garam jika perlu). Lenyekkan kentang hgga hancur (guna masher). Siap.

3.Blackpepper sauce:  Dlm satu pot kecil, panaskan olive oil dgn api kecil. Masukkan bwg merah, kacau2 dlm 30saat then tmbhkan tepung. Kacau rata then masukkan serbuk lada hitam, kicap soya & air. Tukar api ke medium, terus kacau2, perisakan dgn garam & gula. Ia siap bila sos dh pekat.


Sunday, November 10, 2013

Lemon Chocolate Muffins



As Salam & Good Day,

Hujung minggu ni cuma ada 2 pilihan...masak tak berhenti di rumah or gantung periuk sepenuhnya :)
Semalam(Sabtu), mom mostly spent my 90% of my day time kt dapur. Sbbnya papanya baru sampai dr overseas, rinduuuuu masakan hasil keras tangan wifenye ler konon2nye so sari suntuk tak gi memana, brekky, brunch, lunch, dinner -- all kt rumah.

Pagi Ahad ni, mom nk alas perut anak2 dulu sbb depa mmg if after 8am, sah2 lapar! So, nk cpt, masak le pe2 yg cepat, kan? :)
This muffin mmg sangat2 cpt, my daughter Rumaysa & son Arish yg sediakn, Amat ler sesuai dgn kids!

Jom..... kid's muffins!

Less Sugar Lemon Chocolate Muffins

Bahan kering:
2cwn tepung
1/4cwn gula
1cwn choc chips
1sdb baking powder

Bahan basah:
1/2cwn susu segar
1/3cwn minyak sayur
1bj telur
1/2cwn jus lemon
1sdt parutan kulit lemon

Cara:
1. Panaskan oven 170C.
2. Sediakan muffin cups atau gunakn muffin pan. Dalam satu bekas, gaul dengan garfu bhn2 kering. Dalam satu bekas lain, kacau sebati bhn2 basah. Buat lubang di tengah2 bekas bhn kering. Tuangkan bhn basah ke dalamnya. Gaul rata dgn garpu. Adunan siap!
3. Sudukan adunan ke dlm muffin cups/pan. Bakar dlm 20min, bila siap angkat.





Saturday, November 9, 2013

Daging Masak Kari Pakistan



As Salam...Good Day..

Lunch hari ni agak lewat sikit...kes makan brunch roti jala dengan kari daging, garlic bread + waffle.
Walau pun lewat...ada hikmahnya kan.. Hari ni menu daging (since ada balance sikit lagi dalam fridge tu), kena pulak my dearest sis Quinnie tempek lak kari dagingnya kt FB...pe lagi....
Thanks Q! Memang umpph...Mom mmg suka masakan kari pure Pakistan sebab depa tak guna santan dalam kari.

Jom......ke dapur!

Daging Masak Kari Pakistan
Sumber: Quinnie
(resipi ni mom copy paste je Q...)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian - Mom guna 300-400g daging aje
4 biji bawang besar - cincang       - 1bj 
4 biji tomato merah - cincang      - 2bj tomato saiz sederhana
1 sudu makan halia kisar              - 1sdt 
1 sudu makan bawang putih kisar  - 1sdt 
1 sudu teh serbuk kunyit             - 1sdt 
2 sudu makan serbuk cili              - 1sdt 
1 sudu teh serbuk ketumbar        -  1sdt   
2 cawan air                               - 1 cwn  
garam                                       - garam & gula secukup rasa
1/2 cawan minyak                       - 3-4sdb
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh) - skip
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan                              - skip

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit. - plus serbuk ketumbar
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!) -> Mom tak masukkan air dulu tapi masukkan daging, kacau rata dan biar ia masak bersama2 tumisan, guna api sederhana.
5. Masukkan ayam dan gaul rata. -- Skip this part -- 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam). Mom perisakan dengan garam & gula & tambah air selepas air daging agak2 nak kering.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar. -- Skip this part sbb mom tak makan cili padi & tak de daun ketumbar -- 










Monday, October 28, 2013

Homemade Mango Lassi



As Salam & Good Day!

Mom memang jarang2 sangat share drinks atau juice recipe :). Bukan apa...minuman ni kan agak simple dan tak berapa banyak so tu yang overlook sikit. Padahal, mcm2 resipi minuman ada kan...

Ok lah, ni adalah antara minuman favourite mom! Sgt2 suka minuman beryoghurt ni! Senang aje membuatnye. Sukatan ni dpt dlm segelas lebih cam mom buat tu (agak2) so kalau nak lebih, gandakan bahan2 yer.


Jommm........lassi!


Manggo Lassi

Bahan:
1 biji buah mangga (saiz besar / sederhana)
1/3cwn plain yoghurt
2sdb santan kelapa (kalau tiada santan, tukar cream tp mom prefer santan)
1/2cwn air (atau kurangkan sket)
1sdt madu
secubit garam
isi cardomom (biji dalamnya tu)

Cara:
1. Sediakan blender, masukkn kesemua bhn kecuali cardomom.
2. Utk cardomom tu, pecahkan dulu. Amik 1 je biji dlmnya tu, pecahkan jd serbuk. Kemudian ambik secubit aje serbuk tu then taburkn ke atas bhn2 dlm blender.
3. Kisar semua bahan hgga hancur. Siap!
.

Saturday, October 12, 2013

Almaraz Spicy Cheesy Pasta


As Salam & Good day,

As usual, kids' fav food must be in the top list :)

And, as usual, simplicity in the kitchen is my policy :)

Furthermore, as usual, fusion of food is my expertise :)

So, as usual......bila setiap hari bekerja itu hanya seciput masa yang ada untuk cooking, maka, segala yg cepat tp kena pada tekak itu lah yg paling ngam dilaksanakan :)
Sebenarnya dah lama mom cara mcm ni tp tak sempat2 nk kongsi kt sini. Now ada kesempatan sikit so mom tak lepaskan peluang keemasan for sharing.

To be frank, spicy tu tak ler spicy sgt but then mom tambah serbuk cili so rasa kepedasan adalah sikit2 bagi org yg tak tahan pedas cam mom ni kan.

Jommm......spicy cheesy pasta!


Almaraz Spicy Cheesy Pasta

Bahan:

Pasta:
300g pasta (any type will do, mom guna elbow pasta)
1sdb olive oil
1st garam
air secukupnya untuk merebus

Paste:
400g minced chicken
2sdb olive oil
3-5ulas bwg putih, tumbuk/kisar, nak grate/crush pun ok
2cwn tomato puree
1sdt serbuk cili/pes cili kering (nak pedas tambah lagi)
1sdt lada hitam, tumbuk, tak perlu halus (atau guna grinder)
1cwn cendawan butang, hiris kecil2
1-2 helai bay leave
1sdb dried oregano
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya

Bechamel atau sos putih:
1sdb olive oil
1sdb tepung gandum
3/4 - 1cwn fresh milk
cheddar  & mozarella cheese secukupnya

Cara:
A. Pasta:
Rebus pasta (sebaiknya ikut arahan paket) dgn air yang dicampur dgn olive oil dan garam. Siap rebus, lalukan dgn air sejuk & tos. Ketepikan.

B. Paste:
1. Panaskan olive oil. Tumis bwg putih sampai naik bau sahaja then masukkan minced chicken. Kacau2 dan tumis ayam smpai airnya agak kering then baru masukkan serbuk cili & lada hitam. Kacau2 lagi. Tambah tomato puree  & air dalam 1/2cwn.
2. Masak hgga pekat sikit. Masukkan cendawan butang, bay leave & dried oregano. Kacau2. Perisakan dgn garam & gula. Simmer  (means masak dgn api kecil atau reneh) sampai betul2 pekat. Dah siap pekat then tutup api.

C. Bechamel atau sos putih
1. Panaskn olive oil dalam pot.
2. Masukkan tepung, kacau2 supaya tiada lumps.
3. Tambah susu sikit2 smbil kacau. Keep on stirring until thickens up. Biar dia pekat betul then baru tmbhkn cheese. Masa ni tutup api, terus kacau smpai cheese hancur. Biasanya, utk sukatan ni mom tak sukat2 pun brp byk cheese...just masukkn like kalau secawan cheese tu, 60% cheddar, 40% tu moza..lebih kurang gitu la. Kirenya kene generously lah jugak letak cheese, baru sedap!

Setelah siap A, B & C, sediakan non-stick fry pan. Pasang api kecil.
Masukkan paste dlm pan, kalau byk sgt, boleh simpan baki dlm fridge, buat mini cottage pie ke pe...
Lepas tu kacau2 then masukkan pasta yang dah direbus tadi. Kacau rata smpai ia panas.
Tutup api then trus tuang bechamel/sos putih ke dalam pan, kacau rata. Angkat.

Siap untuk dimakan!


















Thursday, October 10, 2013

Nasi Goreng Salmon



Salam & Good day semua.

Mom jarang menggoreng nasi lately, tapi tiba2 kuar idea nk masak nasi goreng salmon. Usually mom masak nasi goreng berasaskan ikan2 goreng leftover. Kdg2 tu ada lah gak purposely goreng ikan utk dimasukkan ke dalam nasi goreng. Memang sekuarga suka sangat cara masakan mcm ni.

Last weekend, since ada baki nasi dinner, mom masaklah nasi goreng salmon.

Jommmm.....!


Almaraz Nasi Goreng Salmon

Bahan A:
1 atau 1/2 cutlet salmon
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (use black pepper grinder, kalau tak der, guna ready made serbuk tu)
1 sdb olive oil

Bahan B:
Nasi (secukupnya, dalam 3-4 cwn)
Sedikit olive oil (utk menggoreng nasi)
2bj telur
1-2sdt kicap lemak manis
Garam secukup rasa (gula jika perlu)
Secekak sayur kangkung - potong pendek2

Bhn tumbuk (guna lesung batu yerr...authentic gituuu!):
2-3bj cili merah (bg yg kuat pedasnya, boleh tukar dgn cili api)
3-4ulas bwg putih
3-5ulas bwg merah (kecil)
Sedikit belacan (boleh skip jika ada alergi atau tak makan belacan)
1sdt garam
1sdt gula
-- tumbuk semua bahan2 ni tp tak perlu terlalu hancur sgt.


Cara:

Ikan:
1. Lumurkan ikan dgn garam & lada hitam. Perap dalam 10min.
2. Panaskan olive oil dalam non-stick fry pan. Goreng ikan hgga masak bhg atas & bwh. Angkat. Ketepikan. Bila dh sejuk sikit, lerai2 atau potong2 kecil2 ikan. Buang tulang jika ada, hanya isi sahaja yer.

Telur:
1. Guna kuali & minyak yg sama, goreng telur dahulu. Bila pecahkan kedua2 telur dalam kuali, jgn terus kacau. Biarkn skejap agar dia masak sedikit then baru kacau2 supaya pecah2 skit. Angkat. Ketepikan.

Nasi:
1. Guna kuali & minyak yg sama; panaskan myk dgn api sederhana. Jika minyak terlalu sedikit, tmbhkan lagi.
2. Tumiskan bhn2 tumbuk,kacau2. Bila naik bau, masukkan kicap dan kacau2 lagi.
3. Masukkan nasi, besarkan api sikit, kacau rata. Masukkan telur hancur2 yg digoreng tadi. Kacau2 lg. Perisakan dgn garam (dan gula jika perlu). Kacau rata. Akhir sekali masukkan sayur kangkung dan salmon. Kacau2 hgg kangkung nmpk lembut tp jgn overcook sangat, then tutup api. Siap!




Sunday, September 29, 2013

Almaraz Moza Roll



AsSalam...

Lama sgt dah tak bersiaran. Tahun 2013 ni adalah tahun transition buat mon & keluarga, penghijrahan semula ke tanahair, berpindah rumah, berpindah lokasi tempat kerja...

Almost setiap hari memasak tapi memang kesuntukan masa nak share di sini. Apa2 pun, yang sempat aje boleh ditayangkan, selebihnya memerap dlm laptop & tab aje ler dulu ye.

Roti atau bun sempoi untuk lunchbox anak2 tp tak sempat nk jadi lunchbox pun...abes dimakan kt rumah. Mom pun xsedar, tgk2 dlm bekas, boleh dikira brp ketul aje yg tggl aduiii....
..so, ni aje belen2 yg tggl.

Simplicity is my life routine....begitu jugak dgn masakan. This roll is very simple such that you just make use of any type of cheese yg available -- mozarella ka, cheddar ka....Since mom ada mozarella, which happens to be the fav of all among the children (except my darling la kan...dia anti cheese!), so I came up with this roll called Moza Roll :)

Jom........meroti :)

ALmaraz Moza Roll

Bahan:
Sila rujuk bahan2 untuk membuat doh resipi Richard B. di sini. Doh ni serbaguna, bukan takat buat donut, buat roti2 yg mudah di France nun pun boleh gaks.

Mozarella cheese secukupnya
Sedikit susu / air utk glaze atas roll
Bijan (optional) utk tabur atas roll

Cara:

1.Bila doh dah siap mesin/uli (mom terpaksa menguli sekarang ya...sbb mesin dah merajuk!), tumbuk2 untuk keluarkan angin. Bulatkan doh dan rehatkan hingga naik dua kali ganda saiznya. Cara merehatkan doh (pada yg belum pernah buat), cuma letak dalam bekas besar, balut kemas atas bekas tu dgn cling wrap. Biasanya masa utk rehat tu bergantung kepada suhu sekeliling.

2. Dah siap rehat, tumbuk2 lagi then bahagikan doh kepada saiz2 roll yg dikehendaki dgn cara bulat2kan setiap doh tsbt. Ambil 1 doh, bentukkan spt kon. Pd hujung bwh (saiz yg lebar), letakkan la mozarella cheese (mcm letak inti utk buat popia tu je). Kemudian gulungkan doh dari bwh (saiz lebar yg dah diletak inti cheese td) ke atas (saiz plg kecil). Letak kan roll atas dulang pembakar dgn cara bhg hujung kecil td terletak di bhg atas (blh tgk gambar). Buat sampai abis, susun roll tu biar ada jarak sket la..lekat2 pun tak tapi tak comei la plak nanti, itu aje...Rehatkan lagi doh dlm  45min ke 1jam

3. Dalam lg 10-15min sblm doh bolh dibakar, panaskan lah oven 170-180C bergantung kepada jenis oven, bakar dalam 15-20min. Sebelum masuk oven, brushkan dgn susu atau air ke atas setiap doh then taburkan dgn bijan. Kalau tak nak bijan pun tak pe, mom pun xguna sbb kids said NO. whatever..!

4. Bila dah siap bakar, boleh lah brushkn dgn butter kt atasnya...then hidangkan.



Tuesday, August 20, 2013

Kerabu Pucuk Paku


As Salam & G'day!

Bila nk cerita pasal kerabu, usahkn dalam bulan puasa, tak bulan puasa pun sedap!
Mmg fav mom and dad kt rumah ni. The way I'm doing it quite simple but yum yum yum...

Jom buat kerabusss......!

Kerabu Pucuk Paku

Bhn2:
2 cekak pucuk paku

Bhn tumbuk (halus):
2-3 ulas bwg merah kecil
1/2cm halia
1-3bj cili merah
Sedikit garam & gula

Bhn hiris (nipis2):
1-2ulas bwg merah kecil
1cm halia (hiris btg mancis)
1bj cili merah (hiris, optional)

2-3sdb kerisik
1bj limau nipis, ambil jusnya sahaja (if kurang/lebih masam, tmbh/kurangkan ikut kesesuaian)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Pucuk paku dipotong pendek2, cuci bersih2 then celur.
2. Dalam satu bekas, gaul rata bhn2 tumbuk, bhn2 hiris serta kerisik. Masukkan pucuk paku bersama jus limau nipis, garam serta gula. Adjust the taste. Siap!





Tuesday, July 30, 2013

Kuih lapis - Iftar 17 Ramadhan 1434H

AsSalam....

Actually menunya bertambah sikit today sbb jiran beri cempedak goreng & roti John.
Kuih lapis ni adalah antara air tangan mom and family apart from spaghetti bolognese dan ayam organik goreng kunyit. Today main dish ringan aje sbb spaghetti bolognese tu dah agak mengenyangkan...ada antara anak2 yg tak jamah nasi langsung.
Apa2 pun, Alhamdulillah.... yg best lagi, today mom makan berulamkan celur pucuk betik + sambal...fuuhh...berselera!


Pucuk betik cicah sambal limau nipis...pahit tp byk khasiat, bagus utk kesihatan!


Sunday, July 28, 2013

Iftar 16 Ramadhan 1434H

As Salam

Dah masuk hari ke 16 Ramadhan. Kalau zaman kecik2 dulu, nak sampai ke hari 16 puasa ni, rase cam setahun! Sekarang ni, frankly speaking, berdesssup aje rasenye hmm...
Apa2 pun, antara menu iftar kami skuarga:
Nasi putih
Ayam (organik) goreng kunyit
Daging rusa masak kicap berempah
Apam Balik


Saturday, July 27, 2013

Iftar 14 Ramadhan 1434H

Assalamu'alaikum

Semakin hari semakin cepat rasenya masa berlalu.
Seperti tak sempat2 nak menyalit my kitchen diary everyday uwaaa.... :(

Apa2 pun, my kitchen tetap meriah hari2 terutamanya bila dah dekat2 bunyi azan tuuu...hmm..

Alhamdulillah, our iftar for today:
Nasi putih
Telur masak sambal
Sotong goreng kunyit + kacang hijau
Roti canai telur



Iftar 12 Ramadhan 1343H


As Salam

Yang sempat dikongsikan...terlewat sangat dah tapi ini je yang mampunya :)

Hari minggu sebenarnya adalah hari paling busy buat mom yang ada 5 anak ni.....Sabtu dah declare dah hari kain seantero dunia...Ahad pulak outdoor activities like shopping esp groceries atau visiting relatives atau picnic time...Eventually, the two-day weekend mmg tak terasa sangat hmmm....

Since menu hari sebelumnya terencat sbb sampai rumah lewat sgt so mom bwk menunye ke hari ini. everybody's favs are in da house! Homemade roti...even darling pun tak sabar2 tggu menu ni tiba. Siap bagi komen, roti bom lebih sedap daripada yg kt bzr ramadhan...Itu la kan, air tangan kita InsyaAllah sesuai dgn tekak famili kita.
Tepung pelita pulak mmg makanan wajib during Ramadhan (tak Ramadhan pun wajib gak :) )...dapat gak ler bagi kepada 3 jiran terdekat kt rumah ni...Alhamdulillah..

Our iftar's menu:
Nasi biryani ayam
Ayam masak merah (mom masak adhoc sbg tambahan)
Kuih Tepung Pelita
Roti canai telur, roti canai bawang, roti bom & kuah kari ayam








Wednesday, July 24, 2013

Chocolate Mousse Brownies


When we first arrived in Malaysia, coming back here for good, weather becomes our main concern.
Yang mom tak faham, w/pun dah berpuluh tahun dok sini and cuma 4 and half yrs dok di perantauan, still payah nak adapt cuaca di negara sndiri. Pe2 pun, minuman berais is not my fav ... apatah lagi yg bergas...Sudahnya, stick to cold food like icecream, yoghurt, ice blended, mousse...
Anak2 almost everyday dok buat milo ice blended sdiri kt rumah sampai mom nak halang pun tak sampai hati :(. Actually mom agak mengawal makanan anak2 esp minuman berais & bergas tp bila tgk depa cam tak tahan, I just let them be...

Berbalik kepada resipi kali ni... makan sejuuukk :) mom buat choc mousse brownie resipi sis Yanie of MyR. Ni dah lama dh dok terperap dlm lappy, skrg baru leh kuar. Thanks newly 3rd-time mom Yanie for the recipe...Eh 3 anak dah kan..best3...!

Alhamdulillah...kek ni bukan setakat rezeki kami tapi pada jiran2 jugak ^_____^

Jommmmm....baking!

Chocolate Mousse Brownie
sumber sepenuhnya: Yanie of MyR

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies:
45g butter
65g gula halus 
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse:
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara-cara:
Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.




Tuesday, July 23, 2013

Daging Rusa Masak Lombok



Masih ada lagi daging rusa :). This recipe is from housewife of myresipi.com. First time trying this one which I honestly think only me can eat it. Anyway, maybe masa makan tu ada lagi dish lain yang lebih tempting to the rests in the house that's why they didn't really bother touching this one. Anyway, thanks to housewife for sharing the recipe.

Jom....ke dapur!


Daging Lombok (Daging Rusa)
sumber sepenuhnya: housewife of MyR

Bhn2:
Daging 1/2 kilo
Suhun 3 Ikat (direndam)
Kicap manis 1/2 Cawan
Garam/Ajinomoto secukup rasa (we don't eat ajinomoto so I replace with sugar)
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar
15 Btg cili padi (mom tukar dgn cili merah, I don't eat cili padi)
1 Biji bawang besar
3-4 Uls bawang putih
1cm Halia

Cara-cara
Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
Masukkan 2 cubit garam dahulu dan masukkan daging.
Apabila daging empok, masukkan suhun yang telah direndam.Agak-agak mendidih tuang kan kicap.
Akhir sekali jangan lupa garam dan ajinomoto gula secukup rasa


Monday, July 22, 2013

Puding Karamel Kastad


This is the modified version of the recipe. Mom panggil puding karamel kastad. Credit to Firasyira of MyR :) yang sudi berkongsi resipi atas nama Puding Karamel Tanpa Telur. Utk resipi asal, sila cek di Firasyara_MyR yer...

Puding Karamel Kastad
olahan dari sumber: Firasyira of MyR

Bhn:
Utk karamel:
5sdb gula
2sdb air + 2sdb extra

Puding:
Bhn A:
7g serbuk agar-agar
3 1/2cwn air
1/2cwn gula

Bhn B:
385g susu cair
2 sdb tepung kastard
1 sdt vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan gula bersama 2sdb air. Bila kekuningan, tambah lg 2sdb gula. Kacau2, bila gula larut then tutup api. Tuang karamel dalam acuan puding, samada satu bekas besar atau bekas kecil2 like ramekin. Karamel siap.
2. Panaskan bhn2 A dalam satu periuk. Bila dh mendidih, perlahankan api sikit dan masukkan bahan B. Sambil tu kacau2 sampai bahan2 rata serta sedikit pekat. Tutup api. Tuang adunan ke dalam acuan puding berisi gula hangus tadi.
3. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik sebelum disejukkan dalam peti ais. 






Iftar 10 Ramadhan 1434H

As Salam

Bergerak lagi ke hari ke-10 Ramadhan... Alhamdulillah.
Di tempat kerja mom lepas zuhur diadakan solat tasbih berjamaah untuk muslimah sahaja yang dikendalikan oleh ustazah luar.
Best sangat2 sbb masa berdoa tu, ustazah bacakan dalam bhs melayu...aduiiiihhhh....tak renti2 air mata mengalir...kerdilnya diriku ini ya Rab!

Today mom smpai ke rumah lewat sikit sbb sggah kedai beli sayur. Darling pulak me-marking kt uni, xleh nk assist belikan. Sudahnye, sampai rumah dah kat2 kul 6.40pm...pe lagi, bukak silat kt dapur ler jawabnya! Dessert kantoi la hari ni..sedeyyy....

Alhamdulillah, our iftar today:
Nasi putih
Ikan bakar dan air asam
Ikan patin masak tempoyak
Lala tumis lada hitam
Ayam goreng rangup
Rori john & murtabak ayam (darl beli yg sampai ngam2 kt berbuka)






Sunday, July 21, 2013

Iftar 9 Ramadhan 1434H


As Salam...

Alhamdulillah hari ke-9 Ramadhan ini kami skuarga masih lagi dapat menikmati puasa dan rezekiNya.
Today my darl tak dapat iftar bersama, marking exam paper kt uni so he stayed back until aroung 10pm. Just dpt whatsapps bgtau yg dia nk mkn kat rumah walau pun lewat balik...I replied "beres!" :)

The very best thing this year, my Khalish, berpuasa penuh 9 hari jugek. He's only 5 yo, we are not pushing him to fast, it's on his own will. So let him be...Alhamdulillah, he can easily adapt Ramadhan as a fasting month. Masa iftar & sahur hmmm...makan mmg berselera sungguh!

Iftar menu for today...
Nasi putih
Gulai kari ikan tenggiri
Telur burung puyuh masak merah
Kerabu pucuk paku
Kuih kundas (da lama tak buat smpai berebut2 anak2 makan hmmm...)



Saturday, July 20, 2013

Ayam Masak Padang


Ini adalah salah satu resipi seberang yang enak gitu....almaklum la....serumpun jadinya kalau kita peratikan, awas2 depa ni lebih kurang sama dgn kita even ada yg lebih daripada kita. For example, nasi..mcm2 style nasi depa masak..like nasi masak dlm buluh, herba2 letak dlm nasi...mcm2...Apa2 pun, worth trying..dah try baru tau, ngam ke idak dgn tekak... :).
This one from dayang_jack, thanks sis for the recipe. Mom buat berkuah sikit demi memenuhi selera keluarga.

Jom....masak padang!

Ayam Masak Padang
sumber sepenuhnya: dayang_jack

Bhn2:
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
300 ml santan
100 ml susu cair
garam dan sedikit gula
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
Bahan-bahan utk dikisar :
4 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
10 biji cili api
sedikit kunyit hidup
Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. (jika xnak kuahnya pekat, boleh tambah air)


Iftar 8 Ramadhan 1434H

As Salam...
Hari ke 8... Alhamdulillah dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan mommy sekeluarga berpuasa.

Hari ni pun menu iftar bertukar sket..dlm jadual supposed to be bwl msm manis but mom change it to sotong msk merah....which is supposed to be tomorrow. So sotong utk esok kne tukar la plak. Apa2 pun, Alhamdulillah..semua ini rezeki dariNya for seven of us!

Anyway, air tangan mom for our iftar today are...(all done in about 1 hour only, which I always wish to be longerrrrrrr...!)...
Nasi putih
Sotong masak merah
Ayam masak Padang
Suhun+fucuk+kentang masak lemak
Karipap ayam

clockwise: suhun+fucuk+kentang masak lemak, karipap ayam+keledek, ayam masak padang & masak merah sotong


Friday, July 19, 2013

Iftar 7 Ramadhan 1434H

As Salam

Seminggu berpuasa sudah...! Kali ni mom masak daging rusa lagi :)
Dua jenis masakan sbb kononnya nk pelbagaikan versi resipi daging rusa heheh...plus nk ada yg berkuah. Daging masak kicap xsmpt bergambar...

Iftar today:
Nasi putih
Daging rusa masak lombok (just masak sikit for myself because the rest tak mkn)
Daging rusa masak kicap (everyone's fav except me!)
Ikan tenggiri goreng kunyit
Kuih sagu


Thursday, July 18, 2013

Iftar 6 Ramadhan 1434H

As Salam...

Jadual menu hari ni sepatutnya sup tulang tp stok tulang tiada so mom gantikan dgn tomyam campur. Payah jugak nak jumpa daging segar di sini but Alhamdulillah...syukur dengan apa yang ada...kan?
Pes tomyam, cam biasa mom buat sendiri. Boleh klik pada link kat menu di bawah utk dapatkan resipinya.

Our menu for iftar:
Nasi putih
Tomyam campur
Sambal & Ulam
Kuih bakar





Wednesday, July 17, 2013

Daging Rusa Goreng Kunyit

Sementara daging rusa 2kg yang darling beli ada dalam frezer tu, baik masak cpt2 kan...supaya rasa "segar"nya tak hilang.

My entire family's favourite is goreng kunyit aje tp masak kicap or dendeng berkuah sket pun laku jugek :).
Anyway, today mom nak start dengan goreng kunyit aje. Simplicity is the best policy in the kitchen yet with outstanding taste!


Jommm.....menggoreng!

Bhn:
300-400g daging rusa
1-1 1/2sdb serbuk kunyit (mom suka letak lebih sikit kunyit boleh mengurangkan rasa hanyir serta kalori daging)
1bj bawang besar - potong bulat2

garam secukup rasa
Cili hijau - potong serong (optional)
2-3sdb extra virgin olive oil

Cara:
1. Daging dipotong kecil2, dicuci (mom cuci lama sikit sebab lebih baunya berbanding lembu) dan ditos. Sediakan satu pot sederhana saiznya, masukkan daging beserta kunyit dan garam. Gaul rata. Panaskn atas api. Tak perlu air sbb air daging sudah memadai. Masakkan daging sampai hmpir kering, sambil2 tu kacau2 ler yer.
2. Bila dah hampir kering, tolak ke tepi daging untuk clearkn bahagian tengah pot. Kecilkan api kemudian tuangkan minyak olive. Bila myk dah panas sikit, baru kacau rata daging dalam pot. Ni kire part menggoreng dlm pot lah ye. Boleh kuatkn sket api (medium), sambil tu kacau2, jgn terus tggal. Mom guna tefal so mom guna ladle kayu utk mengacau daging. Agak2 dh garing masukkan hirisan bawang bulat (plus hirisan cili hijau, jika guna), kacau2 skjp kemudian tutup api.
Siap untuk dihidang!

Iftar 5 Ramadhan 1434H

As Salam & G'day,

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 5 kita berpuasa dan berterawikh. Di luar rumah pagi2 lagi dah hujan renyai2 tapi semakin reda. Mom sempat sharekn bingka jagung dengan jiran sebelah sebagai balasan kuah duriannya. Mom tak makan durian...anak2 pun tak berapa makan so my darling seorang aje yg makan after terawikh and sahur.

Menu hari ini:
Set Nasi Ayam (Ayam Madu)
Bingka jagung
Kuah durian (dari jiran sebelah rumah)
Air teh bunga & suam
...plus beli donut big apple...makan lepas terawikh & sahur.


Tuesday, July 16, 2013

Iftar 4 Ramadhan 1434H

As Salam...

Semenjak berada dalam bulan Ramadhan, Masya Allah...cepatnya masa berlalu! Nak update rumah ni pun tak terkejar...balik kerja sampai rumah dalam jam 6pm gitu terus solat asar then trus mula sesi memasak. Tup2 dah azan...maghrib-isya'-terawikh-tadarus-----> tido :). Alhamdulillah..dah melangkah ke juzuk 8.

Hujan lebat subuh ke pagi --- bestttt sejuuukkk aje bulan Ramadhan ni. Hari Sabtu ingatnye agak lega lah sikit tapi sibuk jugekkk...but me having so much fun cooking with kids & husband at home. Jazahumullahu khairan..! Love them all...forever!.

Our simple menu for iftar today:
Nasi Putih
Daging rusa goreng kunyit
Gulai kari telur + bendi + terung (ganti ikan tenggiri)
Karipap ayam
Ondeh-ondeh
Air soya + cincau.





Monday, July 15, 2013

Iftar 3 Ramadhan 1434H

As Salam & G'day,

Dah pun masuk 3 Ramadhan. Alhamdullillah diberikan kesempatan dan kekuatan untuk  menikmati bulan mulia ini. Alhamdulillah jugak mom dah bergerak ke juzuk 6...memasak, memasak juga tapi ibadah2 lain kena konsisten jugek kan...InsyaAllah!

Menu mom for 3rd day of Ramadhan:
Nasi Putih
Siakap masam manis
Sotong goreng tepung
Puding pelangi

*gambar masih terperap dalam cam/tab :(
gambar dah ada... :)


Iftar 2 Ramadhan 1434H

Alhamdulillah...diperkuatkan tubuh badan untuk melangkah ke hari ke2 Ramadhan.
Mommy harap kawan2 blogger semua pun sihat2 aje di samping menikmati keindahan bulan yg mulia ini.

Juada iftar kami untuk hari ini:
Nasi putih
Dendeng (ni mom buat berkuah sket..)
Ikan goreng kunyit
Pajering terung (baki semalam)
Kuih kaswi
Kuih lopes

*gambar masih terperap dalam cam/tab :( 
....gambar dah ready :)...